Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, December 15, 2008

zaman kebangkitan

bismiLLAH..

alhamdulillah,dengan izinNya diberi juga kekuatan untuk kembali meng'update'kn blog.setelah beberapa lama x membuat posting baru.atas program yg padat dan masalah kesehatan.namundengan perkara tu x menjadi masalah.seperti trademark si penulis,'x pe.rilek je'

ZAMAN KEBANGKITAN

melihatkan dunia kini yang semakin gering dengan masalah pencemarannya,semakin lemah dengan kerakusan manusia meratah keindahan yang ada,semkin lemah dengan begitu bertimbunnya kelalaian dan maksiat yang tersebar disegenap inci bumi.bagaimana perkara ini boleh berlaku?

melihatkan kembali pengorbanan rasulullah dalam menyebarkan risalah dakwah.dengan bermulanya kelompok kecil dikalangan keluarga dan sahbat handai.akhirnya ISLAM bisa tersebar hampir 2/3 dunia.zaman khalifah abu bakar as-siddiq yang berjaya memerangi nabi palsu dan murtad,khalifah umar al-khattab berjaya membebaskan baitul maqdis dari cengakaman kaum kuffar..dan seterusnya.

dan ISLAM terus tinggi di mata dunia..dengan bermulanya ketamadunan di zaman khilafah abasiyah,lahirnya cendekiawan2 islam yang terkemuka.wujudnya darul hikmah di baghdad yang mengandungi setengah juta buku.istana al-hambra' yang tersergam indah.dan kegemilangan itu terus sampai ke puncaknya di zaman khilafah turki uthmaniah.namun...

kemerosotan turki uthmaniyah dari segi nilai muslim dan besarnya jiwa kaum kuffar untuk menggulingkan pentadbiran Islam yg gah di waktu itu.selanjutnya boleh dibaca di SINI

“wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu menjejaki langkah kami serta kamu berada di atas jalan yang murni ini, kamu tinggalkanlah segala fikrah kamu kecuali fikrah Islam. Kamu wakafkanlah segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kamu dunia dan akhirat. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih untuk terumbang- ambing dan bersifat serba salah antara seruan Islam dan selainnya, maka ingatlah sesungguhnya tentera ALLAH akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan sama ada sedikit ataupun ramai….!”
walaupun Islam kini ditindas,mengikut graf kebangkitan Islam kita kini berada diparas negatif.namun kini kita berada di ZAMAN KEBANGKITAN.siapa lagi yang bakal menjadi penggerak zaman kebangkitan itu?seruan itu telah tiba.pilihan di tangan kita.untuk menyahut seruan dalam pentarbiyahan diri seterusnya berusaha untuk menegakkan kemabli daulah islamiyah dan ketamadunan agung generasi2 islam terdahulu
-jaA ISLAM ghareeban,wasaya'udu kama badaA ghareeban,FATHUBA LILGHURABAA'-
"islam datang dengan asing,dan islam akan kembali terasing.maka beruntunglah orang2 yg TERASING"

Allah selalu punya HADIAH untuk kita...
Yaitu :
CAHAYA untuk setiap kegelapan..
RENCANA untuk setiap hari esok...
SOLUSI untuk setiap permasalahan. ..
KEBAHAGIAAN untuk setiap kesedihan...
KEDEWASAAN untuk setiap ujian hidup

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

renungkan.seruan kebangkitan telah kedengaran.pilihan di tangan kita.sama ada untuk menyahut seruan itu ataupun masih leka dengan nikmat duniawi.

siapakah generasi GHURABAA' itu?
siapakah generasi yang bakal merawat hati2 ummah yg kini lalai?
siapakah generasi yang akan memegang panji2 ISLAM di era kebangkitan nanti?
siapa?

renungkan.
waLLAHU a'lam.


No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com