Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, December 15, 2010

usah BERSEDIH!

bismillah
dengan nama Allah
aku mencoret.mengharapkan segalanya diredhaiMU.ameen~


Allah SWT lebih merindui kita daripada kita merinduiNya

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:


Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)





berasa gusar?keluh kesah?sedih?



Mengapa?



sahabat-sahabat..



kebahagiaan hidup yang SEBENAR adalah tatkala kita MEREDHAI segala musibah dan kesusahan yang Allah telah berikan kepada kita.mungkin selama ini kita hanya merasakan kebahagiaan dalam bentuk kesenangan yang selalu kita abaikan dan kita laali untuk mengingatiNya.







Satu saat...

Allah menarik nikmat yang paling kita hargai...paling kita sayangi..

untuk menduga keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya

ingatlah///

segala yang ada milik kita ini hanyalah pinjaman semata..
bersegeralah...kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan dirimu dengan sifat Rahman dan RahimNya...



sahabat..
seandainya kita bersahabat kerana Allah,kita akan sedaya upaya untuk sama-sama membimbing sahabat ke jalan yang diredhai.Namun,seandainya sahabat kita tergamak untuk melakukan perkara yang Allah tidak rehai dan mendatangkan kemurkaan?apakah kita perlu untuk meninggalkannya?

itulah dugaan yang menguji keikhlasan dan ketulusan hati seorang sahabat dalam membimbing sahabat ke jalan yang benar..ingatlah.HATI itu milik Allah.HIDAYAH itu hanya Allah sahaja yang mampu beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.mungkin belum saatnya dia memahami jalan yang kita langkahkan kaki ini.

teruskan berdoa...untuk kebahagiaannya..
usah kau memandang orang yang melakukan maksiat itu dengan pandangan yang keji..
kerna boleh jadi dia akan menjadi seorang yang LEBIH BAIK daripada kamu
seandainya Allah memberi hidayah kepadanya..

selalulah berdoa.kerana DOA itu adalah tanda ikatan kita denganNya.semakin kita rajin berdoa semakin eratlah hubungan antara hamba dan Pencipta.berdoalah di mana-mana sahaja anda berada,dengan terdetik di hati mahupun dengan tunduk tawadhu' di tikar sejadah.kerana DOA adalah senjata UTAMA...




dan BERDOALAH..
agar persahabatan yang terjalin bukan sekadar didunia
bahkan berkekalan sehingga ke akhirnya
BERDOALAH
selagi nafasmu masih ada
selagi nalurimu masih memerlukan DIA
selagi sifat HAMBA itu masih menjalar di minda

BERDOALAH...
meskipun lambat diperkenankan
mahupun tidak pernah langsung dimakbulkan
kerana Allah telah menyediakan kehidupanmu dengan yang terbaik..
melalui mehnah dan musibah yang mengiringi loncatan iman dan taqwa
agar kita akan dapat merasakan nikmat SYURGA

bersahabatlah...keranaNya
nescaya duka cita suka tawamu
akan sentiasa dalam redhaNya..
insyaAllah




waLLAHU a'lam



2 comments:

Mr.Ix said...

so, jangan sedih2 kerana manusia..

salam blogwalking by blogwalker....

khaIRul_UmmAh said...

benarr
jzzk atas komenn


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com