Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, May 29, 2011

sudahkah kau mengerti?

Bismillah.
sudah lama tidak menulis di ruangan ini.dek kesibukan seharian.semoga penat lelah yang kita rasai ini diterima ALLAH sebagai ibadah.insyaAllah



LANGIT.

cuba kita renung.langit yang sama.setiap hari,di tempat kita.
adakah kita melihat bentuk awan yang sama,setiap hari?
adakah kita melihat permandangan yang sama,setiap hari?
adakah kita melihat lukisan indah di langit yang sama,setiap hari?
TIDAK,kan?
walaupun langit yang kita lihat itu.adalah langit yang SAMA.
MENGAPA??




begitulah hebat dan indahnya ciptaan Allah
Dia mahu melihat.sejauh mana kita BERFIKIR lantas BERZIKIR dengan keagunganNYA
bagaimana kita mengekpresikan kesyukuran kita kepadaNya
saat kita melihat permandangan yang indah lagi menenangkan jiwa
namun...
cuba kita berfikir
PERNAHKAH kita melihat langit
lantas lidah pantas memuji Tuhan
atau hanya melihat langit
dengan pandangan KOSONG,tanpa BERFIKIR?




begitulah hakikat manusia.segala apa yang diciptakan Allah itu,tidak dilihat dan DIFIKIRKAN kebesaranNya.kita hanya melihat dengan pandangan kosong tanpa dimengertikan hikmah kejadian yang Allah ciptakan,yang cukup indah.

pernahkah kita terfikir
mengapakah Allah menciptakan langit dengan ukiran berbagai rupa bentuk awan
meskipun langit yang sama..
namun berbeza pemandangannya,setiap hari?

FIKIRKANLAH..

sahabat,

langit itu ibarat diri kita.meskipun kita adalah orang yang sama.namun kita melalui berbagai-bagai rona warna kehidupan.tangisan kesedihan ibarat hujan,senyuman kebahagiaan ibarat cahaya purnama,kegembiraan ibarat angin tiup sepoi-sepoi bahasa.namun tak selamanya langit itu cerah.ada kalanya pasti akan datang malam yang kelam,suram,



Allah jadikan manusia zahirnya kelihatan sama,namun hati dan jiwanya tiadalah diketahui melainkan Dia dan diri menusia itu sendiri.Maka telah Allah turunkan hujan,berikan sinaran cahaya,didatangkannya awan berarak riang,mendung, dan berbagai rupa,sebagai tanda itulah didikan atau TARBIYAH yang diberi kepada kita,supaya kita menjadi lebih TABAH dan KUAT jiwa selepas ini.

jadi,apa kaitannya?

cuba kita renung.

tanpa sinaran MATAHARI,kita takkan mampu untuk melihat permandangan indah di waktu pagi
daun-daun tidak mampu memproses makanannya dan melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan oksigen untuk makhluk dengan izinNya
bunga 'morning glory' takkan mampu untuk menzahirkan kecantikannya dengan berkembang mekar
semuanya.dengan kuasa Allah subhanahu wata'ala



tanpa hadirnya hujan
bumi akan kering
manusia akan gelisah kepanasan
dedaun akan mula layu
sungai-sungai akan mula kering
tanah tanah akan mula gersang

tanpa hadirnya malam gelita
manusia tiada masa untuk berehat
bulan tiada waktu untuk menjelma
bintang-bintang tiada tempat untuk berkelipan sinarnya




LIHATLAH
betapa indahnya ciptaan Allah
telah Dia datangkan keadaan langit itu berbagai rupa
tanpa kehadiran sinaran matahari,hujan,malam dan sebagainya
maka diumpamakan dunia ini hilang serinya
dan dengan kehadiran kesemua itulah sebenarnya
MENYEMPURNAKAN KEHIDUPAN HARIAN KITA
sudahkah kau mengerti?

begitu jualah sahabat
Allah datangkan ujian di dalam kehidupan kita berbentuk kesenangan,kesusahan,kesakitan,kegembiraan
semuanya itu adalah asam garam kehidupan
yang mengajar kita erti hidup sebagai seorang insan yang hakiki
yang SEDAR hakikat diri
kepada siapa kita harus KEMBALI
saat kita tidak mampu berdiri
sudahkah kau mengerti?

dengan dugaan pelbagai bentuk yang Allah sediakan inilah
sebenarnya membentuk jiwa kita
untuk sentiasa DEKAT denganNya
demi mencapai
sebahagian daripada kesempurnaan iman
namun
seandainya sgala dugaan itu kita HADAPI dengan emosi
tanpa kukuh pegangan diri
bahawa segalanya itu datang kepada ILAHI
dan tiada lafaz ZIKIR setelah berfikir
maka mengertilah
mungkin kita sudah JAUH dari rahmat ILAHI

oleh itu,sahabat
renungilah alam ini dengan BERFIKIR dan BERZIKIR
kelak kau akan temui ketenangannya
dalam setiap permandangan yang kau lihat itu
kerana dengan alam ini jualah
kita mampu untuk berasa dekat denganNya
sudahkah kau mengerti?

maka setiap pemerhatianmu akan permandangan indah kurniaan Ilahi
jangan pernah kau berat lidah memuji
nama ILAHI ROBBI...
waLLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com