Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, December 27, 2009

perjalanan 2009

bismiLLAH



 menjadi lain daripada yang lain disebalik ranjau hidup

syukur kepada Allah,dengan KasihNya kepada kita,diberikan seluas rahmat tiada tandingan untuk kita kembali dari kejahilan kepada ketaatan.maka hargailah setiap detik yang kita lalui dalam kehidupan,kelak akan Dia berikan yang terbaik dalam menyelusuri hidup yang tidak pernah sunyi daripada dugaan.

perjalanan 2009
bagi saya sebagai remaja yang baru hendak membentuk diri,bermacam-macam ragam yang dilihat di ruang mata,baik ragam sendiri mahupun ragam manusia yang lain.dengan title yang sering diberi oleh keluarga sendiri iaitu 'budak ponteng sekolah' (sememangnya saya selalu tidak hadir sekolah atas sebab kesihatan),ketinggalan jauh pelajaran dari rakan-rakan sekolah lain yang sememangnya otak mereka sangat laju menghadam ilmu,ketandusan pengisian diri,rasa sihat yang sudah lama tidak kunjung tiba,dan perkara-perkara lain yang trjadi sepanjang 2009 ini membuatkan saya tersenyum dan saya berasa amat BERSYUKUR.bermacam2 dugaan itu pasti ada penyelesaiannya,seandainya kita KEMBALI kepada Allah.yakinlah,Allah TIDAK PERNAH ZALIM,bahkan manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.ayat itulah tersemat kukuh dalam diri saya,sebagai seorang yang otaknya selalu bergiat aktif dalam memikirkan perkara yang sulit untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan.mungkin daripada pengalaman hidup membuatkan saya lebih bersyukur,dan kesyukuran itu akan terus berterusan sekiranya kita berusaha untuk taat kepadaNya

terima kasih dan jazakumuLLAHu khairan kathiiran atas sokongan kenalan-kenalan yang sentiasa mengambil berat,guru-guru yang tidak jemu bertanyakan soalan "awak sihat hari ni?" dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan.Terima kasih juga kepada semua yang tidak jemu meyakinkan saya akan pertolongan Allah itu,tatkala saya hampir tidak mampu menanggung semuanya,lebih-lebih lagi tekanan PMR yang sentiasa digembar-gemburkan oleh guru-guru yang amat mengharapkan 9A dan kejayaan daripada pelajar2nya.kejayaan ini ditujukan untuk semua,dan khasnya untuk Islam,walaupun hanya sedikit.

Ramai juga yang betanyakan bagaimana saya boleh berjaya dalam PMR baru-baru ini.Sekadar perkongsian untuk adik-adik yang bakal menyusul PMR dan sahabat2 yang bakal menempuh SPM tahun depan.Secara jujurnya mungkin saya hadir ke sekolah 1/3 daripada 360 hari waktu persekolahan.Jarang-jarang rakan sekelas menyedari kehadiran saya ke sekolah,mungkin mereka sudah lali dengan keadaan saya yang selalu tidak hadir,saya tidak kisah.Saya tidaklah tekun belajar seperti sahabat2 sekelas yang sememangnya super duper hebat,rajin dan cemerlang.Saya akui,banyak kekurangan yang perlu dibaiki untuk masa hadapan.

Diwaktu saya lemah,saya selalu membisikkan bahawa Allah itu Maha Penyayang.Ditarik saya nikmat kesihatan itu supaya saya sentiasa BERSYUKUR.mak selalu berpesan "kalau waktu rasa sehat..belajarlah,itu waktu berharga kamu".Saya yakin,Allah itu Maha Pemurah.hampir saya berputus asa dengan keadaan kesihatan yang sedikit sebanyak menjejaskan prestasi akademik, namun kakak mengingatkan "dakwah dan belajar kena seiring,cemerlang kita untuk Islam!" .kata-kata itu menguatkan sanubari. Saya juga YAKIN, Allah tidak akan membiarkan segalanya dengan sia-sia.dan keyakinan itu bertambah dengan keputusan PMR.Amat mengejutkan kerana saya tidaklah sangat mengharap untuk mendapat keputusan cemerlang pada helaian kertas seperti rakan-rakan yang lain,kerana saya punya agenda tersendiri.Ternyata Dia memahami segala yang tersirat di sanubari saya.Allah itu sangat Penyayang kepada hambaNya.Benar!

