Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, September 16, 2010

Menangkah Kita?

bismILLAH

dengan Nama Tuhan,aku menulis
semoga setiap huruf memberi nafas kesyukuran kepadaNya





HARI RAYA AIDILFITRI

Hari raya.hari kemenangan.Hari kegembiraan semua umat Islam bilamana saat yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga tercinta di kampung halaman.Gema takbir di malam raya menggegar bumi tanda kesyukuran,diberi kesempatan untuk merasai nikmat KEMENANGAN.

Namun,satu persoalan,
Menangkah kita?
Adakah kita benar2 menjadi seorang yang berjaya?

Ya.
kita mencapai kemenangan bilamana kita berusaha bermujahadah melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang selama sebulan di bulan ramadhan.Hakikatnya kita sudah berjaya mencapai fasa itu.malam raya ibarat satu kepuasan.Kita berjaya untuk menjadi individu baru yang bersemangat untuk beribadah kepadaNya,setelah kita melalui sebulan pembentukan hati yang intensif di bulan ramadhan dengan amal ibadah yang moga-moga diterima Allah.insyaAllah.

sahabat-sahabat,

Kita telah brjaya pada fasa yang pertama.Pemergian Ramadhan memilukan hati insan-insan yang sememangnya menantikan saat-saat indah beribadah dengan penuh rasa kehambaan dalam mencari redhaNya semata.kedatangan aidilfitri mengubat kesedihan hati di saat kejayaan dalam memerangi hawa nafsu itu.Malam saya ibarat pagar yang terbuka untuk manusia kembali kepada kehidupan biasa setelah melalui madrasah tarbiyah selama sebulan.Harus kita lontarkan satu soalan,ke manakah arah tuju kita setelah 'pagar' dibuka?

PRODUK RAMADHAN- TAQWA

Allah itu Maha Penyayang.Pintu taubat dibuka seluas-luasnya untuk hamba yang mencari keampunan dan menyesali perbuatan dosa.madrasah tarbiyah di bulan ramadhan menjanjikan hasil terbaik,iaitu TAQWA kepada orang yang benar-benar menjalani pembentukan jiwa yang sebenar melalui ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan.Insan yang dianugerahkan TAQWA selepas ramadhan akan dapat dirasai melalui amal ibadahnya,akhlaknya dan kehidupannya yang lebih baik berbanding sebelum ramadhan.Ibadahnya terjaga,ibarat menjadi seorang yang baru yang lebih bersemangat dalam mencari redha Allah.


Tetapi....
Alangkah sedihnya.ramai yang kecundang sebaik sahaja melepasi 'pagar' itu.Ramai yang kembali kepada kejahilan,ibarat ramadhan yang dilalui tidak memberi kesan walaupun sedikit kepada diri.Tadarus yang sebulan lalu itu setiap hari dibaca,datang raya tiada lagi tadarus.solat sunat yang rajin dilakukan pada bulan ramadhan,terus pergi bersama perginya ramadhan mungkin.itulah realiti umat islam pada hari ini.menjalani ibadah puasa ibarat SATU ADAT yang tiap-tiap tahun kita lalui.


ANDA BAGAIMANA?


saya ajukan persoalan ini kepada para pembaca dan terutamanya kepada diri saya sepastinya.
Cuba KITA berfikir sejenak,

Adakah ramadhan lalu memeberi kesan BAIK kepada diri kita?
atau kita hanya sekadar menjalani ramadhan dengan SIA-SIA?

Adakah kita berjaya memerangi penyakit hawa nafsu setelah SEBULAN berpuasa
atau kita lebih memuaskan hawa nafsu setelah berlalu ramadhan?

Adakah kita terasa dekat dengan Allah sepanjang ramadhan dengan melakukan ibadah kepadaNya
atau hati terus menjauhiNya sebermulanya takbir raya bergema?

Koreksi diri sejenak lebih bermakna berbanding ibadah 1000 tahun
fikir tanpa zikir adalah insan yang hebat,tetapi menguncang kecelakaan diri kerana tidak mendekatiNya
zikir tanpa fikir melahirkan insan yang KOSONG jiwa
fikir dan zikir melahirkan INDIVIDU BERTAQWA

belajar erti kehidupan.
bernafas erti kepayahan.
bangkit dari kelesuan
bangun erti keazaman
berlari dari kejahilan
kelak dirimu dirahmati TUHAN

selamat menjalani kehidupan selepas ramadhan.semoga kita menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.segala salah dan silap dari diri saya harap dapat dimaafkan.jzzk kepada semua.. :)

waLLAHU A'LAM

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com