Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, May 1, 2010

senyumlah

bismiLLAH

Lama sudah saya tidak mencoret di sini.Gara-gara tidak berkesempatan untuk menghadap internet kerana sedang merasai kehidupan di bumi waqafan,medan jihad baru -KISAS.

Banyak perkara yang membuatkan si penulis tersenyum sepanjang empat bulan 2010 ini.Bermula dengan kemasukan ke sekolah baru,meskipun pada awalnya hati bagai tidak merelakan namun redha Allah yang utama itu dicari.Langkah bermula di sana mengubat kerinduan tarbiyyah yang masih berbekas di jiwa.Dia menguji aplikasi tarbiyyah itu dalam kehidupan,supaya ilmu itu dapat diamal.


Seterusnya terlibat dengan IIUM Interschool Debate Championship 2010.Si penulis dibawa sekali ke UIA (sebagai simpanan) untuk mengumpulkan pengalaman sebagai bekalan untuk tahun hadapan.Seminggu sanggup tinggalkan kelas semata-mata untuk bertungkus-lumus menyiapkan teks debat dan bincang segala.Dari pagi hingga ke tengah malam buta,sama-sama meredah lautan kalimah-kalimah arab serta pertingkatkan skill debat.Kerana apa sanggup kami meredah segala kepenatan tersebut.Menang itu milik Allah.Hakikatnya sangat bahagia seandainya kita mampu menguasai bahasa Allah yang indah itu,bahasa arab!
 klik sini  untuk keterangan lanjut berkenaan dengan IIUM Interschool Debate 2010
senarai nama sekolah2 yang menyertai pertandingan tersebut.

Sepanjang perjalanan di sana berbagai adegan berlaku.menelaah fakta sehingga jam 3 pagi itu menjadi kebiasaan.Kelam kabut tiba-tiba skrip hilang,dan macam-macam lagi.Semuanya kenangan!Perjalanan hidup itu mengenalkan saya dengan ukhuwah bersama senior-senior yang terlibat (walupun sebenarnya sama umur pun).Alhamdulillah,KISAS layak ke peringkat akhir bertemu dengan SMI Hidayah,Johor.Agak terkejut dan menakjubkan,sekolah MUSLEH telah mengorak langkah menuju ke arah yang lebih luas dengan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.Mabruk 'alaykum.Persaingan peringkat akhir agak best.Skolah Hidayah dengan irtijalnya (spontan cakap arab) dan KISAS dengan fakta2nya.Akhirnya kemenangan milik SMI Hidayah.Dalam hati tumpang gembira juga kerana pakej MUSLEH berjaya menghasilkan produk yang berkualiti dan hebat di peringkat negara.KISAS membawa pulang 1st runner up (tempat kedua) ,pendebat terbaik keseluruhan,pendebat ke empat dan ke enam terbaik.Alhamdulillah.Mereka semua berbakat.Tahniah untuk anda semua.

Tutup sudah pengalaman melihat orang berdebat.Pada malam pertama kami di sana,si penulis melihat list nama sekolah yang menyertai pertandingan.terpampang SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA'.Sejak malam itu,mata melilau-lilau mencari2 rakan2 skolah lama yang lama x jumpa.Mungkin kerana berbeza tempat pertandingan mengikut bahasa,kami tidak berkesempatan untuk berjumpa.Namun takdir Allah itu terbaik,malam terakhir kami di sana,berlakulah jejak kasih dengan sahabat2 hira'.Sangat best.Kami bertukar-tukar cerita.Terubat rindu bersama mereka~


Pulang ke sekolah dengan senyuman.Mengetahui homework sedia menunggu di pintu kelas.Semua itu kehidupan.


Banyak perkara baru yang si penulis belajar di medan baru ini.Di sini belajar erti bersyukur saat jadual sangat ketat,kerja rumah sangat banyak,kecemerlangan dipentingkan,shahsiah diutamakan.Guru-guru yang banyak memberi kekuatan dan perjalanan tarbiyyah setiap saat.Di sini belajar erti PENAT!

SAHABAT,
Hidup ini sememangnya memenatkan.Saat kita sibuk melakukan aktiviti harian,petang pulang dengan keletihan.Segalanya bakal membuahkan hasil seandainya matlamat utama kita kerana Allah.Niat utama kita melakukan setiap pekerjaan dalam hidup ini tulusnya untuk beribadah kepada Allah.Serta kemanisan PENAT itu dapat dirasai dengan kejayaan yang bakal dikecapi.

Ayuh kita melihat zaman rasulullah,sahabat dan tabiin.Hidup mereka dipenuhkan dengan beramal untuk diri dan ummah.Sentiasa berfikir untuk menjana kekuatan ummah.Sentiasa merenung kembali kelemahan-kelemahan yang ada untuk memajukan dan meningkatkan kualiti diri dan masyarakat Islam.Tiada unsur kepenatan bagi mereka.Kerana mereka YAKIN akan tempat KEREHATAN yang PASTI sedang menunggu mereka.Sanggup mereka menghabiskan kehidupan dengan sehabis daya penat supaya berbaloi untuk mereka menikmati KEREHATAN YANG PASTI itu.Bagaimana pula dengan kita?


Sahabat,
Kuatnya kita kerana Dia.Sakitnya sanubari kita jua kerana dugaan daripadaNya.Ayuh renung sejenak,walau bagaimana sekalipun kita melihat masa depan yang mungkin gemilang,sesekali lihatlah ke belakang,apa yang telah kita lakukan dahulu.Lihat kelemahan kita supaya dapat kita perbaiki dan mengelakkan kita MENGULANGI kesalahan tersebut.Hindarilah diri daripada 'terkunci' dan 'lemas' dengan kesilapan lalu.Bagaimana untuk melepaskan diri daripada peristiwa lalu yang menghantui diri?


YAKIN.
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Penerima Taubat,Maha Penyayang.Segunung dosa pun kita lakukan,akan dapat dihapuskan dosa itu sekiranya hati kita benar-benar bersedia untuk kembali ke pangkal jalan.Tiada kekuatan untuk berubah?
Berdoalah.Jangan sesekali melengahkan bisikan hati yang mengajak melakukan kebaikan.Setiap manusia adanya nilai fitrah dalam diri.Sejahat manapun diri pasti ada setitik mutiara.Semakin banyak datang ujian seandainya perkara itu mendekatkan diri kita dengan Allah,semakin kilatlah mutiara itu.Sampai satu tahap itu mutiara bakal bersinar dan dapat menyinari insan yang lain..

Senyumlah,
Saat kita diuji hebat
kerana yakin akan belas KasihNya
Senyumlah,
Saat kita ditimpa musibah berat
kerana REDHA itu bertahta di hati
Senyumlah,
saat hati sudah sedar akan hinanya diri
Kerana mengakui kehambaan diri
Senyumlah,
saat tiada siapa mengerti
derita ditanggung ini
semua adalah petanda
Allah tidak pernah meninggalkan kita
bahkan
SENTIASA mengingatkan kita
akan kekuasaan dan sinar kasihNya...

waLLAHU a'lam

1 comment:

MARYAM-AL-MUQADDASAH said...

seronok sgt dapat jmpe ain:)

semoga kuat selalu!


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com