Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Saturday, June 13, 2009

generasi PILIHAN

belajar solat jenazah...

baru lepas blajar tayammum!

khusyu' je adek2 th dgr citer kakak...

buku yang byk isi kandungannye..


bismiLLAH
alhamdulillah.diberi kesempatan utk menggerakkan minda dan mencoret idea berdasarkn pengalaman yg mampu menjadi ibroh diri..insyaAllah

KAS 2009
medan pencetus ummah harapan,dengan impian dapat melahirkn generasi Islam akan datang yang amal islaminya mantap dan berkualiti setanding dgn matlamat dalam mencapai kemenangan Islam akan datang.insyaAllah~

5 hari bergelumang dgn kenakalan+kecumilan knk2 yg menguji kesabaran dan pemikiran para fc yg sporting blake..hu~

PAGI
"husna,sofea..meh bace iqra' dgn akk.."
"na-so-ba"
"eyt,cbe tengok btul2...lps huruf sad tu ade huruf ape?"

"alif..."

"so bacaannye ape?"(smbel tenung mate budak tu-bajet garang-)

"panjang!hehe~silap td..."(kedua2nye trsenyum,x mnjadi nk jadi garang..hehe)

"nih da iqra' bape?"

"iqra' 2~! cpt la kak..nk bace!!"

"ye..ye..meh bace..bismillah dlu yea"

"mah-luu-qu"

"eyt..lps mim tu huruf ape?"

"ha"
"btul ke?"(pndang mata adek tuh ala2 kejam punye)
"eh..eh...huruf kho!cilap2...hehe..."
"ha..btol pon..ulang balek yea...ikot akk bace.."

mcm2 ragam.kagum melihatkn adek2 tu semangat nk ngaji..lelagi ble dpt akk fesi yg bajet garang tp co0l..(haha)

TGHARI
"sape nk masuk syurga...angkat tgn!" "saye2!!" "so kalo nk masok syurga kne wat ape?" "kene hormat mak ayah!" "pandai~~" "akk2...~!" "ye saye..." "lps nih kite wat ape?" "kte naik ats...blaja ketip kuku.." "lepas tu??" "lps tu (two) three lah" "kakak nih!"(sambel gelak2)

REHAT
"akk!mkn ape hr nih?"
"makan angin..."
"kakak nih!!ckp la btol2..."
"hehe..juz wait n see.."

"kak!nk tmbah lagi"
"ala...taleh la.roti canai sorg satu je...x cukop.."(sblom2 nih xnk lak tmbh..x abes adela)
"ala...nk lagi..."
"eyt!akk tengok kat pinggan tuh separuh pon x abes lg.."
"hehehe"

"kak!!"
"ye....nape...eh..x mkn ke?"
"x nk mkn.."
"nape xnk mkn nih..orang kat palestin tu x de mknn tau...kite kire syukur la ade mknn.."
(adek tuh senyap...amek pinggan n makan...)

macam2.kenakalan dan keriangan mereka masih bermain diminda.teringat saat mula mengajarkn mereka utk hafal doa2 harian yang ringkas..(mcm nih rupenye diri nie kecik2 dlu..)

bukan mudah untuk menyusuri kehidupan kanak2 yang penuh dgn warna kegirangan,terasa dunia ini milik mereka dan telatah,kerenah lebih2 lagi kenakalan yang sukar dijangka.namun ISLAM mengajar kita supaya mendidik anak2 sejak dari kecil,bersama mereka menyusuri kehidupan kanak2 berlandaskan syariat Islam,menyuntik keseronokan amal islami dalam kehidupan harian,dengan cara berdoa,bercerita kisah2 para sahabat dan lain2.Berusaha mengenalkan mereka dengan Maha Pencipta dgn cara melihat alamNya yang terbentang luas lagi keindahan yang tidak terhingga.sekiranya setiap anak2 muslim dididik dan dibentuk dengan kaedah yang unik berdasarkan syariat Islam dan menerapkan amal islami dalam jiwa mereka,maka tidaklah sukar untuk masa hadapannya menjadi pewaris kebangkitan ummah.bak kata pepatah,'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'

namun pada hari ini sering kali ibu bapa leka dan tidak begitu sedar akan pentingnya pendidikan jiwa anak2 sejak dari kecil lagi.hal ini terbukti dengan kesungguhan sesetngah ibu bapa memastikan anak mereka cerdas mindanya dan cemerlang dari kecil dengan memberi pendidikan dunia tanpa menghiraukan pendidikan jiwa berlandaskan aqidah Islam yang sebenar2nya akan mendidik PERIBADI anak2 itu.sememangnya hakikat ibu bapa ingin melihatkan anak mereka cemerlang dan berjaya menjadi MANUSIA yang berjaya.namun,sejauh mana didikan duniawi semata mampu membuatkan kehidupan manusia itu bahagia,kerna x semestinya banyak banyak wang itu mampu bahagia.dan sebenarnya KAYA JIWA itulah kebahagiaan yang hakiki.

