Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, October 23, 2009

manusia sering berubah


bismiLLAH.semoga dikuatkan hati dalam mencari jalan sebenar menuju jalan yang diredhai.

manusia sering berubah
ada apa dengan manusia?




Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya, Aku akan tempat (manusia) generasi selepas generasi di bumi." Mereka berkata: "Adakah anda di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, - sementara kita memuliakan anda dengan pujian dan terima kasih (Maha akan anda atas apa yang mereka sekutukan dengan anda sebagai rakan kongsi) dan menyucikan Engkau." Dia (Allah) berkata: "Aku tahu apa yang kalian tidak tahu." (Al-Baqarah 2:30)

manusia sering di sebut sebagai perosak di muka bumi.menghancurkan populasi manusia dengan kekejaman dan penindasan,nikmat keindahan dunia dengan pepohon nan menghijau dirobek kehalusannya.menggantikan alasan untuk menyediakan manusia kehidupan yang lebih baik,lebih moden.namun keangkuhan manusia yang semakin meninggi meratahkan kesedaran bahawa dunia ini hanyalah pinjaman semata.amanah yang diberi untuk menjaga alam ini sebaiknya.mentadbir dan mengimarahkan dunia dengan kesenian dan keindahan syiar Islam yang tiada tandingan.apakah tindakan manusia?sebahagian berjuang menentang kehancuran bumi.sebahagian hanya mengikuti arus kehidupan yang penuh dengan berbagai hasutan.sebahagian yang lain mengambil peranan dan peluang untuk menjadikan dunia tempat kehidupan yang selesa,terbaik.selamanya.anda bagaimana?

perubahan seorang bayi yang hanya minum susu kepada makanan bubur.langkah pertama bertatih sehingga mampu berlari.ucapan pertama sehingga petah berkata2.begitu jugalah fikiran manusia.kanak-kanak yang hanya berfikir keseronokan dunia kepada zaman remaja,bilamana persengketaan jiwa dalam memilih identiti diri,berubah apabila meningkat dewasa.mula berfikir tentang tanggungjawab trhadap keluarga,kehidupan dan sebagainya.

peralihan pemikiran banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran,ragam manusia dan sebagainya.namun harus disedari,zaman kanak-kanak yang penuh dengan penderitaan tidak semestinya membentuk hati menjadi keras.kejahilan di zaman remaja tidak semestinya memberi kesan negatif kepada mereka.penganiayaan dan kesempitan hidup di waktu dewasa tidak semestinya membawa mereka ke dalam kancah jenayah.mengapa?

semua terpulang kepada diri sendiri.fikiran POSITIF,merenung kembali tujuan manusia diciptakan dan MENGINGATI TUHAN adalah haluan yang mampu untuk kita kembali teguh berdiri setelah melalui pengalaman duka-pahit-derita.sedarkah kita bahawa pengalaman sebegitulah yang menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan yang penuh ranjau berduri.kehidupan yang selamanya tidak bahagia,kerana setiap yang beriman PASTI DIUJI.
persoalan.sejauh mana diri kita kuat melangkah dalam pengalaman duka dan berusaha merubah kehidupan menjadi lebih baik?

setiap manusia punyai kekuatan dan kelemahan.kelemahan tersebut adalah anugerah TUHAN supaya kita tidak terlalu megah dengan kelebihan yang ada dan sedar bahawa yang MAHA KUASA itu mampu melakukan apa sahaja dengan kehendakNya.kelemahan itulah yang membuat kita sedar,tidak selamanya kita akan terus dalam kecewa dan derita.kerana USAHA yang paling penting dalam meneruskan langkah kehidupan ke arah yang lebih sempurna.

sebahagian daripada manusia yang telah terjatuh ke lembah derita dan duka tidak mampu untuk bangkit kembali.antara faktornya adalah dendam dan lemahnya jiwa,MASYARAKAT memandang buruk kepada mereka.begitulah manusia.tidak memberi PELUANG kepada insan2 yang ISTIMEWA diberi pengalaman derita dalam kesakitan,kejahilan dan sebagainya untuk memulakan hidup yang baru.bagaimana dengan kita?

renung kembali.kita dijadikan untuk beribadah kepadaNya.jalanilah kehidupan yang penuh liku derita ini dengan ketabahan HATI yang datangnya dari HATI dan JIWA yang sentiasa tunduk patuh pada perintahNya.dalaman yang sempurna bakal terserlah pada luarannya.ingatlah,kehidupan ini x selamanya bahagia,x selamanya derita.ambillah peluang untuk menghadapi kehidupan ini dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuanNYA sebelum kita menutup mata...

TUHAN
likuan hidup yang penuh derita
luka kesempitan jalan itu
terhenti langkah
tercari arah
setelah tersungkur ke lembah
mampukah terus berlari?

rona jiwa sentiasa merubah warna
ada kalanya hijau,hitam,jingga
semuanya terlukis seni
terhasil peribadi
jauh direnung fikiran itu
tidak kita hidup sendiri!
kerana kita
ada TUHAN yang Maha Mengasihi

seandainya kekuatan itu hilang
kenang kembali derita hidup lalu
bagaimana kita mampu mengharunginya?
tanpa bantuan si DIA yang ESA
renungilah
lukiran apakah di hatimu?
seni keindahan hati
yang membawa syurga bahagia
atau
seni rona merobek jiwa
hitam kelabu ukirannya
yang zahirnya terasa bahagia
hakikatnya menjerat ke neraka


bagaimanakah kehidupan kita?

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com