Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, March 13, 2009

tutup mata.lihat dgn mata hati anda

bismiLLAH

alhamdulillah.diberi kesempatan utk terus menghirup udara yang nyaman.mempunyai kudrat utk jari2 ini menari2 di atas keyboard komputer setelah beberape hari lalu trlantar di rumah kes kurg sehat.tp apekan daya,hidup perlu diteruskan dgn matlamat yg jelas dan perancangan yang teliti.

-tutup mata.lihat dengan mata hati anda-
kali ini posting yang agak santai dek kekeringan idea.telah Allah kurniakan kedua belah mata yang mampu untuk melihat ciptaanNYA yang indah,merasai nikmat alam semulajadi lantas menghargai nikmat yg begitu banyak yg telah Allah kurniakan kepada kita.namun pada zaman kini dapat kita lihat bahawa dengan pandangan mata inilah yang ramai hati-hati insan menjadi lalai akibat kurniaNya yang terlalu melimpah ruah sehingga membutakan mata mereka utk menghantar mesej kepada otak melalui saraf2 supaya BERSYUKUR dengan nikmat kurnia Tuhan..
MATA
satu kurnia yang sungguh indah.bilamana dgn mata itulah salah satu cara untuk kita menambahkan iman dan taqwa kepada Allah.bagaimana?
melihat ciptaan Allah,keindahan alam semulajadi yang membawa kepada keagungan dan kekuasaan Allah lantas dengan rasa kagumnya kita akan ciptaan Allah itu..
"SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHU AKBAR!"

namun,
bagi hati insan yang lalai
mata itu menjadi satu keseronokan yg mengundang kepada maksiat,menjauhkan hati dr Allah lantas menambahkan lagi kegelapan jiwa yg sememangnye penuh dengan debu dosa.kadang-kadang kita tidak merenung sesuatu itu berdasarkan mata hati,hanya melihat dengan zahir sahaje.

kadangkala mata hati itulah petunjuk dalam mencari arah.namun,perlukah kita mengikut pandangan mata hati itu?

-TAQWA ITU DI HATI- (hadis nabi s.a.w)
dengan adanya taqwa,maka akan ada manfaat mata hati itu bilamana kita berada dalam keadaan yang tidak tentu arah,tidak dapat membezakan yang mana kebenaran dan pendustaan,satu saat pasti akan ada suara yang mengajak kita ke arah kebaikan.mata hati itu petunjuk kebenaran selagi adanya taqwa dan iman dalam diri.bagaimana dengan mata hati anda?

JUMAAT CERAMAH MAULIDUR RASUL DEWAN ANGGERIK,SAMTTAJ

"tahukah kamu bahawa kamu,pelajar sekolah agama inilah ASET kepada negara.orang di luar memerlukan kamu untuk bimbing mereka" -penceramah-

nah,tersentak seketika.(walaupun mmg da pena pk pasal benda nih)satu peringatan yg menusuk jiwa jugak la.melihatkan sekolah agama yg hebat dari segi akademik dan kokurikulumnya.namun,sejauh manakah kegemilangan akademik itu dapat menjamin kehebatan sahsiah dan akhlak pelajar yg satu hari nnt bakal memimpin negara?

negara memerlukan pemimpin yg hebat pada masa akan datang.bukan sekadar hebat dari segi intelektual bahkan juga komunikasi dan peribadi diri serta keimanan dan ketaqwaan kepada Allah(part nih ssh sket nk jumpe zaman skang nih).pada pndgn si penulis sekarang ni di negara kita sendiri.pemimpin seolah-olah sibuk mahu menonjolkan diri siapa yang lebih hebat.saling bertelingkah sehinggakan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik untuk generasi-generasi yang akan datang dikalangan remaja-remaja yang laen .bkn untuk mengkritik mana-mana pihak memandangkan si penulis mmg amatlah tidak berminat dlm bab2 politik ini namun pada hakikatnye seorang pemimpin seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada orang yang dipimpin.dengan cara amanah dengan tanggungjawab yg dipikul lantas berasa takut untuk membuat perkara-perkara yang menzalimi orang laen.

KELAS

"eyt,da tasmi' blum kat ustazah?" "blum r kak..kte tatau r...ssh r nak hafal..nape ek?solat pon ssh nk khusyu'.." "xpe.kite usaha la sungguh2 nk capai takat khusyu' uh..Allah tengok usaha..mula2 awk kene........"

senang hati.kadang2 rakan2 sekelas akn berkongsi masalah mereka dgn si penulis.maka dgn sedaye upayanya utk membantu mereka yg amt memerlukan pertolongan..
HAKIKAT SEBENAR
setiap jiwa2 bernyawa memerlukan bimbingan,bantuan,pertolongan
di saat mereka sempit jiwanya,sempit masanya,benak fikirannya memikirkan berbagai masalah
maka waktu itulah jiwa2 tersebut memerlukan seorang yang mampu utk meringankan bebannya,menyelesaikan masalahnya..
persoalan
PERNAHKAH setiap masalah kita kembali kepadaNYA?
PERNAHKAH setiap kesakitan itu pertama sekali kita mengadu kepadaNYA?
PERNAHKAH setiap kesulitan itu kita merintih bantuanNYA?
PERNAHKAH ANDA??

45. وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (al-baqarah-45)

itulah jawapan segala persoalan.bagaimana utk kita kembali kepada Tuhan.terpulang kepada kita.panduan hidup itu telah diatur dengan teliti dan rapi dan dapat dikaji melalui AL-QURAN dan AS-SUNNAH.persoalan itu kembali kepada jiwa2 yang mengakui dirinya muslim.sejauh mana AL-QURAN dan AS-SUNNAH itu menjadi PANDUAN HIDUP ANDA?


  • Tiada yang dapat membantu meringankan beban atau menambah kebahagian hidup kecuali menerima serta mengembalikannya kepada Allah. Setiap kekurangan "Innaalillahi wa innaa ilahi raajiun", setiap kelebihan "Alhamdulillah", inti dua ucapan itu menerima dan mengembalikan pada Allah itulah dasar sabar dan syukur pada-Nya


  • Doa adalah jalan keselamatan, tangga pengantar, sesuatu yang dituntut oleh orang-orang yang berpengetahuan, kendaraan orang-orang shalih, tempat berlindung bagi kaum yang terdzalimi dan tertindas, melalui doa nikmat diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan. Alangkah besar kebutuhan para hamba Allah akan doa, seorang muslim tidak akan pernah bisa lepas dari kebutuhan akan doa dalam setiap situasi dan kondisinya. Doa adalah obat yang paling mujarab, ia ibarat musuh bagi penyakit, ia senantiasa melawan, menghilangkan atau meringankannya. "Jarak terdekat antara hamba dengan Tuhannya adalah saat ia bersujud. Karena itu, perbanyaklah berdoa ketika itu." (HR Muslim)


  • waLLAHU a'lam

    No comments:


    Binnabil Huda - Unic
    Mp3-Codes.com