Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, January 31, 2010

jadilah ibarat SPAN

bismiLLAH


alhamdulillah,diberi peluang untuk mencoret kembali.semoga Allah tetap di hati.baru semalam pergi ke kobanna .banyak perkara baru yang dapat,dan hanya menunggu untuk diaplikasikan.

jadilah ibarat SPAN


kata-kata ini saya ambil daripada seorang ustazah di sekolah sewaktu pengawas form 4 dikumpulkan untuk sama2 MUHASABAH DIRI.kata beliau..
"walau di mana kita berada,jadilah ibarat SPAN,perkara yg baik kita serap ia,perkara yang buruk yg kita terserap,perahkan ia supaya ia keluar dan bersih daripada segala kekotoran"
ya,satu perkongsian yang amat menarik selama lebih kurang 3 jam lebih bersama ustazah r****** dan sahabat2 pengawas perempuan,sama-sama berkongsi masalah dan rasa membuatkan hati terasa bahagia seketika.sentuhan luah seorang guru itu benar-benar lembut bagaikan sutera.Meskipun beliau guru disiplin yang amat GARANG dan tegas,setiap guru punyai hati yang lembut dan terpancar sinar melalui luahan kata-katanya.benar,hampir guru itu menjadi RASUL.

span yang sifatnya MENYERAP dan boleh DIPERAH ibarat diri kita.Suasana persekitaran boleh mempengaruhi jiwa dan peribadi.Tidak mustahil kadang kala kita akan menyerap kekotoran yang ada dalam kehidupan.Namun percayalah,kita BOLEH dan MAMPU untuk memerah keluar 'kekotoran' yang ada pada span tersebut,dengan syarat punyai KEINGINAN untuk memerah keluar kekotoran tersebut dan KEYAKINAN pada kekuatan Esa yang membantu untuk kita kembali ke jalan bahagia.



 
Apple.sebiji buah yang tafsiranya enak dirasa melalui pandangan kulitnya yang merah menyala.
hidup ibarat EPAL

Perkongsian daripada seorang sahabat,katanya
"dulu time kat UK tiba2 teacher suruh bagi speech kat depan,alang2 blurr tu ternampak apple,terus cerita pasal epal tuh."
"ape yg nt kaitkan dengan apple?"
"APPLE tu ibarat kehidupan.kita lihat kulit epal yang merah menyala dan bersinar,kita dapat tafsir yang epal tuh komfem manis rasenye.tapi di sebalik kulit apple yang nampak sedap tuh mungkin epal tuh busuk sebenarnya,kita x tahu kan?dalam epal tu ibarat hati kita lah,peribadi kita.mungkin luaran orang yang kita lihat baik namun hatinya Allah yang tahu."
"So janganlah kita nak cop orang tu jahat la ape la kalo luaran nampak x baik.mungkin orang begitu hatinya lebih bersih daripada kita!"
thanx to wani for da sharing,i really appreciate it.

semalam.derita itu terubat seketika dengan satu pertemuan.sahabat yang saaaangat lama dirindui.dialah yang mengajar saya kehidupan sebenar,melalui konflik yang pernah terjadi time form 1 dulu (kan dayah?).melalui pengalaman bersama sahabatbaik saya itu,mengajar saya menghayati kebahagiaan dalam derita,berdikari dan.........macam2 lagi.tidak terkata.Sememangnya Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah.Setelah sekian lama sahabat kerana Allah tu disimpan,saat Allah aturkan pertemuan kami,masing-masing tidak dapat menyimpan lagi perasaan kacau itu.Akhwat lain hanya memandang penuh pertanyaan.Ya,hanya kami yang mengetahui perasaan kami ketika itu.Itulah perasaan apabila ukhuwah itu ditautkan kerana Allah semata.baik buruknya kita sama-sama pimpin ke jalan syurga.syukran yaa sohaabati,h****** bt M.....

sahabat,

kita dikurniakan fitrah suci,fitrah suci itu bisa menyilau sinarnya dengan sapuan keimanan.ibadah yang dilakukan ditujukan khas untuk Allah semata,yang bakal mencorak peribadi kita.Tidak kisahlah bagaimana teruknya seseorang itu,fitrah suci itu tetap ada di kalbunya.Namun fitrah itu tidak terzahir melalui akhlak kerana terlalu banyak debu dosa di jiwa.Bersihkan hatimu dengan muhasabah diri.Kelak akan merasai bahagianya Kasih Allah!

waLLAHU a'lam


2 comments:

Acit said...

apa pun yang jadi,sudah jadi dan akan terjadi..tetap jadikan diri kita sentiasa dalam tawadu' Ilallah...ada tidak dipeduli;tiada tidak dicari!

khaIRul_UmmAh said...

insyaAllah..
syukran pakcik :)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com