Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, January 31, 2011

ayuh BERSYUKUR

bismiLLAH
dengan kalimahNya.aku menaip.agar setiap kalimah yang diukir diiringi redhaNya.inyaAllah



29 JANUARI


-Hari paling bersejarah dalam kamus hidup penulis.hari istimewa buat dia,sahabat yang dikasihi kerana Allah.selamat hari lahir sahabat,NURUL HIDAYAH MOhD KHALIS.semoga Allah merahmati setiap langkahmu.

-Juga tarikh keramat pemergian sahabat ke rahmatullah.semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan yang soleh.

-dan juga lembaran sejarah buat sahabatku,yang berhijrah menuju redhaMu.semoga Allah merahmatimu,sahabat.SELALU

si penulis pulang ke kampung setelah sebulan menghidupkan diri dalam bumi waqafan yang diberkati.teringin untuk menjenguk nenek yang kesihatan semakin kurang memuaskan.akhirnya Allah mentakdirkan untuk pulang menziarahi nenek..

SEBAK.terasa sebak di dada.nenek kelihatan sangat kurus.renungan matanya yang penuh makna merenung mata saya sedalam-dalamnya.

abah : mak,sopo iki? (mak,siapa ni?)
-nnek berkerut-
nenek : iki mona? (ni mona?)
saya : ini ain lah nek
nenek : oh..ain..lali sopo..(lupa siapa..)
-sebak.mungkin kerana kesihatannya yang semakin terjejas dan jarang melawatnya kerana tinggal di hostel membuatkan nenek lupa akan cucunya yang satu ini.kerana cucunya ramaaii-
saya : nenek!mana daging nek...kurus je.. (sambil urut kaki nenek)
nenek :ha??dagingnye HILANG...
saya :nek..makan banyak sikit tau!bia cepat sehat..


sketsa yang bukan dirancang,tiada lakonan terancang.semuanya spontan dan lumrah kehidupan.melihatkan saat janji Allah itu hadir..manusia pada awal kelahirannya tidak mengetahui apa-apa,dan waktu akhir usianya juga tidak mengetahui apa-apa.maksudnya pada usia tua inilah anak seharusnya menjaga ibu bapa mereka sebaik mungkin sepertimana ibu bapa kita membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.agak-agaknya mampukah kita MENJAGA ibu bapa kita sewaktu mereka di akhir usia mereka??
FIKIRKAN

saya : mama beli jelly ni untuk siapa?
mama :untuk nenek lah..
saya : ??nenek makan ke?
mama : kita suap dia makan lah.kesian nenek.asyik makan bubur,sampai tak selera makan.kena pelbagaikan lah makanannye.at least nenek makan.ada tenaga..
saya : o0o0



saya melihat mama menyuapkan jelly itu kemulut nenek.dengan suapan KASIH SAYANG itu nenek makan jelly itu sampai habis.renungan matanya yang sangat menusuk jiwa.mampukah kita memahami perasaan ibu bapa mereka saat mereka tidak berdaya?
mampukah kita MEMBAHAGIAKAN mereka saat mereka berada di hujung usia?
sedangkan mereka akan sentiasa MEMAHAMI sifat dan kehendak mereka.lantas keinginan kita diturutkan.
ibu bapa mampu membaca fikiran kita.dengan apa?dengan KASIH SAYANG mereka yang terzahir.yang mungkin kita tidak pernah SEDAR.sedarkah kita?

30 JANUARI


mama : mak..makan ni
-nenek makan-
mama : ain,semalam mama ada LDK kat sekolah.kaunselor tu kata.sebenarnya kita sakit kepala ni sebab tekanan.setiap kesusahan itu kita kena fikir side POSITIVE.kalau Allah uji kita sedikit kesusahan,kelemahan.INGAT.banyak lagi nikmat yang Allah bagi kepada kita.kita mampu lagi berjalan,mampu solat dll.
-mama melihat nenek-
mama : (dialog dalam bahasa jawa.berat untuk ditulis kerana kompom pembaca tidak faham.saya terjemahkan)macam mak,walaupun mak tak boleh jalan..tapi mak maih boleh makan.walaupun mak baring je atas katil,mak ada banyak MASA untuk zikir..untuk ingat Allah.xda nak fikir nak kena buat kerja2 lain.itu kelebihan yang Allah bagi untuk mak.orang sakit ni lah sebenarnya Allah lagi sayang,sebab BANYAK masa dapat diluangkan untuk mengingati Allah.contohnya saya yang sihat ni.banyak benda nak kena fikir.nak basuh baju lah nak buat kerja pejabat lah.kadang-kadang XSEMPAT pun nak berzikir,sebab banyak masa dan fikiran ditumpukan untuk bekerja.

saya lihat.nenek hanya termenung.dengan renungan matanya yang mendalam.seakan mengiyakan segala perkataan yang didengarnya tadi.membuatkan saya juga termenung.



KADANG-KADANG...

Allah memberi kita kesusahan,derita,kecewa bila-bila yang Dia mahu.dan saat itulah JIWA kita akan dibolak balikkan,bahagia kita ditarik,jiwa kita dihempas ibarat gelas yang terjatuh dari tempat yang tinggi.hncur.berderai.
NAMUN
masihkah ada HARAPAN?
dimanakah letaknya HARAPAN itu?
-ALLAH-
itulah jawapan paling tepat.dalam skema jawapan persoalan kehidupan ini.saat jiwa kita remuk,hati kita gundah gulana.itu tanda iman yang rapuh didada.dan saat itulah saat TERBAIK untuk kita kembali kepada DIA.untuk kita mencari kembali ketenangan yang ditarik buat sketika.

saat kita diuji.
sebenarnya Allah mengajar kita erti TAWAKKAL dan KEYAKINAN kepadaNya dengan SEBENAR-BENARNYA.ya.kita dahulu pasti pernah yakin dan tawakkal kepada Allah.namun brapa percent kah keikhlasan kita dalam meletakkan pergantungan dan tawakkal yang SEPENUHNYA kepada DIA?
pernahkah kita meletakkan sepenuhnya keyakinan itu?
maka saat Allah melemparkan ujian dan dugaan itulah.untuk MENGAJAR KITA bagaimana untuk yakin pada DIA.
ya.MENGAJAR KITA.dalam erti sebenarnya -Tarbiyyah.melalui pengalaman hidup.itulah kenyataan


"banyakkan solat,berdoa.DOA orang yang terdesak (dalam kesusahan) itu akan Allah kabulkan,kan?"-ckgu mariah-



bersyukurlh
saat kita susah
Dia masih disisi
memberi kita jutaan nikmat
yang kita tidak pernah menzahirkan kesyukuran
kita hanyalah melihat
segala kekuarangan yang ada
tanpa merenung banyaknya nikmat yang MASIH Dia beri
walaupun kita SEMAKIN jauh kepadaNya
LUAHKAN kesyukuran itu
saat kau mampu tersenyum redha
menerima segala ujian itu dengan mengharap redhaNya
lantas kesyukuran ini kupanjatkan kehadratMu
baruku sedari
kasih sayangMu melangit tinggi
didatangkan musibah itu
hanyalah balutan nipis
kepada kebahagiaan HAKIKI
Allah
terimalah aku
menjadi hamba yang TERBAIK
di sisiMu
-ameen-



waLLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com