Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, November 19, 2010

aidil adha,satu pengorbanan HEBAT

bismiLLAH
dengan namaMu aku melangkah.mencari A yang lebih BESAR.insyaAllah~

Raya aidil adha tahun ini melihatkan beberapa pengorbanan yang besar di depan mata.mahu berkongsi bersama pembaca untuk pengajaran kita bersama.

KISAH 

Nenek terlantar sakit di hospital teluk intan sejak beberapa minggu yang lalu akibat sesak nafas.Keadaan nenek sangat kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan.Apabila dirawat oleh doktor, katanya paru-paru nenek dijangkiti kumah dan saluran jantung tersumbat.Keadaan nenek sangat menyayat hati.


apa yang saya ingin kongsikan di sini.....




semaian kasih nenek terhadap anak cucunya...
terbias pada dirinya saat akhir hayatnya....




saya masih teringat saat-saat pulang ke kampung dahulu.Apabila tiba waktu makan sahaja nenek akan mengajak semua anak cucunya makan bersama-sama dan beramai-ramai.Sangatlah meriah waktu itu dengan senda gurau dan riang tawa tatkala bertemu dengan saudara yang jarang bertemu.Nenek sangat prihatin..kalau ada cucunya yang malas nak makan...nenek akan ajak sampai cucunya makan bersama-sama..huuu...keberkatan makan beramai-ramai itu ada di situ...ya..keberkatan yang baru si penulis rasa..
NIKMAT KASIH SAYANG
NIKMAT HORMAT MENGHORMATI

dan nikmat itu membawa keberkatan seisi rumah dan seisi darah sama yang mengalir dalam diri setiap ahli keluarga..yang emmbawa kepada KEBERKATAN dalam kehidupan!

"ala...makan ramai2,semua orang boleh buat...x de yang special lahhh"

mungkin itu respon anda sebagai pembaca.


namun
cara itulah pengikat kasih sayang sesama ahli keluarga.dan apabila si penulis pulang ke kampung baru-baru ini sempena hari raya aidil adha dan ingin melawat nenek...
kampung ibarat hilang seri...terasa kekurangan sesuatu...
tiada lagi panggilan dan ajakan nenek untuk makan bersama..
tiada lagi suara halus itu bertutur bicara..
tiada lagi sapaan mata mengajak solat bersama...
tiada lagi...
sungguh.saya amat merindui waktu itu!

pengorbanan bersalut kasih sayang yang si penulis dapat lihat adalah..

anak-anak lelaki nenek semua bergilir-gilir untuk berjaga malam di hospital untuk menjaga ibu mereka.termasuk abah yang sanggup driving dari shah alam ke teluk intan semata-mata untuk menjaga ibunya yang amat dikasihi di hospital,padahal esoknya abah dan pakcik2 lain bekerja seperti biasa.

di sini si penulis melihat..
betapa hebatnya KASIH SAYANG itu
yang membawa kepada pengorbanan..
pengorbanan anak-anak yang sanggup menjaga ibunya di hospital secara bergilir-gilir..
ANAK-ANAK LELAKI (ada juga makcik yang menjaga.tapi dalam keluarga abah anak lelaki paling ramai)
lantas si penulis berfikir...
agak-agak adakah manusia lain yang sanggup menjaga ibunya di hospital pada malam hari,dan esok harinya dia bekerja?


berapa ramaikah anak-anak yang sanggup bersengkang mata menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital



berapa ramaikah lelaki yang ada KEEGOAN dalam dirinya melunturkan sifat itu dek manisnya kasih sayang sesama ahli keluarga?



dan perkara itu membuat si penulis terfikir...
sanggupkah si penulis BERKORBAN masa dan tenaga demi menzahirkan kasih sayang seperti yang dilakukan oleh pakcik2 dan abahnya sendiri?


bagaimanakah anda pula wahai para pembaca sekalian?

cuba anda bayangkan...
saat kita muda remaja ini pun malas untuk membantu apatah lagi menawarkan bantuan kepada ibu bapa kita,
apakah mungkin kita SANGGUP berkorban menjaga mereka di hari tua/?
apakah SABAR kita melayan mereka yang lemah tidak berdaya saat mereka di akhir usia?

fikir-fikirkan
tanpa kita sedari,
begitu banyak pengorbanan yang telah ditabur oleh ibu bapa kita sejak pertama kali kita menangis di dunia ini sehingga kita dewasa
namun kerana kenikmatan dunia itu membuat kita lupa dan kabur dengan pengorbanan itu
dan mata-mata yang sedar dan dapat merasai pengorbanan itu adalahh
mata-mata yang mempunyai hati yang tulus dalam menyayangi ibu bapa mereka
dan kasih sayang itulah jaringan pengorbanan..
pengorbanan sebagai seorang ibu..
pengorbanan sebagai seorang ayah...
dan saat waktunya nanti..
KITA
saat pengorbanan sebagai seorang ANAK..

eratkanlah kasih sayang sesama ahli keluarga,kerana ia bakal membuahkan sifat sanggup berkorban demi ahli keluarga yang dikasihi, yang mana pengorbanan itu tidak mungkin disiakan,kerana pengorbanan itu membawa kasih sayang kita semua kepada TUHAN,di mana ganjaran itu tersedia untuk kita...insyaAllah..

ya Allah,
jadikanlah kami insan yang punya hati dan perasaan,
Kau campakkanlah benih kasih sayang dalam jiwa kami
kasih saya kepadaMu,kepada RasulMu,
dan khususnya kasih sayang buat IBU BAPA KAMI
Kau zahirkanlah kasih sayangMu terhadap mereka
dengan kesihatan yang baik,dan ketaatan mereka kepadaMu
dan zahirkanlah kasih sayangMu kepada mereka
melalui anak-anak mereka...
iaitu KAMI
izinkan kami mengetuk pintu hati mereka
izinkan kami memimpin tangan mereka
izinkan kami menjunjung mereka
dan izinkan kami membawa mereka ke SYURGA

sebagaimana Kau campakkan benih kasih sayang dalam sanubari ibu bapa kami
maka campakkanlah benih itu dalam diri kami
agar dapat lahir sifat BERKORBAN demi mereka yg kami kasihi
sepertimana mereka yang sanggup BERKORBAN demi mendidik kami
dari kecil sehingga dewasa
Allah Ya Rahman Ya Wadud
perkenankanlah doa kami
sungguh indah pengakhiran itu
seandainya Kau tempatkan ibu bapa kami
di syurgaMu YANG TERTINGGI...
ameen!

Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com