Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, June 9, 2010

mereka ketawa,kita TERNGANGA

bismiLLAH..
mohon agar dikuatkan semangat untuk terus menulis..
semoga pena ini dapat membelah dada yang penuh debu dosa
untuk sama-sama kita sinari dengan kebahagiaaan iman.insyaAllah.

mereka ketawa,kita TERNGANGA

rasanya tajuk ini agak menarik untuk penulis terus laju menekan butang keyboard yang ada.seperti mana yang kita ketahui 3 buah kapal bantuan ke gaza telah ditawan dan sebahagian anak kapal telah dihantar pulang termasuklah kesemua warnagegara Malaysia yang mengikuti bantuan kemanusiaan tersebut.Bagaimana perasaan anda?  tatkala berita kapal bantuan disekat dan tidak akan sampai ke gaza,beberapa orang sukarelawan Turki meniggal dunia kerana samsengnya tentera Zionist menzahirkan perasaan kecut perut mereka saat melihat seluruh manusia di dunia bersatu hati ingin membantu gaza.

Demonstrasi jalanan aman banyak dijalankan demi menunjukkan kemarahan manusia seluruh dunia terhadap kekejaman tentera Zionist yang bukan sahaja telah meragut rakus rakyat Palestin,bahkan juga mula bertindak ganas kepada insan luar yang ingin membantu Palestin dari terus menderita.Usul dicadang, laungan takbir bergema, laungan israel kejam kedengaran di seluruh alam. Namun pernahkah kita terfikir, MUNGKIN demonstrasi memijak bakar bendera Israel itu hanyalah sia-sia?

Tidak saya nafikan bahawa dengan demonstrasi tersebut akan membangkitkan semangat kita untuk membntu saudara Palestin di sana.Cuba renung sejenak,gulungkan segala kejadian yang terjadi dan fikir seminit. Adakah dengan SEKADAR membakar bendera Israel, mengutuk kekejaman mereka , memboikot barangan mereka cukup untuk membuatkan ISLAM BANGKIT??

saudara saudari,
Isu Palestin adalah isu lama yang SEHARUSNYA kita ambil berat.isu ini bukan sekadar isu rakyat palestin,bahkan ini adalah isu dunia.Isu dimana tanah palestin menjadi rebutan 3 agama, yang sama-sama ingin pertahankan hak masing-masing mengikut kepercayaan masing-masing.yahudi dengan haikal sulaimannya,kristian dengan crossnya, dan Islam dengan teguhnya tanah itu milik kita. Namun begitu mudah diceroboh, dihalau dan dibunuh dengan begitu kejam. Apakah tindakan kita?

Sekadar melihat dan menzahirkan amarah serta mulut tidak habis-habis mencerca Israel atas tindakan kejamnya terhadap sukarelawan kapal bantuan kemanusiaan itu membuka mata semua.Alhamdulillah,mungkin dengan cara inilah Allah telah membukakan MATA kita semua, khususnya umat Islam seluruh dunia akan kekejaman Israel yang sebenarnya.Namun harus di HIGHLIGHTkan bahawa kekejaman yang selama lebih 60 tahun Israel terhadap rakyat Palestin,pernahkah kita peduli?

Tatkala mata dibuka dengan tindakan ganas tentera Zionist, tidak semua dapat melihat dengan pandangan MATA HATI. sekadar memandang zahir dan melahirkan rasa simpati, kononnya ada senseitiviti terhadap isu dunia, namun perkara yang amat penting kita abaikan..APA DIA?

ZAMAN KEBANGKITAN
cuba renung sejenak
bukankah kitaran kejadian yang telah Allah aturkan ini memberi KLU untuk kita sebagai umat Islam bangun dari lena yang panjang?Dengan cara ini umat Islam boleh bersatu menentang kekejaman Israel.Namun dengan kuasa veto yang mereka ada tidak mampu untuk kita bertindak lebih.Haruskah kita untuk melepaskan tangan begitu sahaja?TIDAAAK...TIDAAAK

Kita generasi kebangkitan.Harus kita lihat pada pandangan mata hati,orang yang sebenar-benarnya mahu membantu rakyat Palestin dari kekejaman Israel adalah dengan persiapan HATI.Mengapa?
Kekuatan tentera Islam dalam peperangan Badar 313 adalah berasaskan kekuatan rohani.kualiti amalan yang tiada bandingan saat payung aqidah kukuh dalam sanubari.Jadilan sejarah sebagai teladan untuk kita contohi bagaimana untuk kita persiapkan diri untuk menjadi GENERASI ZAMAN KEBANGKITAN.apakah perkara yang kita perlukan?

1.Aqidah
Aqidah umat Islam kini harus kita kukuhkan bersama secara individu,keluarga,mensyarakat dan seluruhnya.kekuatan AQIDAH dapa dicapai berteraskan hukum syariat yang sedia terandung di dalam al-quran dan as-sunnah serta akhlak yang mulia.

2.Akhlak
Akhlak masyarakat Islam kini terutama remaja yang sepatutnya menjadi pendokong agama semakin menurun mengikut peredaran zaman.

3.Persediaan
jasmani,rohani,intelek seluruhnya harus dipersiapkan.Lahirnya generasi kebangkitan adalah daripada ibu bapa yang sudah bersedia dari awal untuk mendidik anak-anak menghayati Islam.Namun tidak bermakna ibu bapa yang kurang penghayatan islam tidak akan melahirkan anak-anak generasi kebangkitan ini.Semuanya terpulang pada diri sendiri.

saudara saudari
tiada siapa yang perlu kita harapkan.
sekadar pandangan kesihan bukan penyelesaian masalah.
mereka yang diseksa itulah ayah kita.
yang meratap syahidnya anak itu ibu kita.
yang menangis kuat kerana kesakitan dibom itu adik-adik kita.
yang diperkosa dan dibunuh kejam itu kakak kita.
sanggup kitamelihat mereka menderita? 
sedangkan tanggungjawab kita terhadap mereka terus akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Apakah modal kita untuk menjawab tanggungjawab itu?

"ya Allah,aku dah lihat mereka,kasihan ya Allah.tapi aku x mampu nak berperang kat sana.aku takut.di Malaysia takde flight direct ke palestin.aku pergi demonstrasi.aku maki israel...bla3"

cukupkah jawapan itu?yakinkah jawapan itu diterima Allah?
bersedialah jiwa,minda,hati.segalanya..
sambut seruan hati
jahil lama kita tinggalkan
sambut kehadiran cahaya iman
selamanya berkejar mencari redhaNYA!
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com