Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, June 29, 2009

16 tahun bernafas di bumi

bismiLLAH...

alhamdulillah3x....dengan kudrat yang ada maka trcoretlah sebuah kisah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuhan
16 tahun sudah aku bernafas di bumimu
menjejaki setiap langkah hidup ini
menghela laluan hidup penuh ranjau berduri
dalam mencari sinar yang Satu
jiwa yang masih mengutip butir tarbiyah
dalam menjalani pengalaman berliku
mampukah untuk aku terus kuat?
TUHAN
pimpinlah daku

DESTINASI masih jauh
kudrat ibarat lambaian angin
semakin lemah pudar jalan itu
lantas diri ini terus berdiri
menyalakan sebatang mancis kekuatan
maka dengan Azimnya RAHMAN
api itu semakin membara
lalu jiwa itu semakin tabah mengharungi dugaan

namun
hakikat diri
kekurangan itu masih melaputi keresahan
masih belum cukup untuk menjadi yang terbaik
demi menjana ummah gemilang

sering kali
kulihat masa lampau
yang penuh dgn debu kejahilan
masihkah aku punya ruang
unuk kembali kepadaNya

ya RAHEEM
kuatkanlah setiap hembusan nafas
derapan langkah
kelipan mata
renungan hati
fikiran minda
dalam menangkis helaan jahiliyah
merawat jiwa
mengikis karat kelalaian
lantas sedaya mampu
ingin aku menjadi hambaMu
yang mampu mengharungi kehidupan
berbekalkn tarbiyah pengalaman
genggam islah itu
izinkn aku
untuk menjadi hambaMu yang setia
hingga ke akhirnya..
aLLAHUMMA ameen~

-9.37-
lepas tusyen
birthday gurl

"semakin bertambah umur,semakin hampir kita dengan KEMATIAN..."

waLLAHU a'lam

1 comment:

filiciumdecipiens said...

sannah hilwah ain=)

moga terus thabat djalanNYa..amin


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com