Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, September 12, 2009

EXAM?!`

Bismillah
alhamdulillah,sebagaimana limpahnya rahmat Ilahi begitulah limpahnya kesyukuran kita di ata pemberianNya yang tidak terkira.Bersyukurlah walaupun diri masih terasa serba kekurangan kerana syukur itu boleh membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang.insyaAllah.




PMR
pejam celik tinggal lebeh kurang 3 minggu shj utk si penulis persiapkan diri utk 'bertempur' pada 7 Okt 2009 nnt.Pada mulanya terasa slumber dan relax sahaje berbanding rakan2 yang lain yang mula gelabah x cover lg subjek tu,x faham lg subjek ni..Satu hari ketika si penulis datang awal ke sekolah,terpampang countdown PMR "21 HARI LAGI" tibe2 terase sesak di dada.h0h,baru terasa cuaknye!

banyak lagi yg kurang faham.byk lagi yang x cover subjek.memandangkan salu x datang skola atas masalah kesehatan,membuatkan rakan2 laen mempunyai lebih byk kelebihan daripada si penulis.hm,apabila direnung sejenak,apa yang kita kejarkan?

mahukan banyak A?
mahu masuk sekolah berasrama penuh?
mahu menjadi kebanggaan sekolah?
atau mehukan ganjaran yang telah ibu bapa janjikan seandainya mendapat semua A?

sekiranya kita mahukan perkara di atas ini,
itu hanyalah nikmat dunia
mengapakah kita tidak memanjangkan impian kita
untuk mengecapi kebahagiaan di SANA?

mahu sampai target utk kejar redhaNya
mahu menjadi orang yang berilmu,beriman dan BERAMAL
menjadi qudwah hasanah (contoh teladan) kepada orang laen
merasa IZZAH(bangga) dengan Islam itu sendiri.

fikirkan kembali,
tidak kisahlah peperiksaan utama seperti UPSR,PMR,SPM,mahupun peperiksaan di Universiti,tujuan sebenar adalah untuk mengukur kemampuan dan penguasaan kita terhadap pembelajaran.Harus diingatkan bahawa peperiksaan tersebut adalah sebagai UJIAN adakah kita mampu untuk menguasai ilmu Allah ini dan MENYAMPAIKAN kepada orang lain.
Tuntutan berdakwah tidak akan berlaku seandainya tiada ILMU.Jadi,ilmu itu amatlah penting sebagai persediaan kita dalam membawa perubahan ke arah kebaikan utk diri sndri dan orang lain.Jadi,renungkan.Kegemilangan umat Islam zaman dahulu salah satunya adalah daripada segi peguasaan ILMU yang mantap.Kajian sejarah silam menunjukkan bahawa cendekiawan Islam yang terulung yang telah banyak mencetuskan idea dan pengembangan ilmu daripada pelbagai bidang.barisan cendekiaan seperti ibnu firnas,ibnu khaldun,al-khawarizmi dan yang lain telah membuktikan umat Islam ini mampu menjadi hebat dengan ILMU.Namun apalah gunanya seandainya ilu sudah kita kuasai,tetapi bongkak penuh di jiwa.Itulah yang berlaku zaman kini.Orang besar dan berilmu (segelintir sahaja) menindas orang yang lemah.Bukankah Islam mengajar kita untuk saling bantu-membantu?

Persiapkan langkah
susun perancangan teliti
perbanyakkan niat dan impian
kejayaan bukan sekadar utk diri sendiri
malahan sebagai batu loncatan ke arah kegemilangan Islam
dan juga dedikasikan perjuangan jihad ta'lim (jihad menuntut ilmu) ini
kepada saudara kita di palestin sana
mereka berjuang sehingga sanggup menggadaikan diri
tidak berpeluang untuk bersekolah
apalah salahnya kita perjuangkan hati dan minda
dan berusaha mencapai kejayaan
berdoalah~


harap maaf kepada semua pembaca yang dihormati.post akan diberhentikan sehingga tamatnya PMR.doakan si penulis berjaya dengan gemilangnya.oleh itu si penulis ingin meminta maaf atas segala keterlanjuran kata atau terguris jiwa dengan bait2 perkataan di dalam blog ini.semoga Allah memudahkan urusan anda semua dan saya.sama2 kita berdoa.insyaAllah

waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com