Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, May 1, 2009

apa kata MEREKA dan apa tindakan KITA?

bismiLLAH...

alhamdulillah...syukur.diberi kesempatan utk bernafas lagi..sedang meniti hari yang kebanyakannye orang cuti nih...teng0k jadual belajar (fuh..maju da skang.ade jadual study,dlu ade tp x pena ik0t lgs0ng.haha)sambil2 membelek buku pendidikan islam,teringat byg2 cekgu Rabiatul..."awak ready ke x ready ke kene jugak buat plbs kat depan.."alang2..kite kongsikan same2 merapu-kerapu idea yang tetibe tercetus di sebalik sudut minda..

apa kata MEREKA dan apa tindakan KITA?

Melihatkan pembangunan yang semakin berkembang dalam era globalisasi ini,dunia semakin subur dengan percambahan ilmu teknologi yang tiada tolok bandingannya.Lantas kehidupan manusia semakin sibuk mengejar keduniaan dan melupakan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan.Keadaan menjadi semakin parah dengan agenda-agenda musuh Islam dalam melenyapkan sinar iman yang selama ini terpancar di lubuk sanubari setiap insan bergelar muslim,meyebabkan kini islam begitu rapuh diratah oleh kaum kuffar yang bergembira dengan kelesuan ummah yang semakin lena dengan arus kemodenan.

apa kata MEREKA?
Rabbi Yahudi berbicara "jangan umah Islam bermimpi untuk mencapai kemenangan sehingga bilangan mereka yang solat subuh sama bilangannya dengan mereka yang solat jumaat".Nah,,renungi sejenak,begitu kritisnya pemikiran mereka dalam merancana agenda menjatuhkan zaman kegemilangan Islam,umat Islam semakin lena dibuai kemewahan lantas mengabaikan kekuatan jiwa yang dibentuk melalui pengabdian diri pada yang Esa.

pakatan yahudi seluruh dunia yang dilakukan Kongres Zionis Sedunia yang Pertama bertempat di Basle pada tahun 1897 dalam merencana agenda menjatuhkn umat Islam tidak pernah kita dengari bukan?Mereka menyusun strategi dengan begitu rapi untuk menakluki dunia.Tatkala salah seorang daripada mereka berbicara "Kita x mampu utk melawan umat islam dengn berperangkerana semangat jihad mereka yang lebih mencintai mati daripada kita yang lebih memilih kehidupan dunia".seorang pemuda dikalangan mereka bangun sambil memegang senaskah al-quran di tangannya lalu berkata "selagi benda ini ada di hati umat islam,selagi itulah kita tidak dapat menewaskn mereka" dengan yang demikian mereka telah mencipta serangan pemikiran yang kini menjadi barah yang mengalir di setiap diri umat islam.

*bersambung...(sejak ble la bole ade bersambung cmnh...)

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com