Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, January 17, 2010

REMAJA UNGGUL TONGGAK KEGEMILANGAN NEGARA


bismiLLAH.


Merentasi  zaman pascamodensasi  yang penuh dengan keunikan bangunan,keutuhan ekonomi dan kejayaan yang dicapai menjadikan sesebuah negara itu gemilang di mata dunia.Namun setelah diselidiki,kecerdasan minda manusia kini hanya.ah sekadar satu alat untuk menjamin keselesaan pada masa hadapanlantasa membiarkan asas pembinaan tamadun yang gah,tidak lain tidak bukan individu yang bukan sahaja cemerlang akademiknya,bahkan juga yang paling penting budi pekerti yang mulia.

                Sorotan gejala social yang merebak dengan pantas membuatkan semaian benih yang ditanam semakin gering ditimpa kemarau dan penyakit yang bermacam ragam.Begitulah perumpamaan remaja kini,yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan.Mereka menghadapi saat getir melalui kehidupan dalam mencari arah kebenaran.Serangan pemikiran yang hebat berasaskan kelalaian yang segalanya melemahkan jiwa-jiwa yang seharusnya mula melangkah menuju corak acuan kehidupan yang lebih matang dan bertanggungjawab.Ramai antara mereka yang tersadung di pertengahan jalan,tidak kurang juga ada yang tenggelam kelemasan dalam lautan kemodenan yang penuh dengan keasyikan hiburan yang lalai dan melemahkan jiwa.Hal yang demikian amat membimbangkan dan member impak negatif sekiranya kita tidak mulakan rentak langkah menuju kaedah dalam membendung gejala sosial yang semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari.

                Impian setiap individu yang besar jiwanya agar dapat hidup di dalam sesebuah negara yang maju ekonomi,hebat struktur bangunan dan sifat masyarakat yang tinggi budi pekertinya.Paling utama adalah keperibadian pemimpin yang memimpin negara tersebut.Kehadiran kelompok remaja unggul yang hebat kepintaran dan tinggi nilai budinya bakal membawa gegak gempita kea rah pembangunan negara yang hebat dan berkualiti.Impian tersebut tidak mustahil boleh dicapai seandainya perancangan disusun rapi dalam membentuk peribadi remaja unggul yang bakal menjadi pemimpian yang hebat dan berbibawa di masa akan datang.

                Konteks remaja unggu meliputi semua aspek kehidupan dalam menitik beratkan kualiti peribadi dan keutuhan sahsiah.Seharusnya pemimpin-pemimpin negara yang mempunyai visi untuk masa hadapan dalam pembangunan dan kejayaan tanah air amat menghargai dan berusaha kea rah pembentukan dan pembinaan jati diri remaja supaya mereka dapat mewariskan keilmuan yang telah dipelajari dengan terzahirnya keunggulan peribadi.Zaman moden yang merubah fikiran manusia agar lebih terarah kepada pembangunan yang indah dang ah serta hebat dari segi system dan inovasinya menyebabkan perkara yang lebih penting diabaikan begitu sahaja.

                Pembangunan peribadi dan jati diri remaja yang harus diutamakan dalam menjana kegemilangan tanah air amatlah penting.Hal yang demikian kerana melihatkan rentetan kejadian-kejadian yang berlaku pada sesetengah negara yang hebat,mereka hanya mementingkan gahnya kemodenan lantas keinginan yang membara untuk mencapai kea rah tersebut disusuli dengan perilaku yang buruk dan kecenderugnan kepuasan segala kebodohan terzahir tanpa diduga.Contoh midah yang dapat kita lihat ialah kerakusan Amerika Syarikat dalam merampas kekayaan galian minyak milik negara Iraq dan Afghanistan.Kuasa veto milik individu yang keruh hatinya dan durja pandangannya menyebabkan khabar perang ke atas Iraq menjadi tiket untuk mereka merampas galian minyak milik negara tersebut.Cuba kita berfikir sejenak,bagaimana agaknya peribadi pemimpin-pemimpin tersebut pada zaman remajanya?

                Secara dominan langkah komprehensif harus disusun atur secara rapi bagi membedung kejatuhan pembangunan insane dalam kalangan remaja yang merupakan sebuah asset yang amat penting untuk tanah air.Antara langkah awal yang boleh dilaksanakan adalah pengukuhan hati yang jitu.Hati merupakan raja dalam diri.Keruhnya hati itu memberi impak negatif terhadap perilaku dan budi pekerti.Hal yang demikian lebih mendatangkan mudharat ke atas diri yang menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Tindakan susulan perlu dimulakan dengan cara menjernihkan hari remaja yang keruh berisi hiburan yang carca merba selubung kabus dosa.Islam menggariskan panduan dalam membentuk jati diri ermaja,tidak lain tidak bukan mengisi ruang kekosongan hati dengan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri dan orang lain.Antaranya ialah membangkitkan kesedaran para remaja akan tanggungjawab dan garis panduan hidup yang sempurna.


No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com