Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, November 23, 2009

melakar mimpi

BismiLLah
alhamdulillah,pujian selamanya buat Maha Pencipta,Maha Mendengar,Maha Memahami.semoga setiap nafas tidak disekat dengan sebarang anasir kejahilan yang membawa kepada kemunduran diri.insyaAllah





melakar mimpi

putih kanvas kehidupan itu
yang bakal diwarnai dengan lakaran indah
mungkinkah?

berus lukisan giat menari
kanvas putih mula diwarnai
lakar sekali tidak terhenti
bertukar warna corak dirai

kadang tercalit warna tanpa deria
meninggal kesan tanpa disangka
seni disangka coretan jiwa
terserlah seni ukiran duka

ah!
kengkadang memori terhenti
seketika kalbu perang minda
warna itu harus dilakar
di sini..oh tidak!
di situ
hidup sangat celaru!

fikiran merancang
lukisan indah diinginkan
agar jiwa damai
resah semakin menghilang
lantas keagungan Tuhan
dilafazkan

kanvas putih mula penuh warna
ceria duka manis derita
semua terhampar
kesan tinggal pengalaman datang

duka pulanglah
ceria hadirlah
hati kuatlah
terus melakar keindahan
hingga penghabisan ukiran

permulaan ukiran bismiLLAH dimula
warna coreng berlandas kalimah syahadah
bila saat akhir lakaran warna
bisa terserlah alhamdulillah
dengan tertera lailaahaillaLLAH

wahai Pemilik jiwa
bila saatku tiba
rahmatMu ku damba
pemergian tidak sia-sia
usaha mencintai jalan menujuMu
mekar belaian kasih
menuju syurgaMu yg abadi

mimpi saya satu.
waLLAHU a'lam

2 comments:

وان احمد هاريس said...

Asslamualaikum..
maaf ya..klau mengenali diri ini,
Ana Haris.
bagus kata2 enti.
teruskanlah perjuangan..
syukran...

khaIRul_UmmAh said...

insyaAllah.
jzzk


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com