Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, December 5, 2009

tenggelam lautan kejahilan.lantas kembali kepada TUHAN

bismiLLAH
mungkin lama kita hanyut tenggelam dalam arus itu
arus yang kita tidak sedar akan kehadirannya
sangat halus menerjah jiwa
lantas sedikit demi sedikit meretakkan iman
selamatkanlah

lama kita tersedak
namun terus menyelam,sambil mencari kebenaran
bertemu dengan pengalaman bermakna
memberi kesan kepada jiwa
lantas ketuk pintu hatimu
apakah pengalaman itu menjengah kalbu
melontar setitik cahaya
yang membawamu ke jalan bahagia?
atau kau terus tersungkur
jatuh ke lembah itu

bila terhantuk baru tergadah
luka lama biarlah
ubatinya dengan belaian pemaaf Ilahi
menantimu taubat pintu terbuka
berita gembira utk mereka yang bertaqwa

ketuk minda
terjah hati
selongkar jiwa
cari dimana cebisan imanmu
latas cantumkan ia
teguhkan keretakan yang melanda
agar kau terus tegar meniti cabaran seterusnya

kuatkan langkah itu
selagi nafas dengan kalimahNya
kelak dikau temui
hakikat bahagia
menuju SYURGA

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com