Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, December 12, 2010

rindu bumi itu.bumi syam


bismiLLAH
satu perjalanan musafir mencari sesuatu yang tersembunyi
dan pengharapan yang tinggi agar pulangnya nanti
membawa sinar bahagia


5 DISEMBER 2010

bergerak dari kolej ke KLIA ,flight pertama transit di Bahrain.flight gulf air.makan sedap.tido sedap.perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam.duduk terlalu lama membuatkan belakang mula meragam..sakitnya Tuhan saja yang tahu

tiba di Bahrain.
tinggal semalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke dimasq (damascus),syria.flight selama 3 jam

6 DISEMBER





tiba di syria airport ,disambut oleh akh iehab,tour guide kami.seronok.semua orang menukarkan jam malaysia kepada jam syria iaitu jam 12.00 tghari




-melawat muzium sejarah.terdapat bermacam2 peninggalan sejarah dari selruh syria disimpan di situ

7 DISEMBER

1 Muharram.hari cuti buat bumi syria.dan jadual yang sepatutnya kami menziarahi Universiti abu nour ditukarkan dengan aktiviti memanjat jabal arba'in 200 anak tangga dan melawat satu tempat bernama busro.




jabal arba'in
disitulah terdapat sejarah kisah pembunuhan pertama di dunia,pembunuhan anak nabi adam.
disitu jugalah mihrab 40 orang wali beribadah
disitu jugalah kami dibr peluang untuk berdoa,di tempat yg diberkati
disitu jugalah diceritakan oleh imam sheikh kisah panjang pembunuhan qabil oleh habil
disitu jugalah kisah unta berlaku (x ingat sangat kisahnya apa)
di situ bermula saya mendapat ketenangan...
ketenangan yang x pernah dirasa
syahdu..sayu
mengenangkan kehidupan yang selama ini masa terlalu banyak disiakan..

BUSRO






-colleseum,zaman Rom terdapat di sana.seronok menerokai sejarah yang ada.
-masjid umayyah.tersergam indah


sempat bersembang dengan penjaga masjid yang tinggi dan murah dengan senyuman..
-juga terdapat mihrab buhaira,insan yang mengingatkan abi talib agar segera membawa pulang raslullah s.a.w pulang setelah melihat terdapat tanda kenabian pada diri rasulullah s.a.w
-juga bersembang dengan kanak-kanak yang mengiringi perjalanan kami.rumahnya berhampiran tempat itu
"masmuk?" (apa nama kamu)
"faizaal"
sampai satu tempat perumahan..
"haza baiti!!"  (ini rumah saya!)katanya gembira
"zalik baituk?" (itu rumah kamu?)
"na'am!!"

8 DISEMBER

pagi yang sejukkk.kami bertolak ke 3 tempat utama.
Universiti abu nur,markez lughoh lil ajnabi (madrasah khas untuk pembelajaran bahasa arab bagi orang bukan arab) dan jamiah jami' al-fatih



Jamiah Abu Nour
-kami dihidangkan qohwah SEDAP! (kopi).cawan kecil sahaja.tapi sekali rasa...wah~~~ T-T
si penulis duduk sebelah ustazah dan ckgu..ustazah minum,semua buat muka pelik.muslimin dah gelak2 melihat gelagat cikgu2..

-paling terkesan sewaktu mudir jamiah itu berkata
"sesungguhnya pembelajaran di sini bukan semata-mata kerana SYAHADAH (sijil) tapi yang utama untuk memahami dan menguasai bahasa arab seterusnya dapat memahami al-quran.."
"belajar itu ibarat seekor burung.burung ada berapa sayap?dua bukan?sebelah sayap adalah ilmu,dan sebelah lagi adalah ruh islamiyyah.tanpa ruh itu,kita takkan mampu terbang jauh.."



Markez lughoh
-kami dihidangkan makanan masyarakat syiria.sedap!namun x larat untuk dihabiskan...
-kami diberi kesempatan untuk masuk ke kelas2 mereka sewaktu masa rehat mereka..dan bersembang2 dengan guru2 di sana
perbualan dalam bahasa arab.
"puan,bagaimana nak mudah belajar bahasa arab?"
"kamu belajar di sini.jangan belajar di malaysia.SUSAH! "
"kenapa?"
"kerana di sana kamu tiada suasana untuk berintekasi dalam bahasa arab.dan kamu bergantung kepada bahasa kamu sahaja.di sini,berbagai2 negara dapat dikumpulkan dan kami semuanya dapat bertutur dalam bahasa  arab.."
"....................."


