Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, August 5, 2010

Hidup Sebagai Pahlawan Diri

bismiLLAH
lama sudah saya tidak menulis di ruangan ini.Mungkin disebabkan oleh kesibukan yang tidak habis.Namun saya tetap akan menulis di ruangan ini.Untuk sama-sama kita kongsikan manfaat dan kebaikan yang akan sama-sama dikongsi.insyaAllah.

Posting kali ini saya memilih tajuk 'HIDUP SEBAGAI PAHLAWAN DIRI'
mengapa?
saya sendiri pun tertanya-tanya pada mulanya.Melihatkan kepad pengalman baru yang sangat bermakna buat diri.Ya,mengakui diri ini tidak sehebat dan sebahagia manusia yang sentiasa punya biah solehah dalam keluarga dan sekitar.Namun saya mengambil pendekatan BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN.supaya saya dapat berfikir lebih kehadapan daripada pandangan yang berbeza.

sahabat,
kadang-kadang kita diuji dengan kesakitan.jiwa mahupun raga.rasa tidak tenteram hati.Sebenarnya keadaan seperti itu,jiwa kita berlaku peperangan di dalamnya.Saat nafsu dan iman mula berperang,yang mana satu akan menang,bergantung kepada amal kebajikan diri.Cuba kita fikirkan,dalam hidup ini,sebanyak mana peperangan jiwa yang berlaku dalam diri,pernahkah kita bergerak berdiri menjadi seorang PAHLAWAN?

Menjadi Pahlawan Diri
Sering kita lupa ada KEKUATAN DALAMAN kita yang kita sedar atau tidak sedar.Sebenarnya dalam diri setiap insan ada PAHLAWAN,iaitu kekuatan dalaman yang bisa menepis segala masalah dan peperangan serta kekalutan diri.Pahlawan ini tidak akan hadir dengan sendirinya.Ia memerlukan LATIHAN INTENSIF bagi meningkatkan kekuatan dan skill yang ada.begitulah hakikat sebenar kekuatan DIRI.kita perlukan latihan intensif bagi membina 'pahlawan' diri.tapi bagaimana??


Latihan intensif ini berbentuk rohani dan jasmani.Memandangkan hari pendaftaran membina kekuatan 'pahawan diri' semakin tiba,JANGAN lepaskan peluang untuk menyertainya dan sama-sama kita dapat membina 'pahlawan diri' yang hebat dan digeruni oleh musuh-musuh Allah.bilakah hari pendaftaran tersebut?



RAMADHAN-BULAN TARBIYYAH
waktu yang dinanti-nantikan oleh orang yang beriman.waktu ISTIMEWA untuk kita menyemai kembali rasa kehambaan diri,disanping waktu yang paling efektif dalam membentuk 'pahlawan jiwa'.kursus puasa secara intensif selama sebulan mendidik pahlawan jiwa kita untuk bina asas kekuatan IMAN.waktu paling mujarab untuk kita merawat luka-luka aqidah akibat tajamnya duri disa dalam diri.Inilah waktu yang paling indah saat Allah menggandakan pahala amalan berganda-ganda,tanda SAYANGNYA kepada HAMBA.subhanaLLAH,begitu indah kasih-sayang Allah.Cuba tanya pada diri sendiri,sedarkah kita akan sifat RahimNya ini?

Banyak latihan intensif untuk membina pahlawan diri ini.solat sunat,riadhah,tadarus al-quran,zikir,solat sunat tarawih (pakage istimewa) buat yang terpilih sahaja.Siapa yang terpilih itu?orang yang terpilih adalah orang yang hatinya TERPANGGIL untuk menjadi lebih baik san menyambut kedatangan ramadhan dengan harapan perubahan yang sangat bermakna bagi diri,untuk kebahagiaan jiwa yang hakiki,seandainya tidak dapat di dunia,maka insyaAllah di akhirat akan sedia menanti..

Jom kita bina pahlawan diri.semoga pahlawan diri kita dapat membantu kearah kegemilangan Islam yang dinanti!

waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com