Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, December 29, 2010

Ruang itu

bismiLLAH.nafas dihela penuh kesyukuran.saat diberi peluang menitip keampunan.kepada Tuhan Pencipta Alam

baru-baru ini penulis telah diberi kesempaan untuk menyertai camping yang best.buat pertama kalinya sertai camping yang peserta seramai 600++.peserta daripada serata malaysia.seronok.memang seronok.berjumpa kawan lama.dan mencipta persahabatan baru.

Ruang itu
selama ini Ruang itu dibiarkan kosong..tanpa di isi supaya penuh.tatkala Ruang itu dibiarkan kosong,semakin lama semakin banyak debu kotor memenuhinya.ruang yang selama ini lut sinar mula menjadi lut cahaya.

Setiap insan ada ruang tersebut.
namun tidak semua orang memenuhi ruang tersebut sebaiknya
ramai hanya membiarkan ia berdebu..tidak berguna
dan orang tersebut mungkin termasuk yang sedang menulis ini
apatahlagi masa yang terluang dibuang sia-sia
maka di kesempatan untuk menghadiri program itulah
Ruang itu dibersihkan
agar cahaya iman itu
dapat menembusi Ruang itu
apakah Ruang itu?



H.A.T.I


buat kali pertama si penulis mengikuti camping outdoor bertemakan al-quran.seronok.game yang menarik.berbagai-bagai aktiviti yang dilakukan
antaranya ialah peserta diberi cross puzzle dan dikehendaki untuk memenuhkan ruang kosong dengan jawapan.dan setiap soalan tersebut akan diberi pada setiap check point.
program seperti outdoor bertemakan al-quran ini memberi peluang kepada remaja untuk melakukan aktiviti lasak disamping mendekati al-quran,dan mentadabbur maknanya.
dan perkara yang diingatkan oleh kakak fasi kepada peserta untuk membetulkan niat sebelum melangkah ke aktiviti2 lain telah pun dilakukan.

ya.waktu inilah digunakan sepenuhnya untuk menbersihkan habuk dan debu serta karat yang mungkin ada pada RUANG itu.alhamdulillah.Allah memberi kesempatan untuk merasai nikmat sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan di Ruang itu.

anda pula bagaimana?

H.A.T.I
manusia sering mengaitkan hati itu dengan CINTA
apa itu CINTA?
benarkah CINTA itu terletak di HATI?
CINTA apa yang BERHAK terletak di HATI kita?

H.A.T.I
kadang-kadang terasa gembira
kadang-kadang terasa disiat-siat
kadang-kadang terasa handur,berderai
apakah maksud HATI yang sebenarnya?

H.A.T.I
andai perut lapar perlukan makanan
andai badan sakit perlukan kerehatan
andai mata mengantuk perlukan ketiduran
maka HATI sakit,perlukan APA?


H.A.T.I
ibarat gelas yang lutsinar
cahaya boleh menembusinya dan terlihat kejernihan air di dalam
andai ia selalu di isi dengan kejernihan AMALAN
yang bisa membuka Ruang itu untuk menerima CAHAYA IMAN


H.A.T.I
hanya SATU CINTA yang boleh diletak di dalamnya
tidak mungkin dua,tiada yang ketiga
maka CINTA apakah yang terletak di HATIMU?
adakah CINTA itu mampu membawamu ke SYURGA
atau hanya menempah ke NERAKA?

H.A.T.I
andai diisi dengan CINTA DUNIA
maka kau akan buta segalanya
buta dengan kenikmatan berganda
yang membawa kau terjatuh ke longkang HINA


Namun
H.A.T.I
andai kau isi dengan CINTA ILAHI
kelak ketenangan akan selalu mendampingi
setiap detik dan ketika
saat hati disiat-siat
saat jiwa hancur berkecai
saat sanubari duka sengsara
maka CINTA itu bakal menghapus segalanya
dan membawa kau ke ALAM BAHAGIA

H.A.T.I
sudikah kau isi hati itu
paling tidakpun sedikit
dengan rasa HAMBA
kerna kita bukanlah SEMPURNA
maka dengan sifat HAMBA itulah
yang menjadikan kau MULIA
menjadi hamba TERBAIK di sisiNYA

H.A.T.I
andai terlalu hitam
dan sukar untuk dibersihkan
maka mohonlah kepadaNya
agar dapat menukarkan
dengan HATI yang BARU
yang lebih TAAT kepadaNya

H.A.T.I
andai jernih 
kelak kau bisa melihat
dengan tulus
dan kelak kau akan diberi
CINTA seiring dengan CINTA ILAHI..

masih adakah Ruang
untukku memenuhi Ruang itu
dengan pesona indah cintaMu?
wahai TUHANKU??

waLLAHU A'LAM

2 comments:

Anonymous said...

BGUS2..PANJANG KN SKIT TULISAN,INSYAALLAH BLH MNYENTUH HATI TIAP PEMBACA..

khairul ummah said...

jzzk atas komen.
smoga bermanfaat~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com