Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, November 29, 2009

berkorban.sudahkah anda?

bismiLLAH
dengan nama Allah dimulai,agar tidak tersasar jauh dari landasanNya
belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya eidadha kepada semua.semoga raya korban ini dapat kita singkap tirai minda kita akan pengorbanan sebenar yang diperjuang dalam kehidupan.insyaAllah

sejenak merenung kehidupan.tanpa kita sedari kita dilahirkan dengan sifat pengorbanan yang mungkin kita tidak sedari.pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan kita,memberi sepenuh kasih sayang dengan harapan agar anaknya bisa menjadi insan berguna,dan yang paling utama menjadi anak yang mampu menghulurkan derasnya doa yang berterusan apabila mereka di alam barzakh.sedarkah anda akan pengorbanan besar ibu bapa kita?
sememangnya hidup penuh dengan ujian,tatkala tidak semua antara kita yang merasai kasih sayang ibu bapa,celaru dunia lalu terumbang ambing mencari haluan,tanpa pedoman bisa hilang arah.pautlah pada jalan yang sebenar,sementara hayat dikandung badan!
jangan bimbang,walaupun terasa sendiri,keliru memilih arah,banyakkan berdoa kepadaNya...

renung pula jauh menyusur zaman awal Islam,pengorbanan nabi muhammad s.a.w yang sedia dicaci hina oleh kaum musyrikin.terserlah kejernihan hatinya yang memautkan jiwa-jiwa insan yang kosong untuk menerima sinar islam dalam kehidupan mereka.segenap jiwa mereka berkorban demi sinar Islam tu terpancar melata ke seluruh alam.hasil pengorbanan mereka?nah,kita dapat merasai nikmat terbesar Iman dan Islam kini.begitu lama perjalanan perjuangan Islam ini.maka siapakah yang akan menyambung perjuangan dan pengorbanan para anbiya' dan para sahabat?

pengalaman hidup mengajar kita untuk berkorban.pengorbanan satu keindahan,buat mereka yang menginginkan nikmat syurga.pengorbanan masa,tenaga,harta mahupun jiwa raga demi melihat Islam kan gemilang akhirnya.berapa ramaikah yang sanggup berkorban demi AGAMA?

yaah.orang zaman sekarang pun tahu untuk berkorban,namun pengorbanan mereka tidak mendatangkan manfaat bahkan mudharat yang menakutkan.desiran kejahilan membuatkan mereka yang lalai sanggup mengorbankan diri ke arah yang tidak diredhai.di sinilah pengorbanan itu disalah ertikan.
bagaimana pula dengan anda?

sudahkah kita bersedia untuk berkorban?
demi diri,keluarga,AGAMA dan seluruhnya?
fikirkan...

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

waLLAHU a'lam

2 comments:

Hares Takeery said...

ainlala..mantap3..hoho

khairul ummah said...

yup lili
smoga bermanfaat!
jzzk


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com