Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, September 4, 2010

Mukmin ibarat AIR!

  


bismiLLAH.dengan wadah ini.aku melangkah.semoga perjalanan ramadhan ini memberi kesan terindah.saat jiwa dosa terhapus hati kan cerah.buat hati2 yg jiwanya BERSERAH.

JALAN-JALAN MELINTAS KOTA.

Semalam pulang ke rumah.Hati agak gembira juga.maklumlah,dah lama jugak x jumpe anak buah yang dah pandai jalan sekarang.Akhirnya Allah beri saya kesempatan untuk merasai lagi nikmat kasih sayang manusia,bersama keluarga.

Malam hari selepas terawih saya diajak untuk pergi ke pasaraya oleh kakak untuk membeli balang kuihnye.Siap dah warning kakak memang keluar untuk bli balang kuih je kes holiday pakage yg sangat banyak,x terkira!kakak memang rajin buat kuih.hati pun merelakan diri untuk temankan dia..perempuan x elok jalan malam sorang-sorang.sampai di roundabout kayangan..

saya : ramainye kereta!ape dorg buat malam2 ni
kakak : macam biase la..shopping raye?
saya : o0o.zaman sekarang.10 mlm trakhir sume berkejar2 pi shopping raye.nape x kejar lailatul qadr?
......perbualan tamat di situ.masing-masing berfikir apakah agenda seterusnya untuk mencapai dan merebut malam terhebat berkenaan..

AIR
Air sungai mengalir yang jernih , sedap,banyak khasiat akan memberi faedah dan kenikmatan buat peminumnya. (bulan puase ni cerita pasal air plak.) .dan air tersebut akan berterusan memberi manfaat kepada manusia selagimana khasiat dan kejernihannya masih ada.Namun air yang kotor dan berkeladakdan berlumut di dalam bekas air minuman..sanggupkah untuk kita minum?semestinya tidak.air tersebut semakin lama semakin berlumut dan bakal sama ada dibuang mahupun ditinggalkan begitu sahaja.

saudara saudari,
kita ibarat AIR.


mengapa??


seseorang yang jiwanya kotor,imannya goyah dan semangatnya pudar untuk mempertahankan Islam,ibarat air kotor yang berkeladak di dalam bekas minuman.Air tersebut hanya statik dan tidak mengalir..kotoran hatinya menghalang kenikmatan untuk menjadikan diri bermanfaat kepada manusia yang lain,bahkan memberi mudharat kepada sesiapa yang meminumnya.semakin hari air yang tidak mengalir itu akan menghasilkan keladak dan akhirnya berlumut.itulah manusia.

seandainya kita tidak berubah ke arah yang lebih baik setiap hari,kita ibarat air yang bertakung,yang statik di dalam bekas minuman tadi,air yang tidak mengalir.keladak yang terhasil itu adalah kejahilan yang masih berada dalam jiwa dan sanubari kita.kerana apa? Tiada tindakan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik  akan menghalang diri kita untuk membersihkan jiwa.dan akhirnya ia akan memberi mudharat kepada diri sendiri akibat semakin kotornya hati, keinginan untuk melakukan perkara yang dilarang akan terbuka di hadapan mata.daya tarikan maksiat semakin kuat mendekati manakala seruan keimanan semakin jauh dari hati.Dan akhirnya PRODUK YANG DIHASILKAN AKAN MENYEBABKAN UMMAH SEMAKIN TENAT,KEJAHILAN SEMAKIN MEMBELENGGU DIRI.


Lain pula ceritanya dengan air yang mengalir,punyai khasiat tadi.air sungai dari hulu meredah batu-batu,membawa nutrisi tanah yang ada supaya kandungan airnya itu kaya dengan mineral.itulah ibarat mukmin.kehidupannya dipenuhi dugaan.meski kadang terhempas melalui batu-batu perjalanan..namun sentiasa  membawa pengajaran dan berfikir akan hikmah disebalikdugaan.seterusnya kenikmata REDHA itu mula meresap ke dalam diri.bilamana hasilnya akan menjadi insan yang teguh,kuat dan berhikmah serta akan bermanfaat untuk insan yang lain.

kita berada di dalam golongan yang mana?

saudara saudari,

ramadhan adalah pakage KHAS yang Allah sediakan untuk orang-orang mukmin ini agar menjadi air yang mengalir.sepanjang pengaliran air di bulan ramadhan,segera mengutip dan mengumpulkan sebanyak mana mineral yang ada.supaya di hujungnya air tersebut dapat diminum dan memberi kesihatan kepada manusia..kesihatan iman dan hasilnya adalah KETAQWAAN kepada Allah

Namun...
amatlah rugi bagi sesiapa yang mengambil pakage ramadhan ini,namun TIADA SATUPUN PERUBAHAN dalam diri .ibarat air yang bertakung tadi.amat-amatlah rugi kerana kita tidak yakin yang kita akan dapat menikmati pakage ini lagi di tahun hadapan.

adakah anda sudah terlambat untuk melakukan perubahan diri ke arah lebih baik?

TIDAK

masih ada waktu.niatkan dalam hati supaya perubahan kita ke arah lebih baik ini, dapat membuatkan kita bahagia dan tenang dalam hidup, meskipun di ejek dan di caci oleh insan sekeliling. kerana saat paling indah adalah kenikmatan berbentuk KETENANGAN DI DALAM HATI MUKMIN yang diberikan KHAS oleh Allah...khusus untuk hambaNya yang KEMBALI kepadaNya..

 هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا مَّعَ إِيمَـٰنِہِمۡ‌ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٤) لِّيُدۡخِلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَيُڪَفِّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ‌ۚ وَكَانَ ذَٲلِكَ عِندَ ٱللَّهِ فَوۡزًا عَظِيمً۬ا (٥) وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ وَٱلۡمُشۡرِكَـٰتِ ٱلظَّآنِّينَ بِٱللَّهِ ظَنَّ ٱلسَّوۡءِ‌ۚ عَلَيۡہِمۡ دَآٮِٕرَةُ ٱلسَّوۡءِ‌ۖ وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ وَلَعَنَهُمۡ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَهَنَّمَ‌ۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرً۬ا (٦) وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا (٧)

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (4) (Allah melakukan yang demikian) supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka); (5) Dan supaya Dia menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrik lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Dia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka Neraka Jahanam; sedang Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (al-fath 3-5)

jadilah air yang mengalir..
berilah peluang kepada hati untuk berubah ke ara h lebih diredhai.
semoga Allah memberi kekuatan kepada kita
untuk tetap di landasanYA
INSYA-ALLAH
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com