Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, February 15, 2011

jernihnya KASIH rasulullah

bismiLLAH
dengan kudrat yang ada.ku salurkan ilham ini buat pembaca.biar merona jiwa kita dengan sinar imanNYA.



ya.begitu perit jiwa-jiwa yang berada dekat dengan rasulullah sewaktu pemergiannya.satu kehilangan yang sangat besar dan berbekas di alam jiwa mereka.sehinggakan umar r.a menghunus pedang kepada sesiapa sahaja yang megnatakan bahawa rasulullah telah wafat.namun dengan saluran kekuatan yang Allah beri kepada saidina abu bakar dan berkata.. 'sesiapa yang menyembah muhammad,maka muhammad telah mati.dan sesiapa yang menyembah Allah maka Allah itu kekal hidup,selamanya.'

144. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan
quran.noor: memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). -ali imraan 144-

mari kita merenung rentetan kehidupan rasulullah seimbas lalu.

lahirnya seorang anak pilihan Allah yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab yang besar.
sejak dalam kandungan lagi Allah saluti kehidupannya dengan dugaaan,bilamana Allah mengambil nyawa ayahnya,abdullah.
maka tidak lama selepas itu,anak tersebut yang dinamakan MUHAMMAD lahir kedunia.berlakulah peristiwa yang mengangumkan.
1.terpadam api biara marjusi
2.runtuh istana kisra pasir
3.mekah diterangi cahaya putih.

ya.sejak lahirnya rasulullah ke dunia,telah Allah beri rahmat ke seluruh alam.NAMUN....
perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan.
cuba kita renung..rentetan kehidupan rasululullah SEBELUM baginda dilantik menjadi rasul,sangat perit.
dengan kehilangan ibu,datuk,ayah saudara yang amat dikasihi.apatah lagi jerih perit payahnya baginda,hingga berkocak darah dalam kasut baginda.demi menyebarkan agama SEJAHTERA di muka bumi,ISLAM.
penolakan dakwah di mekah dengan seksaan2 buat orang yang memeluk islam,
penentangan dakwah rasulullah di toif dengan balingan batu oleh ANAK2 KECIL
perancangan pembunuhan yang dirancang oleh musyrikin mekah untuk membunuh rasulullah.
ini adalah gambaran bahawa setiap langkah kehidupan baginda penuh dengan KEPERITAN,KEPAYAHAN, dan ujian.

CUBA RENUNG...
apakah yang MENGUATKAN rasulullah untuk terus memikul amanah tersebut?
apakah yang mampu merawat hati baginda sewaktu baginda kehilangan isteri dan bapa saudara yang dikasihi?
apakah yang membaluti tercalarnya jiwa baginda atas penolakan bahkan penentangan dengan kekerasan terhadap dakwah baginda?

1.KEYAKINAN. -yakni aqidah yang mantap kepada Allah.baginda amat YAKIN setiap keperitan dalam helaan nafas baginda ini akan dibalas dengan keredhaan dan kesenangan di SANA.oleh sebab itulah baginda menerima segala dugaan dengan hati yang JERNIH dan TERBUKA.

2.KETAATAN. -begitu murni hati baginda.semakin hebat dugaan yang dihidang,semakin rapat kejernihan hati itu kepada Allah.sebab itulah QIAMULLAIL itu diwajibkan untuk rasulullah.sebagai tanda IKATAN kasih antara kasih dan KEKASIH.maka dengan cara itulah rasulullah mendapat KEKUATAN serta KETENANGAN dalam menempuh ujian yang mendatang.

di sini dapat dikomklusikan bahawa

1.keperitan hidup rasulullah itu menjadikan baginda lebih tabah dan kuat dalam menempuh cabaran mendatang.kerana IKATAN dan HUBUNGAN dengan Allah yang kukuh.dan keperitan itu dirasakan suatu KEBAHAGIAAN bilamana KEYAKINAN yang tinggi terhadap redha dan balasan yang telah Allah janjikan untuk orang yg sabar dan kembali kepadaNya.betapa DICACI dan DIHINA,tetap rasulullah SAYANGKAN umatnya.bibir baginda basah untuk sentiasa berdoa agar umatnya diberi HIDAYAH daripada Allah.YA.hidayah itu milik ALLAH.kita hanya mampu brusaha.

2.semakin hebat diuji,KETAATAN itu semakin menebal.kerana SEDAR sebagai manusia kita tidak mampu membuat apa-apa melainkan dengan kudrat dan iradatNya.maka MOHONLAH pertolongan Allah dengan SABAR dan solat.YA.kerana itulah baginda sanggup untuk melakukan qiamullail hingga BENGKAK kaki baginda.kerana apa?kerana itulah satu cara untuk baginda memohon pertolongan daripada Allah swt.

keperitan rasulullah tidak sama dengan keperitan kita.
ketabahan rasulullah tidak sama dengan ketabahan kita.
namun apa yang boleh kita lakukan.
CONTOHILAH cara bagaimana baginda meminta pertolongan kepada Allah.
dengan SABAR.dan SOLAT


 45. وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk -albaqarah-45-

jadikan KEPERITAN itu satu KEBAHAGIAAN.bilamana KEYAKINAN kita terhadap keredhaan,bantuan dan ganjaran yang akan Allah beri kepada hambaNya yang setia mengharapkan redhaNya..



 حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ
 أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


3. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih
 (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya  Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  


berselawatlah keatas junjungan besar rasulullah s.a.w
semoga keluhuran hati baginda dalam menyebarkan dakwah islamiyah ini
akan turut mengalir dalam denyutan darah kita
agar sama-sama kita menjadi generasi pewaris PERJUANGAN NABI
dalam memartabatkan ISLAM di atas muka bumi.insyaAllah




'Allah,beri kami kekuatan sepertimana Kau teguhkan hati rasulullah,agar dapat kami menempuh kehidupan ini dengan mengalirnya redhaMu dalam setiap helaan nafas kami.ameen~'

waLLAHU A'LAM









No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com