Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Tuesday, July 21, 2009

siapa hebat?

bismiLLAH..
alang2 qada' posting skali..memandangkan kesihatan semakin trjejas dr sehari ke sehari,x brkesempatanlah utk sipenulis mg-updatekn blognye.harap maaf kepada pembaca yang ternanti2 post baru(ceh...mcm ade je..)insyaAllah..kali ini persoalan siapa hebat akan dikupas oleh si penulis.andai ana khilaf sila tegur..

siapa hebat?
melihatkan sejarah dahulu,zaman nabi2...rasulullah dan para sahabat.boleh kita katakan yang mereka tergolong dalam orang yang hebat dan mantap.Meskipun keadaan hidup pada zaman itu tidak semudah dan semewah hari ini manum mereka mampu membuktikan bahawa harta yang byk tidak menjamin kebahagiaan,namun kehebatan sebenar itu adalah keimanan mereka dan hebatnya ujian yg diterima.ayuh kita renung zaman silam dahulu..

# bagaimana nabi adam dan hawa diuji dengan buah khuldi yang dilarang oleh Allah untuk mendekatinya apatahlagi memakannya,akhirnya dgn hasutan syaitan itulah mereka diturunkan ke bumi,yg menjadi ibroh kepada masa hadapan mereka.lantas TAUBAT itulah penghapus segala,dan TAQWA itulah pengubat jiwa.

# bagaimana deritanya rasulullah dalam melebarkan sayap dakwah sehingga pengorbanannya dapat kita rasai nikmat hasilnya,ISLAM.para sahabat yang sanggup diseksa demi mempertahankan AQIDAH,itulah bukti mereka HEBAT

KITA?
apa kurangnya.zaman moden dan pembangunan yang semakin membangun membuatkan hidup bertambah mudah.dengan adanya segala peralatan elertronik memudahkan urusan,msin basuh,kipas,lampu dan macam2 lagi.kita juga HEBAT dari segi keilmuan,melihatkan ramai graduan2 keluaran universiti tempatan.ada yang berjaya namun ada juga yang derita.
ya,kita HEBAT.kita punya banyak kelebihan berbanding zaman dahulu.namun keHEBATAN kita hanya dari segi luaran.hanya melihatkan negara kita gah dengan pembangunan dan kemodenan yang secara tidak langsung turut membawa anasir barat yang serba melalaikan lntas sedikit demi sedikit meratahkan jiwa-jiwa yang semakin lalai dengan nikmat dunia yang banyak x trkira.

bukti?
HEBATnya mat rempit di jalanan,
HEBATnya penghisap ganja yang majoritinya melayu dan ISLAM,
HEBATnya anak2 kecil yang diajar untuk mengejar populariti duniawi semata lantas tidak memandang ke arah pendidikan jiwa dalam menjadi MANUSIA.
ya,pendidikan Islam yang perlu diterapkan ke dalam diri anak2 sejak kecil.namun apa yang berlaku hari ini,mereka lebih didedahkan dengan keHEBATan pelakon2 antarabangsa berbanding keHEBATan jiwa para sahabat yang berbakti untuk agama.

siapa yang hebat SEBENARNYA?

insan yang hebat itulah yang hebat diuji
bilamana ujian itu tiba,redha dan pasrah itu menerpa
lantas pergantungan terhadapNya semakin mesra
bercambahlah kuntuman iman dan taqwa
begitulah sebenarnya orang yg HEBAT
sepertimana rasulullah dan para sahabat terdahulu..

ikhwah dan akhwat,

tidak perlu untuk kita terlalu mengejar keHEBATan dari pandangan manusia semata,
seandainya kita tidak berlumba-lumba untuk menunjukkan keHEBATan iman kita
hanya utkNYA.

impian kita bersama dalam menjana negara ISLAM dan ummah yang gemilang akan mampu dibangkitkan seandainya kita bersama menjadikan diri kita HEBAT.

HEBAT dari segi apa?

# qudwah hasanah
# iman
# taqwa
# amal
# ibadah

bentuklah dirimu dengan kehebatan jiwa yg sebenar,kelak dirimu kan temui IZZAHnya ISLAM itu..


buat jiwa2 yang diuji...

sungguh,
bertuahnya jiwa itu
jiwa yang sentiasa diuji
meski insan lain tidak mampu
untuk merasai deritanya jiwa
namun DIA merasa

usah putus asa
Dia amat merindui jiwa itu
jiwa yang apabila diuji
lntas kepadaTUHAN dia berserah
memohon ampun dan rahmatNya

parah derita hati itu
lantaran ujian yang diberi
membuatkan pintu jiwa yang selama
lalai dan kelabu tonanya
mampu terselit secebis cahaya
yang membawa diri kepadaNYA

berbahagialah
wahai jiwa yang diuji
sungguh Tuhan amat menyayangimu
carilah kedamaian dicelahan dugaan
setiap ujian terselit ketenangan
ketenangan yang hanya mampu dirasai
oleh jiwa yang mengenali
Yang HAKIKI

bersyukurlah
wahai jiwa yang diuji
sungguh dengan dugaan itu
mampu utk diukur apa saratnya iman
atau rapuhnya taqwa
apa kelamnya sanubari
atau tebalnya redha
sungguh
setiap kesusahan
akan diiringi dengan kesenangan
usah ucapkan hati tidak percaya
akan kebahagiaan yang bakal menanti
kerana
satu saat
pasti kita akan merasai
nikmat rahmat disebalik ujian itu

waLLAHU a'lam



No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com