Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, January 1, 2010

perjalanan yang harus diteruskan


 pohon ini tetap menjalar.demi masa depan hidupnya

bismiLLAH.
memulakan tahun baru ini dengan persediaan hati yang rapi,supaya tatkala ia digoncang kuat oleh yang ESA,ianya mampu menongkah kegusaran jiwa.



AZAM-MATLAMAT?
fitrah manusia,tahun baru pasti ada azam baru.Kadang-kadang azam yang dilafazkan atau ditulis amat banyak namun sekadar dibiarkan begitu sahaja.Azam tanpa matlamat itu membuatkan dri kita tergendala untuk meneruskan langkah ke arah proses kehidupan yang seterusnya.Biar apapun azam tahun baru kita, semoga kita bersama-sama usaha ke arah matlamat yang dituju berbekalkan rahmat dan kasih sayang Allah.insyaAllah


jalan kita masih panjang

MUSIBAH PELINCIR PROSES KEHIDUPAN
kadangkala matlamat kita tergendala dengan beberapa dugaan mahupun ujian yang ditujukan KHAS buat kita oleh Tuhan.Seringkali kita berfikir bahawa musibah itu hanyalah sekadar satu keburukan,yang membuatkan jiwa terasa begitu lemah dan mula rasa kurang keyakinan diri.Hakikat sebenarnya musibah itu PELINCIR kepada proses kehidupan.
PELINCIR?
ya.pelincir.mengapa saya berkata begitu?
kerana secara tidak langsung tanpa kita sedari musibah atau dugaan hidup itulah sebenarnya hadir bersama-sama kekuatan yang bakal kita perolehi setelah menempuh proses kehidupan tersebut.setelah kita merasai betapa hebatnya Allah menggoncang jiwa kita sehingga terumbang-ambing dan mungkin hampir terjatuh ke gaung putus asa,Dia tidak pernah membiarkan hambaNya bersendirian,meskipun zahirnya begitu.Allah sebenarnya adalah teman dikala kita sunyi,menjadi Pendengar yang SETIA tatkala kita merintih derita,Menjadi penghibur jiwa tika nikmat dilimpahkan kepada kita.Namun berapa ramaikah yang menyedari semua dugaan dan kenikmatan hidup itu sebenarnya satu petunjuk bahawa kita ini tidak bersendirian?
Musibah itu memberi kekuatan dan ketabahan kepada diri seseorang dan seterusnya berusaha untuk menempuh hari-hari seterusnya.dan pelincir itulah yang membuatkan kita lebih tegar dalam menghadapi dugaan yang akan datang.





JIWA HAMBA
Seringkali kita terdetik hati untuk menjadi baik,atau berubah ke arah kebaikan.Kita berusaha untuk perbaiki amalan dan berusaha mendidik diri mengamalkan kehidupan Islam secara menyeluruh.beramal semata-mata mendambakan syurga dan terselamat daripada seksaan neraka.Namun kesedaran di sebalik semua itu mungkin kita tidak tahu,bahawa sebenarnya tunjang utama Allah mengaturkan manusia menjadi khalifah,mempunyai akal dan diperintah untuk beribadah kepadanya serta segalanya adalah untuk menanamkan sifat HAMBA yang TAAT kepada Tuhannya.sedarkah anda?
Kita tahu bahawa kita hanyalah seorang hamba kepada Tuhan yang Maha Mencipta.namun mungkin kita tidak berusaha untuk melahirkan sifat KEHAMBAAN dalam diri.maksud sifat kehambaan yang sebenar adalah merendah diri dan berusaha untuk mentaati perintahnya.kita selalu beribadah sebagai posisi seorang manusia namun lebih bahagia seandainya anda melakukan ibadah tersebut sebagai posisi seorang HAMBA.mengapa saya berkata begitu?
kerana dengan menanamkan sifat kehambaan itu,kita akan lebih patuh dan taat dengan suruhanNya.
sebagai contoh pekerja biasa yang patuh dengan arahan bos.dia akan berusaha untuk taat dan bekerja bersungguh-sungguh,kerana pekerja tersebut menyedari tanggungjawabnya dan kedudukannya sebagai seorang PEKERJA biasa.dan sifat kehambaan ini juga dapat dimanfaatkan dan diaplikasi dalam kehidupan dengan hadirnya sifat tanggungjawab dengan amanah serta patuh dengan arahan selagi tidak melanggar syariat.