Pernah saya tersungkur,Dia menghulurkan kasihNya untuk saya kembali ke jalan yang benar.Pernah saya lemas dengan dalamnya lautan duniawi, Dia mengingatkan saya akan KekuasaanNya. Sejak dari itu,kata-kata kalbu memahatkan bahawa YAKIN kepada Allah itu adalah rawatan yang terindah buat manusia.

Bukanlah simpati yang mahu dipinta,sekadar coretan jiwa untuk sama-sama kita renung kembali,dunia ini tidak kan kekal selamanya.Apa yang kita impikan di dunia ini berbekalkan doa kepada Allah,mungkin kita dapat,mungkin tidak.kerana kita merancang,dan Allah itu sebaik-baik PERANCANG.Kadang-kadang kita hanya memikirkan masalah diri sendiri yang tidak pernah surut daripada kehidupan,sehingga melupakan natijah masalah tersebut dan tanpa kita sedari kita menepis bantuan Allah yang hadir dalam perkara yang sukar untuk ditafsir.Renung diri sedalam-dalamnya,kegembiraan itu tidak selamanya,kesedihan itu tidak bermakna,seandainya hidup ini tidak kita tujukan untuk menjadi hamba yang TERBAIK di hadapan Allah!

perjalanan sepanjang 16 tahun melihat ciptaan Allah membuatkan lakaran kehidupan semakin bermacam ragam.Kekurangan,kekalahan dan kesempitan hidup itu sebenarnya adalah pemangkin kebahagiaan hidup,seandainya kita pandai menafsir kekalutan hati ini dengan ayat-ayat Allah alquran yang sentiasa mendamaikan pembacanya,pasti ketenangan itu akan menyapa.Apabila difikirkan kembali,2 tahun 'emas' Allah hadiahkan buat saya dahulu untuk mendalami al-quran amat berharga ,meskipun terasa sangat menderita.Hakikat sebenarnya al-quran itu bisa menghidupkan jiwa yang hampir nazak,menyuburkan sanubari yang gersang,membalut jiwa yang resah gelisah,membelai hati yang terasa gundah.Namun tidak ramai yang mengambil peluang ini,dan sesetengahnya terus-menerus menyalahkan diri sendiri.Terbukti manusialah yang sebenarnya MENZALIMI diri mereka sendiri bukan?

saudara saudari yang Allah rahmati,
perjalanan hidup perlulah diteruskan demi mencapai matlamat.Tidak kiralah matlamat apa yang anda mahu capai. Namun percayalah, matlamat yang anda pahatkan dalam minda untuk kehidupan itu seandainya kerana Allah semata, perjalanan hidup tersebut akan lebih harmoni dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya meskipun kita bakal tersungkur mahupun terjatuh ataupun lemas dalam arus duniawi.Ikhlaskan setiap amalan yang kita lakukan, sentiasa BERSANGKA BAIK dengan apa yang telah Allah aturkan untuk kita.Orang yang beriman itu TIDAK pernah rugi,meskipun mereka merasakan derita di dunia ini, kerana dunia adalah PENJARA bagi orang mukmin dan SYURGA bagi orang kafir..sama-sama kita fikirkan matlamat dan azam kita untuk tahun seterusnya.

hadiah untuk semua.semoga kita tergolong dalam kalangan insan yang BERTUAH merasai nikmat kasih Allah!

mula merangkak
cuba menapak
akhirnya berlari penuh ria
itulah fitrah manusia

dahulunya kita merasa riang tawa
menjadi kanak-kanak
tidak pernah merasa keperitan jiwa
hanya kebahagiaan di mata

meningkat dewasa
dunia itu mula bermain di jiwa
mengejar matlamat utama
sehingga terlupa akan tujuan utama
manusia dicipta untuk apa?

selaut samudera direntasi
demi merasa secalit bahagia
namun kadang dan menjemput derita
tanpa sedar
hadirnya bertamukan cahaya

derita lalu biarlah
karat jahil hapuslah
demi mengii ruang sinarNya
saat rintihan taubat kedengaran
redha didamba
azam membara

biar apa manusia berbicara
hakikatnya aku sendiri
Allah sentiasa menemani
saat derita
adalah WARNA kebahagiaan hidup
menuju SYURGA!

derita itu tidak lama
kelak kau merasa bahagia
saat redha itu hadir di jiwa!

waLLAHU a'lam


2 comments:

asms:) said...

k.ain:)
nice post:)
stiap yg brlaku tu psty ad hikmahnya:)

mabruk alaikk-.-
:)

khaIRul_UmmAh said...

alhamdulillah
trimas!
smoga bermanfaat..
mabruk 'alayk aidhon!
(n.n)


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com