Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, May 28, 2010

Luahan hati seorang hamba

bismiLLAH
coretan seorang hamba kepada TUANNYA
sama-sama kita hayati..
PERINGATAN!


HADIRKAN HATI DAN JIWA ANDA SEMASA MEMBACA LUAHAN DI BAWAH INI..NESCAYA AKAN ANDA MERASAINYA..

Dengan nama Allah
yang ku tahu dan aku YAKIN
KAU SEMEMANGNYA Maha Pemurah
Maha PENYAYANG
Maha Pengampun.


Tuhan,
terima kasih kerana izinkan aku hidup dalam iman dan islam
terima kasih kerana kurniakan aku ibu bapa yang memahami
yang redha dengan ujian hebat dariMu
terima kasih kerana kurniakan keluarga yang harmoni
mengubah duka jiwa jadi bahagia
terima kasih yaAllah

Allah,
kadang-kadang aku terasa sepi
terasa sendiri
namun aku tahu
Kau sentiasa di sisi
saat tiada siapa memahami perasaan aku
KAU Maha Tahu
terima kasih Allah,
kerana memahami aku


Ya Rahim,
saat Kau zahirkan kasih sayangMu 
mungkin kadang waktu itu aku terkedu
hilang arah
mungkin jauh berlari
dari titian yang sebenar
aku tahu
dengan cara inilah
Kau ingin menarikku kembali
ke jalanMu yang lurus
Terima kasih Allah
kerana kurniakan dugaan
supaya kau sedar
nikmat kasihMu untuk aku
tetap kembali berada
di jalanMu yang lurus

Ya Ghafur
kadang-kadang aku lalai
leka dengan nikmat senang ini
sampaikan lalai dari mengingatiMu
padahal Kau tidak pernah lalai walau sedetik
sentiasa memerhati setiap makhlukMu
aku kembali dengan hati yang hina,Allah
aku tahu
andai aku jalan kepadaMu
akan Kau berlari ke arahku
sayangnya Kau pada hambaMu yg menujuMu..


ya Wadud
kadang hati ini sunyi dari cinta
namun aku sedar
cinta terindah adalah saat KITA bersama
saat aku sentiasa mengingatiMu
saatku gembira
akanku ceritakan kepadaMu
meskipun aku tahu Kau terlebih dahulu 
mengetahui perjalanan hidup aku
saat aku bersedih
Kau tempat pertama aku terpa
kerana aku tahu
di sisiMu halus belaian itu
kasih sayangMu
yang tidak semua boleh merasa

Allah
saat hati ini dibolak balikkan
aku terlihat satu dahan kukuh
segera aku menuju ke dahan itu
dan aku lihat KuatMu di situ
tersedia untuk hambaMu
yang kembali kepadaMu
terima kasih ya Allah
kerana masih menerima hambaMu yang leka ini

Ya Rabb
andai helaan nafas ini semakin lemah
kuatkanlah insan di sekelilingku
untuk terus mentaatiMu
supaya pertemuan di SANA
akan lebih indah
lebih harmoni

Allah,
andai aku tidak dapat bahagiakan ibu bapaku di dunia
izinkan aku membahagiakan mereka di SYURGA
dengan rahmatMU
dengan kasih sayangMu
aku hanya ada Kau yang SANGAT memahami aku
terima kasih yaAllah
izinkan aku menjadi hambamu yang TAAT
hambamu yg mendapat redhaMu
itu yang palingku harapkan
kerana itulah KUNCI bahagia yang HAKIKI
terima kasih Allah
maafkan aku Allah
kasihi aku Allah
terimalah hambaMu ini Allah

7 comments:

ha|ana|zak25 said...

Salam'alaik

Ain , jazakillah kk atas perkongsian nt =)

curhat nt menguatkan ana


sayang nt .

khairul ummah said...

syukran krn sudi komen kak..
kita same2 doa agar dikuatkn hati ni..

syg akk juga..fiLLAH..(n.n)

miss nabilah said...

ain abdullah dear :D

bersyukur nya ada Allah selalu!

*take good care of urself, ok?*

Anonymous said...

salam..

perkongsian yg ckup menyentuh hati..

syukran..

kalau ada lagi,kongsi2 la lg k..

^ _ ~

ma'assalamah..

khairul_ummah said...

miss nabilah

sememangnya beryukur~
namun bukan selalu rasa bersyukur itu hadir..
kerana amat sedikit orang yg bersyukur tu..
smoga kte mnjadi antara golongan yg sedikit tuu~ (n.n)

khairul_ummah said...

to anonymous

wasslm wbt
insyaAllah akan same2 dikongsi utk manfaat bersamaa
jzzk atas komen~jenguk2 la blog nh slalu

khairull_ummah said...

to anonymous

syukran atas komen..

smoga hati yg trsentuh tu dt dktkn dri lg dgn Dia..

smoga same2 dpt manfaat~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com