Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, March 15, 2010

perjalanan itu..

bismiLLAH

dengan kekuatan yang ada,kugagahi untuk megukir pelangi yang bakal membawa ke arah bahagia.insyaAllah.

Terasa singkat masa yang berlalu.Terlalu pantas berlari sehingga tercungap-cungap untuk mengejarnya.Satu saat ibarat sedetik yang amat pantas perlu untuk dihargai,kerana ianya tidak mungkin akan kembali,setelah pergi melalui ranjau kehidupan..

Begitulah kehidupan.Kadang-kala setiap coretan indah dalam kehidupan yang kita lalui,kurang nikmat untuk kita menghargainya.saat ketawa,duka,pahit,manis.Semuanya akan terasa kehilangan saat ianya jauh pergi.Baru terasa NIKMAT itu PERLU untuk DIHARGAI,perlu untuk DISYUKURI.

Sudah lama saya tidak muncul dengan posting yang baru,kerana keadaan masa yang kurang mengizinkan.Mengharapkan posting yang berkualiti,yang bermanfaat untuk diri dan pembaca sekaliannya,insyaAllah.Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.Baru-baru ini penulis dikejutkan dengan surat tawaran ke sekolah berasrama penuh.Satu anugerah yang sangat tidak diduga.tawaran pertama yang tidak layak untuk diterima membuatkan hati tidak lagi mengharapkan apa-apa.Namun saat Allah hendak menguji kuatnya ikatan dalam medan jihad ta'lim ini,redha Allah itu diutamakan.Lantas penghijrahan ke KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) pun bermula..

Masih teringat saat indah di SAMTTAJ. firqah ibnu rushd dipilih ke peringkat akhir debat bahasa arab.Kesyukuran itu x terkata.Sangat teringin untuk merasai nikmat menjadi JUARA.dengan bantuan rakan sepasukan (aisyah,k.liyana,qushai)dan semestinya ustazah zawiyah,kami menyusun strategi dengan rapi mengharapkan keajaiban itu menjadi milik kami.Pulang ke rumah dengan senyuman,tanpa disedari berita yang sangat mengejutkn jiwa tiba.Ya.surat tawaran itu.sangat tidak diduga.masa yang suntuk itu hati ini hanya berserah.mengharapkan satu pilihan yang bakal menyerikan masa hadapan.Hati hanya mengabaikan perasaan itu.terus tumpukan perhatian untuk debat peringkat akhir.Kacau hati ketika itu hanya Dia yang Tahu.dan saya tahu,Dia amat Memahami saya.Oleh itu saya serahkan segalanya kepada Dia,setelah saya usaha dan ikhtiar.

Saat Allah merancang satu masa yang TERBAIK.Hari kemuncak amal islami itu jatuh pada tarikh yang sama hari pendaftaran ke sekolah baru.Hampi sahaja mama x bagi untuk meneruskan debat itu.Namun Allah mengizinkan untuk si penulis bersama-sama barisan pendebat untuk menyumbang mata firqah buat kali terakhir.Masa antara keduanya sangat berharga.Dengan hati yang carca merba,barang siap dikemas awal,dokumen dan segala yang penting.Persediaan hati untuk berhijrah memang sangat kurang.Namun hidup mesti diteruskan..

RABU 3/3/2010

Dewan debat yang PANASS dengan soalan bertalu-talu daripada pihak pembangkang,yang hanya bertanyakan soalan yang SAMA berulang-ulang kali.Sehingga pihak kerajaan dah x tahu nak jawab apa lagi untuk mereka yang mungkin x faham isi yang kami terang-terang sampaikan.Agak kabut juga ketika itu.Masing-masing terasa debarannya.Setelah usaha bersungguh-sungguh,tawakkal itu terserah kepadaNya.Mengharapkan yang terbaik di sebalik niat yang sinar tersembunyi di sebalik kilauan pasir.

 boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu,dan bole jadi apa yang kamu x suka baik untukmu-albaqarah 216-
10PAGI
"Akak nak balek dah ni.."
"cepatnye...kata nak tunggu sampai penyampaian hadiah.."
"x boleh la..ade taklimat kat sana.."
"....."
tidak terluah.Satu pemergian yang disambut dengan air mata mereka.Hanya semyuman dapat diukir untuk mereka,sebagai jawapan.:Bersabarlah!Allah akan sentiasa bersama kalian!


Ya.Saat Allah uji kita dengan perpisahan.Kelak akan membawa bahagia seandainya ukhuwah itu ditaut hanya keranaNya,Mengapa?
Antara 7 golongan yang akan dinaungi Allah di akhirat ialah..dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah

Medan jihad ta'lim yang baru.SANGAT penuh ranjau dan duri.Namun disana terselit bahagia.Biah di sana dijaga.Alhamdulillah,sedikit-sebanyak mengubati kerinduan merasai nikmat biah solehah(suasana yang baik) di sana.Semoga penghijrahan ini memberi titik tolak untuk si penulis meju kedepan,dan rakan-rakan lain meneruskan perjuangan.

BUAT AHLI GFK,
teruskan gerakan anda!Pengorbanan kita untuk Islam (insyaAllah)
adek2 yang selalu kena buli dengan akk,
PMR,SMA buat betul2.kalau niat belajar kerana Allah x kan rugi punya lah.Tapi kadang-kadang teringat saat kita makan tengahari sama-sama dengan gelak ketawa.hee.(rindu)
apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kita semua.Semoga Allah memberikan perlindungan dan kasihNya kepada kita.insyaAllah

harap maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang eprkenalkan.doakan saya KUAT.
waLLAHU A'LAM

2 comments:

mujahida hasanah said...

salam,ain...nt betol ke pindah sekolah ni??? Kisaa??? oh really tell me my friend? How ur doing?? miss u my dear

khaIRul_UmmAh said...

aah.alhmdulillah.doakn ana kuat di sana.mizz u to0.bile dpt kte bertemu yea..:D


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com