GENERASI PILIHAN

ikhwah dan akhwat,
kitalah generasi pilihan.mengapa?


يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ أَحَدٌ خَيْرٌ مِنَّا أَسْلَمْنَا مَعَ وَجَاهَدْنَا مَعَكَ قَالَ نَعَمْ قَوْكَمٌ يَكُونُونَ مِنْ بَعْدِكُمْ يُؤْمِنُونَ بِي وَلَمْ يَرَوْنِي


"Wahai Rasulullah s.a.w, adakah manusia yang lebih baik dari kami? (sedangkan) Kami Islam bersama-sama kamu dan kami berjihad bersama-sama kamu." Menjawab Baginda s.a.w: "Ya (ada) iaitu kaum yang berada selepas dari kamu, mereka beriman denganku, sedangkan mereka tidak pernah melihatku." [Musnad Ahmad - no:16362, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Misykat al-Masobih - no:6282 dan Syaikh al-Arnouth dalam semakannya keatas Musnad Ahmad - no: 6282]

betapa beruntungnya kita seandainya jiwa dididik dengan cinta RASUL (s.a.w) dan mengikuti sunnahnya.pengorbanannya dalam menyebarkan sayap dakwah ke serata dunia hingga kita dapat merasai nikmat islam dan iman itu sendiri.lantas,apakah usaha kita untuk menyambung perjuangan baginda rasulullah?

MENGAPA KITA GENERASI PILIHAN

sedar tidak sedar,qiamat semakin hampir,gelombang maksiat semakin hebat,jiwa yang mengaku beriman semakin rapuh dan hancur dilanda ombak hasutan syaitan yang tidak kenal erti jemu.namun kemenangan yang dijanjikan itu pasti tiba.bila mana akan bangkitnya satu generasi yang akan memperjuangkan dienul islam ibarat menggenggam bara api.maka generasi siapakah yg akan membangkitkan Islam itu...jikalau bukan dari generasi kita?
apakah yang karus kita lakukan?
persiapkan diri dalam membentuk generasi Islam yang lebih berkualiti untuk masa hadapan..insyaAllah
ALASAN

alasan2 yang sering kedengaran...
"x cukup kuat iman lah..." "ala...rame je yg lagi alim dr aku..." "hmm...dulu pena wat dose besa...malu r nk ikot balek dakwah2 nih..."

#
IMAN itu bukanlah menjadi alasan.krn apa?semua trletak di tangan kita.utk memilih jalan yg benar dan bentuk iman sebaik mungkin atau sebaliknye.
# jikalau kita hanya mengharapkan orang lain untuk bangkit,cuba kita bayangkan...semua orang akan mengharapkan orang lain...akhirnya sesiapa pun tidak bertindak kerana
penyakit "mengharapkan orang lain"
#
TAUBAT jalan terbaik.jadikan kesalahan masa lalu sebagai ibroh(pengajaran) untuk kita meneruskan kehidupan.seharusnya kita melangkah kehadapan,sesekali menoleh ke belakang utk berhati2 daripada mengulangi kesalahan yg pernah kita lakukan.namun kesalahan sesetengah jiwa,mereka hanya terus-menerus melihat..merenung kesalahan itu dan tidak melangkah kehadapan.keadaan inilah yang menyebabkan diri terkurung dengan kelemahan,rasa putus asa dan tanpa disedari keyakinan terhadapNya berkurang.sesungguhnya Allah mendengar keluhan hamba2Nya.mengapa perlu kita bermenung lagi mengenai kesalahan masa lampau hingga menyebabkan kekacauan jiwa yang lebih mendatangkan mudharat?

2. أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? -al-ankabut-2-

kembalilah kepada Allah,sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan,setitis taubat campuran ikhlas itu mampu menghapuskan segala dengan kasih sayangNYA...insyaAllah...

yakinlah
kita generasi pilihan
mulakanlah langkah dalam mendidik jiwa ke arah yang lebih diredhaiNya
seandainya pernah tersalah langkah,jangan sesekali terus berundur dalam perjalanan ini,kerana itulah tanda DIA menguji tahap keimanan kita dalam mengorbankan diri mengejar redha ILAHI

pandanglah hadapan
lihatlah jauh
tetapkan matlamat
mulakan langkah
gerakkan jiwa
kemaskan iman
thabatkan amal
ayuh!
mara kehadapan!
berjuang ke arah kebangkitan Islam

ALFATIHAH buat ust fathi yakan yg telah kembali ke rahmatuLLAH hari ini.karangan beliau iaitu maza yakni (apa ertinya saya menganut Islam dll).semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'...ameen~
waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com