Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, October 18, 2009

membawa nama persatuan atau ISLAM?

bismiLLAH.alhamdulillah,hari ni qada' raya hendaknya.Gumbira jumpa sahabat lama,jiran2 tetangga(mcm xpena jumpe plak)dan sedara-mara.alhmdulillah,masih ada ruang untuk kita mengucapkan syukur dan mengukir senyuman di saat kehidupan sarat dengan dendam kesumat yang tiada kesudahan..

sekarang,macam-macam hal terjadi.Islam ditindas sudah biasa didengari.kini yang punya kefahaman berebut2 untuk persiapkan diri.namun,persiapan yang terburu2 bakal membawa petaka kepada dunia.kerakusan bawa perubahan itu menjadi persoalan.sejauh mana Islam dapat di amalkan dalam kehidupan.




posting ini bukanlah untuk mengutuk mana2 persatuan islam yg kini semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan(eh,yeke?).cuma sekadar ingatan.berebut2 mad'u di universiti,mengasingkan aktiviti mengikut kumpulan jemaah,terlalu taksub dengan jemaah sehingga menimbulkan ketegangan ukhuwah sesama muslim menjadi-jadi.beginikah caranya untuk membangunkan Islam?

apa yang kita mahu bawa sebenarnya,nama pertubuhan atau nama ISLAM?
renung kembali,
x guna kita berbalah hanya kerana pertubuhan itu pertubuhan ini.semua pertubuhan Islam sememangnya bagus untuk semua.kerana apa?comform semuanya akan menyemai benih faham Islam itu dlm diri.betul?
jadi,permasalahannya sekarang pertubuhan sibuk mencari nama atau ahli yang ramai.benarkah?
fikirkan kembali TUJUAN UTAMA kita.ingin membina peribadi MUSLIM yang bakal mengibarkan panji2 Islam nnt.perkara ini sememangnya remeh sebenarnya.namun keremehan yang tidak dipedulikan manusia bakal ditimpa mala petaka yang bakal ditemui seandainya kita tidak mencegah dari awalnya.

Jangan lakukan perkara yang menimbulkan kesangsian yang mungkin menimbulkan persoalan kepada manusia lain.
"eh,pertubuhan2 Islam nih sibuk je tarik ahli2 baru sume2.berebut2 org sume2.bajet nk bina ummah kuat la konon,tinbul perpecahan sndri ade r"
"masalah tol join pertubuhan2 nih.baek x payah join tros.selesai masalah"
-dialog di atas adalah hasil tinjauan si penulis di sebuah shopping mall.hoho
-
jelakan kembali matlamat anda+dan saya juga
ingat,ISLAM itu yang harus kita bawa
masing2 punya minda untuk interpret sendiri
saling berkenalan,semai benih akhlak yang mulia,AMALkan Islam sebagai panduan hidup
bukan semudah yang disangka

that's y i said
don't let yourself juz in da comfort zone
and get ready for da future
or less you get that
muslims
open up ur eyes
we're in da world never forever
catch up your great dream
to build up da great history as a long time ago
that those great responsible people for their religion did
get your first step
to make da world become better
for all muslims,
now,forever till hear after
make a first step with da INTENTION for da sake of Allah!!
Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim:

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu
serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu..." (Al-
Maidah:7)

Sesungguhnya jika kita menilai kembali, sejauh manakah kita telah
mengenang akan nikmat Allah Taala sepanjang kehidupan kita? Pernahkah
kita terfikir adakah kita selalu bersyukur dengan nikmat yang telah
dikurniakan itu? Bersyukur bukan dengan hanya melafazkan
Alhamdulillah semata-mata tetapi pengertian syukur adalah lebih luas
daripada itu. Lihatlah kehidupan kita sekarang dengan kehidupan
saudara-saudara kita di Chechnya, di Palestine dan di Ambon.
Pernahkah tergerak anggota tangan kita untuk menghulurkan bantuan
bagi membantu dan menyara kehidupan saudara-saudara kita ini yang
diancam hebat oleh musuh-musuh kita sendiri? Bersyukurlah dengan
memberikan bantuan baik dari segi masa, tenaga mahupun harta benda.nikmat kefahaman Islam juga harus kita kongsikan bersama.
Bukan itu sahaja, bersyukurlah dengan berusaha membaiki diri dari
sehari ke sehari supaya `Pemberi nikmat' itu akan sentiasa senang dan
redha dengan setiap perbuatan kita. Gunakanlah nikmat yang
dikurniakan olehNya sebagai asas kepada kita untuk menghampiriNya.
Ingatlah sejengkal kita cuba mendekatiNya, sehasta Dia akan mendekati
kita.

komen,idea,ape2 yang bernas amat di alu2kan.sekian~
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com