Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, February 15, 2010

Mengapa?

bismiLLAH
alhamdulillah..All praises to Allah.still giving such a wonderful world to His believers.



Mengapa?
satu persoalan menerjah di fikiran sesetengah manusia yang diuji.

Kenapa aku diuji sebegini hebat?
Kenapa tiada siapa yang kisah pada aku?
KENAPA??KENAPA??

jangan risau.Allah telah SEDIAKAN jawapannya kepada anda.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kadang-kadang segelintir manusia mengaku kewujudan yg Esa,namun perilaku diri tidak menggambarkan KETAATAN padaNya.Semua manusia diciptakan oleh al Khaliq sebagai makhluk yang akan memeriahkan bumi ini dengan TAAT.Namun kadang kala tatkala dugaan itu hadir menguji,tanpa disedari kuatnya ikatan TAAT itu semakin kendur,bagai hilang punca,hilang arah.

SATU HARI
"kak,kenapa orang asik tengok kite nih makan nak makan kite.sume orang tengok kite nih budak jahat.kenape??"
"hmmm"(terkedu sebentar)
"mungkin sebab kesalahan masa lalu kite buatkan dorang "cop" kite budak jahat"
"memang dunia nih macam tu ke kak?tengok orang buat salah sekali pastu terus banned orang tu"
"hm..memang kadang-kadang orang akan fikir macam tu.tapi sepatutnya dorg bagi peluang lah untuk orang yang buat salah tu perbaiki diri dye..btol x?"
"betol3.akak nampak kite nih budak jahat ke?"
"xde la.akk tengok awk ok je..hee.xpe.biar je dorg.jangan fikir sangat kate2 orang lain yang x beri faedah pada kita tu.."
"ok..thanks kak"

satu keluhan seorang remaja yang mengaku dirinya kurang baik,namun BERUSAHA untuk perbaiki dirinya.permasalahan sekarang,tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan pimpin dirinya ke jalan yang benar..agak menyedihkan apabila insan-insan yang semangat nak lakukan amar makruf nahi mingkar,namun hanya membiarkan manusia yang melakukan nahi mungkar itu disebabkan kebencian yang ada pada diri.Harus diingatkan bahawa JANGANlah membenci diri manusia yang melakukan kesalahan tersebut,bencilah pada apa yang dilakukan sahaja.Seolah-olah tidak memberi ruang untuk mereka berubah.

SEDARLAH..
tidak semua manusia itu bahagia.Tidak semua manusia itu sempurna akhlaknya.Tidak semua manusia dapat merasai nikmatnya hidup.Mungkin disebabkan oleh KESILAPAN masa lalu yang terus membelenggu dirinya,di tambah lagi dengan dipulaukan oleh manusia sekeliling,membuatkan mereka merasa jatuh tidak berdaya,lemah tak terkira,tiada tempat pergantungan.Hati jika tidak diisi dengan perkara yang baik,akan masuklah perkara yang buruk.Oleh sebab itulah manusia diciptakan berbagai kaum,warna kulit,negara,jantina,bangsa dan sebagainya,adalah untuk saling lengkap-melengkapi.
Khususnya bagi seorang muslim,yang mengikat tali persaudaraan dengan muslim yang lain atas dasar aqidah dan Kasih sayang.Mana hilangnya ikatan itu?hanya menyimpulkan ikatan insan yang mempunyai sifat mahmudah dan meleraikan ikatan hati manusia yang mempunyai sifat mazmumah?

Usah pentingkan diri.Ya,seharusnya kita mencari sahabat yang baik,yang mampu membantu dan membimbing kita.Namun pada masa yang sama luangkanlah masa bersama mereka yang diuji Tuhan itu agar ikatan mahmudah dapat menghapuskan sifat mazmumah yang ada dalam diri manusia.

WAHAI INSAN YANG DIUJI
YAKINlah dengan kekuatannya Al-Khaliq
RAPATkan dirimu dengan keteguhan Ar-Rahman
GENGGAMlah jiwamu dengan belaian Ar-Rahim
jangan sesekali melepaskan pautan tali itu
meski diri derita,terseksa
kerana disitu telah tersedia
BAHAGIA buat insan yang rela
dan mengharapkan REDHA Tuhannya!

waLLAHU a'lam

4 comments:

nasakh25 said...

Asslamualaikum wrhmtullah,
amat meminati post enti kali ni..
syukran...

khaIRul_UmmAh said...

wasslm wbt
semoga bermanfaat
jzzk atas komen.

fadziyah zaira said...

alhamdulillah terbaca post ini.

ana baru saja diuji hari ini.

terima kasih mmberi tazkeer ini.

khairul ummah said...

sama2.sem0ga kita dberi kekuatn utk mghadapi ujian yg mndtg..jzzk ats k0men..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com