Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, June 14, 2011

takdir.YA.TAKDIR

bismiLLAH.setelah berpenat lelah,akhirnya tangan ini diberi kesempatan untuk menaip.semoga setiap huruf ini membawa hati kita kepada Tuhan,insyaAllah

TAKDIR
ya,apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Menurut Imam Nawawi, ketika memberikan definisi takdir "…segala yang ada dalam alam ini sudahpun digariskan sejak masaqidam terdahulu. Allah mengetahui apa sahaja yang terjadi dan bila terjadi bersesuaian dengan garis yang ditetapkannya. Apa yang berlaku kemudiannya akan pasti sama dan selari dari segi sifat-sifat dan keadaan yang khusus tepat seperti yang telah digariskan oleh Allah"
      Manakala Imam al-Khattabi berkata mengenai takdir ini "…banyak orang menyangka bahawa erti qadha dan qadar Allah adalah semacam satu bentukpemaksaan yang dilaksanakan oleh Allah terhadap hambaNya. Padahal bukan begitu sebenarnya, takdir itu ialah suatu macam pemberitahuan mengenai apa yang telah diketahui Allah tentang apa saja perbuatan manusia. Jadi, berlakunya sesuatu itupun kerana menurut takdir yang telah ditentukan Allah sesuai dengan asal penciptaan sesuatu perkara yang mempunyai sifat baik ataupun buruk."
       Daripada definisi yang diberikan oleh al-Khattabi ini, kita dapat maklumi bahawa Allah akan mengetahui segala peristiwa dan berlakunya peristiwa semestinya sama dan selari dengan apa yang diketahui oleh Allah S.W.T. Perlu dijelaskan bahawa pengetahuan Allah itu tidak akan memberi apa-apa kesan pun terhadap kehendak yang ada pada manusia. Kerana pengetahuan mempunyai sifat menyingkap dan bukannya mempengaruhi.
 
Di sini yang kita ketahui bahawa YAKIN yakni bERIMAN dengan qada' dan qadar ini adalah salah satu daripada rukun iman.Dan semestinya kita hendaklah jelas bahawa ada takdir yang boleh diubah,dan ada yang sememangnya telah ditetapkan,dan kita tidak boleh mengubahnya.

takdir yang boleh diubah

PERLU diingatkan sekali lagi bahawa pengetahuan Allah itu tidak akan memberi apa-apa kesan pun terhadap kehendak yang ada pada manusia. Kerana pengetahuan mempunyai sifat menyingkap dan bukannya mempengaruhi.

sebagai contoh,seorang bapa yang mempunyai seorang anak.kejayaan anak tersebut dalam hidupnya berdasarkan usahanya dalam mencapai kejayaan tersebut.YA, USAHA dengan tekun dan rajin untuk menuntut ilmu,makanya dia akan berpotensi BESAR untuk mendapat kejayaan.berbanding dengan seorang anak yang lain yang PEMALAS,dan tiada USAHA untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik, makanya anak tersebut mempunyai potensi yang NIPIS untuk berjaya dalam hidupnya..


haa.

lihat itu.walaupun Allah ada mengurniakan kepandaian dan kegeniusan kepada beberapa insan pilihan Allah,seandainya dia TIDAK menggunakan kelebihan tersebut dengan baik dan sepenuhnya,dia sendiri tidak akan mampu untuk membawa dirinya ke arah kebaikan,kan?


diibaratkan seperti seorang jurutera,dia memiliki ilmu dalam kejuruteraan.namun sayangnya orang tersebut MALAS untuk bekerja dan TIDAK MENGGUNAKAN ilmu yang dimilikinya.maka layakkah dia untuk mendapatkan wang pendapatan @ gaji ? emestinya TIDAK,kan?


pokoknya.janganlah kita BERMIMPI dan MENGIDAMKAN syurga seandainya diri sendiri MALAS untuk menggunakan segala kelebihan yang ada,kudrat yang mampu untuk beibadah dan taat padaNya untuk menjadikan kehidupan ini sebagai satu laluan daripada perjalanan kita menuju redhaNya


TAKDIR YANG TETAP


ajal,maut,jodoh adalah perkara yang tetap telah Allah sediakan untuk semua manusia, tiada yang terkecuali.
masih terasa segar dalam ingatan, pada waktu cuti baru-baru ini.


kami sekeluarga dikejutkan dengan kematian seorang sepupu kerana kemalangan jalan raya. YA. saya terkesima. dan sepupu itu SEBAYA dengan saya.


baru terdetik.
AJAL itu tidak mengira usia.sampai masanya,Tidak akan cepat mahupun lewat walau sesaat.itu janji Tuhan.
semua terkedu,terkelu. terasa kehilangan itu seperti baru sahaja bersamanya semalam.


"ibu, haidar dah kemas bilik dah, nanti mbah datang takyah tidur kat luar dah,tidur kat bilik ni haa"


ayat terakhir diucapkan kepada ibunya, seolah-olah tahu waktunya sudah tiba.


adakah amalan kita cukup untuk mengharungi hisab dan titian sirat nanti?


Allah~


sahabat,
ingatlah.selagi kita mampu untuk merubah corak kehidupan kita ke arah lebih mentaati perintahNya, cuba untuk meinggalkan segala kedukaan dan kesedihan , segalanya bakal kita rasai nikmat TENANG selagi ikhlas dan sabar itu bersama kita


وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ 
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45-albaqarah)


“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera” Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.


apakah bekalan kita ke sana?
apakah kita telah bersedia untuk berhadapan dengan kematian?
atau
apakah kita bersedia tatkala orang yang tersayang pergi tak kembali?
sama-sama kita muhasabah diri
sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah musafir perjalanan
dunia ini hanyalah sebuah jambatan,untuk kita mencari bekalan
demi meneruskan perjalanan yang panjang
apakah pengakhiran kita SYURGA atau NERAKA?


renungkan~


(Allah,kuatkan aku,keluargaku,saudara-maraku dalam menempuh dugaan hidup iniii.ameen ya ROB)
waLLAHU A'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com