sedar akan kesilapan lalu membuat bahagia semakin mekar


KESILAPAN LALU PETUNJUK ARAH BAHAGIA
ya,mungkin terlalu perit untuk kita mengimbas kembali kesilapan lalu yang telah kita lakukan.Bahkan lebih perit seandainya kesilapan lalu itu kembali berulang dalam kehidupan kita.sesetengah manusia menganggap kesilapan lalu itu sebagai satu peringatan daripada Allah khusus untuk dirinya.Benar,mungkin kita tidak sedar atau tidak menghiraukan seandainya manusia yang menasihati atau menegur pebuatan salah kita.Peringatan daripada Allah berbentuk kesilapan yang kita lakukan itu sebenarnya adalah sempadan kebaikan yang bakal kita lalui pada masa akan datang.Kesilapan lalu itu membuatkan kita serik untuk mengulangi perbuatan itu lagi.kesilapan lalu itu membuka MATA HATI kita bahawa perkara yang kita lakukan itu sebenarnya salah atau perkara yang dilarang.dan akhirnya kesilapan lalu itu menjadi petunjuk arah bahagia bilamana kita menjalani proses kehidupan tersebut dengan berhati-hati dan berusaha jauh untuk mengulangi kesilapan lalu mahupun melakukan kesilapan lain di masa hadapan.Bahagia itu ada di hadapan anda.kesilapan yang kita lakukan yang membuatkan kita tersedar dari lena dunia yang panjang ini adalah jambatan yang bakal anda lalui untuk mencapai kebahagiaan hakiki.Syurga akhirat yang abadi.





LAKARI HIDUPMU DENGAN KEYAKINAN ALLAH
setiap jiwa manusia mengadaptasi kekuatan itu sebagai KEYAKINAN.yakin untuk peroleh kejayaan,anda akan berusaha ke arah itu dan mendapatkannya.yakin boleh berubah ke arah kebaikan,berusaha untuk memperbaiki diri dan mendapatkannya.YA.Yakin itu adalah bisikan kekuatan untuk kita mencapai sesuatu matlamat.semakin tinggi keyakinan yang disertakan dengan usaha untuk mendapatkannya,anda bakal peroleh hasil yang menarik.
alangkah indahnya setiap jiwa HAMBA itu meletakkan keyakinan kepada Tuhan yang Maha Pemurah.dengan meletakkan keyakinan kepada Allah itu,kita tidak akan terlalu berduka dengan musibah yang menimpa,menyedari dugaan itu sebagai cara Allah membelai jiwa yang sudah digoncang hebat,dan keyakinan yang terbaik keyakinan kepada Allah itu bakal membina peribadi kita secara tidak langsung.Kita yakin bahawa Allah itu tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia,kita yakin bahawa dunia yang harus kita jalani ini adalah satu perjalanan musafir mencari bekal untuk Akhirat,kita yakin bahawa kedukaan itu sebenarnya penjana bahagia hati,dan KEYAKINAN kepada Allah itu menanamkan rasa hamba kepada PENCIPTA.
lakarilah hidupmu dengan keyakinan kepada ILAHI,meski lakaranmu dahulu mencoretkan kelam derita,keran YAKIN ALLAH itu pengubat segala kepedihan jiwa!

semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meneruskan proses kehidupan seterusnya.Roti yang sedap bermula dengan yis yang dicampur dengan berbagai-bagai bahan dan diuli berulang-ulang kali sehingga yis tersebut kembang dan akhirnya menjadi roti yang sedap dan lazat.begitu jugalah manusia,proses kehidupan kita tidak semuanya bahagia,dugaaan dan musibah yang kita lalui itu bakal membuahkan kekuatan dan kebahagiaan kita di hari seterusnya dalam mencari redha dan kenikmatan seorang hamba kepada ILAHI.

waLLAHU a'lam
'kataku pena hati
tanpa petunjukNya
pena itu tidak akan mencoret dakwatnya'

3 comments:

Anonymous said...

teruskan menulis!


dari secret reader ;P

khairul ummah said...

to secret reader-
insyaAllah.terima kasih atas bacaan.semoga bermanfaat.jzzk

khairul ummah said...

teruskan membaca.jzzk


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com