-jami' al-fatih
bertemu dengan orang yang kami ada jumpa di jabal arba'in tempoh hari
perbualan dalam bahasa arab
"makcik mengajar di sinikah?"
"ia..kita bertemu di jabal arba'in tempoh hari/.."
"haah...tentu sekali..."
seterusnya kami diberi peluang untuk ke suq hamidi ,syurga shopping.huuu~


satu situasi.perbualan dalam bahasa arab

"pakcik,brapa harga ni?"
"1500 lira"
"kalau saya beli banyak?boleh kurangkan harga?"
"boleh2..kamu dari mana?"
"kami dari malaysia"
"belajar di sini kah?"
"x..kami menziarah di sini.."
"bagus2..apa pandangan kamu tentang syria?"
"hebat!tenang..cantik..."
"pakcik!saya beli banyak!pakcik kurangkan harga yeee"
"boleh2..kerana kita BERSAUDARA,ISLAM yang mengikat persaudaraan kita.saya bagi murahh"
ayatnya seakan-akan mengampu.namun yang tersirat di sebalik itu,si penulis betul-betul dapat merasai ruh bersaudara seislam di sana.di alu-alukan dengan penuh hormat dan orangnya yang sentiasa ramah mesra.sesi tawar menawar akan diakhiri dengan saling doa-mendoakan antara satu sama lain.
sesetengah orang membuat tawar menawar dengan gaya ugutan sehingga peniaga pun terasa tertekan.sesiapa yang berjalan-jalan dengan penulis xkan ada rasa stress..malah bergelak ketawa dengan peniaga di sana disamping dapat berbual2 sementara memilih barang.mereka sangat ramah.

selama saya berinteraksi dengan orang arab,x kira di universiti malaysia ataupun di mana-mana pun lidah mereka tidak pernah lekang untuk mendoakan kesejahteraan insan bersaudara sesama mereka.alangkah indahnya kalau rakyat malaysia juga mengamalkan sikap begitu..hmmm

9 DISEMBER



kami bergerak ke masjid sultan salahuddin al-ayyubi.di situ jugalah terdapat makam beliau.masjid yang tersergam indah,terdaoat juga di dalamnya maqam nabi yahya alaihissalam.berasa sangat beruntung dapat menjejakkan kaki di bumi syam.bumi yang diberkati,bumi para anbiya'...

hari ini hari terakhir untuk kami berbelanja.suq hamidi menjadi pilihan.si penulis hanya membeli barang-barang kecil untuk sahabat2 memandangkan poket sudah benar-benar kering.sambil menikmati aiskrim syria hand make yang sangat sedap!

malam terakhir.berkemas2-kemas memandangkan esok pagi sudah mahu bertolak ke airport.sempat menonton kartun yu gi oh versi arab.terbaikkk

10 DISEMBER
bergerak ke airport.sebelum itu bersarapan buat kali terakhir.jem apricot..sedapp
flight ke bahrain makan masa 3 jam
dan menunggu flight dr bahrain ke malaysia..6 jam menunggu di airport!

11 DISEMBER
akhirnya tiba di tanah air.namun bumi syam itu tetap tidak dapat dilupakan...kedamaian di sana.mengocak jiwa yang selama hambar menjadi tenang.

si penulis teringat,sebelum 'flight' ke dimasyq (damsyik) terdapat satu doa musafir di situ
dan penulis sempat membaca memandangkan ketika itu terkejar2 lambat sampai aiport...doa yang bermaksud..

"ya Allah,jadikanlah musafirku ini dapat menambahkan taqwaku kepadaMu.."
allahumma ameen

semoga musafir ini menjadi kekuatan
untukku mendamipingiMu,Allah!
ameeennn~

4 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, alhamdulillah menariknya perjalanan tu. moga dirahmati

Syakirah said...

alamak,, td tersalah bg comment~.. sepatutnya nk letak dikit sini, tp terletak dkt post lain..hehe~

khaIRul_UmmAh said...

to syakirah

xpe..smoga brmanfaat ye..jzzk!

to azhan

insyaAllah.sememangnya sangat menarik.jzzk~

khaIRul_UmmAh said...

to syakirah

xpe..smoga brmanfaat ye..jzzk!

to azhan

insyaAllah.sememangnya sangat menarik.jzzk~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com