Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, December 3, 2008

umat islam di Ambon dan sekitarnya.tahukah anda?

bismiLLAH..

ALHAMDULILLAH.masih ada kesempatan utk kita mengucapkan syukur
kepada Allah
di atas nikmat yang telah diberikan kepada kita
selama ini.
baru2 ini penulis sibuk mencarik perihal dunia islam.
puas mengingat blek ape nama satu perkampungan yg terjadi
prtumpahan
darah umat islam di situ.lepas rewind balek EDI
tahun lepas..baru teringat...AMBON


satu perkampungan yang mungkin kita tidak pernah dengar
peristiwa berdarah yg terjadi terhadap umat islam di sana.


Kita sangat bimbang dengan pergolakan berterusan di
Indonesia, sebuah negara umat Islam terbesar di dunia.
Kebimbangan kita pertamanya kerana ada tanda soheh
pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di wilayah
yang majoritinya penganut Kristian, seperti yang
berlaku di Almahera, Ambon dan pulau sekitarnya.

Beratus-ratus umat Islam yang berlindung di masjid di
wilayah itu beserta imamnya, Ustaz Jailani telah
dibunuh dan masjid itu dibakar, sementara mayat Ustaz
Jailani disalib. Ini peristiwa yang sangat mengerikan
dan menyayat hati umat Islam.

Setakat ini, menurut berita yang sampai dari Ambon,
hampir 3,000 orang Islam telah terkorban di Ambon.
Rumah dan masjid dibakar, orang Islam termasuk wanita
dan kanak-kanak dibunuh dengan kejamnya oleh
gerombolan Kristian yang bertempur dengan umat Islam
yang mempertahankan diri dan harta benda mereka.

Tentera Indonesia yang kini bermasalah dengan
presidennya sendiri, Abdul Rahman Wahid (Gus Dur)
kelihatan tidak berjaya menyekat pembunuhan
beramai-ramai itu. Sungguhpun belum ada kes terbaru
pembunuhan di Ambon itu, tetapi umat Islam di sana
sentiasa diselubungi kebimbangan. Tidak ada jaminan
nyawa dan harta benda mereka akan selamat.

Inilah nasib umat Islam di pulau tersebut. Pemerintah
Jakarta kelihatan tidak berupaya menangani masalah ini
dan adalah aneh, sebuah negara yang majoriti rakyatnya
beragama Islam, termasuk pimpinannya juga tetapi tidak
mampu melindungi nyawa saudaranya di Ambon.

Memang Indonesia bergelut dengan pelbagai masalah. Isu
Timur Timor yang masih membara, isu Acheh jauh dari
selesai, isu kepulauan Bali pula muncul dan isu Ambon
yang terus marak. Ini menunjukkan negara yang
ditegakkan atas asas Pancasila penuh dengan kemelut
yang tidak berkesudahan.

Angkatan Tentera Indonesia telah mengepung sekitar
perairan Ambon supaya kapal dan feri yang
menyeludupkan senjata ke sana dapat dihalang, di
samping menyekat pelarian. Rondaan dan kawalan tentera
telah diperketat di pulau yang majoritinya beragama
Kristian itu, tetapi keamanan masih jauh dirasai.

Sementara itu, umat Islam yang terkurung dan terancam
di sana itu berdepan dengan masalah kelaparan. Mereka
tidak dapat keluar rumah kerana takut diserang. Dengan
demikian mereka cukup sukar mencari rezeki.

Dunia luar, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
tidak mungkin boleh diharapkan untuk melindungi
kepentingan umat Islam di pulau itu kerana agensi itu
sendiri telah memperlihatkan berat sebelahnya dalam
menangani isu umat Islam.

Badan dunia itu, dan badan internasional yang lain
lebih prihatin dengan nasib rakyat di Timor Timur yang
majoritinya beragama Kristian. Malah Barat terlalu
sibuk memikirkan soal hak asasi manusia di Timor Timur
daripada memikirkan hak asasi manusia di Ambon dan di
Acheh yang jauh lebih terancam.

Mereka begitu prihatin terhadap kes pembunuhan di
Timor Timur, tetapi tidak pedulikan pembunuhan
beramai-ramai terhadap umat Islam yang berlaku di
Acheh, Ambon dan tempat lain di seluruh Indonesia.

Bantahan dari pelbagai golongan umat Islam di sana,
khususnya para mahasiswa Islam dan tokoh agama
nampaknya belum lagi menarik perhatian Presiden Gus
Dur, malahan beliau mengancam untuk mengambil tindakan
jika anak muda pergi ke Ambon beramai-ramai untuk
berjihad.

Naib Presiden Megawati yang ditugaskan menangani
masalah di Ambon itu telah menimbulkan kemarahan umat
Islam di sana kerana hingga kini beliau tidak berbuat
apa-apa.

Dalam keadaan begini, nasib umat Islam di wilayah itu
terus terancam. Tidak ada pembelaan, tidak ada
perlindungan, menyebabkan mereka terus terdedah kepada
ancaman serangan puak Kristian. Lebih-lebih lagi
senjata mereka semuanya sudah diserahkan kepada
pasukan keselamatan.

cerita selanjutnya boleh anda baca di sini

sekadar membaca tidak akan terasa betapa peritnya kejadian
tersebut.di sini si penulis
akn membawa anda semua
melihat situasi yg sebenar yg terjadi pada saudara
seaqidah kita.
yang kita mungkin
tidak pernah terfikir betapa sengsaranya mereka.






apakah tindakan kita?
sampai bila kita harus menyepi...
terus lalai dengan nikmat keamanan yang diberi?
bangkitlah wahai UMMAH
mereka memerlukan bantuan KITA

Sesungguhnya dia menyangka bahwa dia sekali-kali
tidak akan kembali(kepada Tuhannya).
(Bukan demikian), yang benar, sesungguhnya Tuhannya
selalu melihatnya. [QS:84:14-15]


عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW,
daripada Nabi SAW, Baginda

bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga
dia
mengasihi saudaranya sebagaimana dia

mengasihi dirinya sendiri.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

mari same2 kita koreksi diri..
apakah hak sesama muslim telah kita tunaikan?
renungkaan~
waLLAHU a'lam


2 comments:

ALI said...

jika abdurrahman wahid saja yang dilihat tindakannya itu tidak adil karena beliau itu memang seperti itu (agak liberal dan kurang peduli dengan problen unat islam secara khusus). Dia itu memang kurang pro dengan Islam. insyaAllah di antara umat islam di indonesia masih banyak kok yang mendukung diinullah tumbuh dan saling peduli dengan sesama saudara seimannya. seperti akhir2 ini

khaIRul_UmmAh said...

oh.yeke.kurang arif plak dalam bab tu.apep0n pointnye kat sini sesamelah kite tunaikan hak SESAMA MUSLIM..

moga2~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com