Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, August 30, 2009

merdeka KITA?

bismiLLAH

alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk bernafas dalam kenikmatan madrasah tarbiyyah ini.Lagi nikmat tatkala dikurniakan kesejahteraan dan keamanan negara sempena kemerdekaan Malaysia ke 52 ini.

NAMUN...
setakat mana keamanan negara ini dapat dicapai...
cukup sejahterakah jiwa-jiwa warganegara yang mendiami negara yang bertuah ini?



sosialdadahjenayahrasuahpolitikkacau=adakah ini bukti negara kita cukup sejahtera,dalam erti kata-MERDEKA?

ya,penjajah sudah meninggalkan negara kita,namun kesan peninggalan mereka dapat kita lihat hingga ke hari ini.A Famosa dan bermacam2 lagi.Bukan sekadar peninggalan secara ZAHIR sahaja bahkan secara halus sehingga peniggalan itulah yang merosakkan anak muda zaman kini.

SERANGAN PEMIKIRAN-ghuzwatul fikr

begitu teliti perancangan mereka,mahu menakluki DUNIA dengan menakluki pemikiran-pemikiran manusia,biar mengalir arus jahiliyah dalam setiap urat nadi jiwa-jiwa.Sedarkah kita?
Dahulu laungan merdeka itu membuahkan air mata terharu dan gembira
Dahulu sambutan kemerdekaan disambut dengan semangat cinta akan negara
KINI
laungan merdeka ibarat siulan
sambutan kemerdekaan ibarat pesta suka-suka
(maaf seandainya para pembaca terasa.itulah HAKIKATNYA)

kemana semangat merdeka yang sebenar?

merdeka-bebas dari dijajah tanah air dan PEMIKIRAN
kini...kesan jajahan pemikiran mereka membuatkan masyarakat kita lemah JIWA
tandus sanubari,bermaharajalela lah kejahilan..
sibuk memperbaiki kualiti pembangunan dan teknologi
syakhsiah masyarakat dipandang sepi
akhirnya apa yang terjadi?

kembalilah...
wahai hati-hati yang layu
sedarilah...
wahai jiwa-jiwa yang lalai
sejauh mana kita pertahankan adaptasi MERDEKA yang sebenar?
dahulu
parajurit negara pertahankan tanah air dengan bergema laungan takbir
kini
masyarakat negara pertahankan kemerdekaan dengan apa?
hanya laungan kosong semata?
dengan so-sial terlampau dimalam merdeka?
BANGUNLAH!
kita bangsa yang bertamadun
menjadikan ISLAM itu sebagai cara HIDUP
melalui kehidupan berpandukan syara'
tangkis semua kegusaran jiwa
BANGKITLAH!

tegakkan Islam dalam dirimu,nescaya ISLAM tertegak di bumimu


persoalan

apakah cara kita untuk menangkis jajahan pemikiran barat?
dan merasai kemerdekaan SEBENAR
MERDEKA TANAH AIR
MERDEKA JIWA DARI KEJAHILAN?
fikir-fikirkanlah..
wahai ikhwah dan akhwat

*selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com