Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, January 9, 2010

pernah merasa

bismiLLAH
seminggu awal persekolahan ini agak penat buat penulis.Sementara rakan-rakan di kelas laju mula belajar subjek baru,seminggu si penulis dan lain-lain pengawas form4 tidak masuk ke kelas kerana mengikuti program bersama-sama adik2 tingkatan 1 yang baru menjejakkan kaki ke alaam SAMTTAJ.
Kelelahan yang sedikit terasa sedikit sebanyak membuatkan keyakinan itu retak seketika.Namun ia masih boleh lagi dikuatkan dengan adanya sifat SYUKUR kepada Allah.

Sekeluarga dikejutkan dengan berita pakcik masuk ke dalam wad ICU di SMC.keadaannya yang tidak menunjukkan lagi tanda2 positif untuk pulih mendatangkan kerisauan terhadap sanak saudara yang lain.Semuanya berikhtiar dan berdoa agar dikembalikan nikmat sihat itu untuknya.Sepanjang seminggu ini,nenek menginap beberapa hari di rumah pada malam hari dan pagi esoknya abang akan hantar nenek ke hospital untuk melihat anaknya yang kurang sihat.Sayu pandangannya seorang ibu melihat anaknya terlantar di atas katil dengan wayar di sana-sini,di tikar sejadah bibir basah berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya.Kini saya melihat insan yang terlantar di katil hospital begitu.Dahulu saya pernah merasa.Sekarang saya dapat melihat kasihnya seorang ibu.Semestinya ibu saya juga mempunyai perasaan yang sama melihat anaknya lemah terlantar begitu sahaja.Betapa halus kasih ibu itu,meskipun zahirnya tidak menyerlah,namun batinnya penuh selaut kasih sayang.

insan bergelar ibu
peribadinya
luhur jiwa kasih untuk anak
pasti tercalit 
meski tidak terzahir
namun hati bisa merasa
hargailah
sedetik berlalu itu
tak kan mungkin kembali
andai selimut itu tidak kau rasai
kecilnya kau dahulu

kehangatan diwaktu kau menangis kesejukan
jeritan tika kau kelaparan
keresahan dalam kesakitan
maka siapakah yang mendamaikan dirimu
di saat itu?


renungilah
harta berharga ibu bapa
adalah soleh anak itu
yang bisa menghulur tangan
memimpin mereka
ke arah SYURGA

waLLAHU A'LAM





No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com