Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, December 31, 2008

salam HIJRAH dan TAHUN BARU

bismiLLAH...

alhamdulillah.segala puji bagi Allah.dgn kekuasaanNYA nikmat iman dan islam itu masih dapat dirasai.selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah s.a.w yang telah byk berkorban demi menegakkan Islam tercinta di hati2 jiwa yang leka.alhamdulillah...

1429H melabuhkan tirai..membawa sinar baru kepada 1430H..kehadirannya disambut dengan semangat dan kekuatan baru dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang lebih baik dari segenap sudut.himmah dan hammasah yang berterusan menjadikan kualiti jati diri sebagai generasi ummah pilihan yang bakal menggemparkan dunia.insyaAllah.

kehadiran 1430H disambut dengan keceriaan.namun disebalik kesenangan itu di negeri berdarah,palestin menyambut tahun baru hijrah dengan bedilan roket yang berterusan dari pihak zionist laknatuLLAH seterusya hampir sekitar 350 muslim gugur syahid.

Gaza – Infopalestina: Pembantaian di Jalur Gaza terus berlanjut dan korban terus bertambah. Israel terus menggempur rumah-rumah dan tempat ibadah. Jumlah korban hinggsa kini mencapai lebih 380 gugur dan lebih dari 1750 lainnya terluka, 300 di antaranya dalam kondisi kritis.

Pagi ini, Selasa (30/12), pesawat-pesawat tempur Zionis Israel menggempur kompeks kementrian pemerintah Palestina di Jalur Gaza dan mengakibatkan 10 Palestina gugur dan puluhan lainnya terluka. Pesawat tempur Israel juga melancarkan serangan massif sejak Selasa pagi ke pos-pos keamanan di berbagai wilayah di Jalur Gaza.selanjutnya baca DI SINI

HIJRAH

seperti mana yg kita ketahui,sejarah penghijrahan rasulullah s.a.w yg pertama ke habsyah..dan seterusnya penghijrahan ke madinah yang membawa kepada persaudaraan muhajirin dan ansar meningkatkan lagi kekuatan ukhuwah insaniah sesama muslim seterusnya terbina satu kekuatan jamaah islamiyah yg hebat akhlak dan imannya.

tahun baru hijrah disambut oleh penulis sekeluarga dengan kesederhanaan.seperti biasa surat khabar diteliti setiap berita terkini.si penulis agak terkejut melihatkan selama ini berita mengenai palestin di dada akhbar mungkin hanya 1/3 daripada muka surat menjadi satu muka penuh.seolah2 telah terjadi sesuatu yang amat besar dan menjadi isu dunia.(baru kini nak sedar palestin adalah isu dunia?)

desakan dari pelbagai pihak kepada kerajan mesir untuk membuka pintu sempadan mesir-palestin bagi memudahkan rakyat palestin menerima bantuan mengalami keraguan.mengapakah?pihak mesir teragak-agak untuk membuka pintu sempadannya sedangkan sahutan dalam membantu saudara seaqidah kedengaran?bedilan roket milik zionis terhadap gaza,pusat pentadbiran HAMAS menyebabkan ramai yang cedera parah dan ada yang syahid.apakah israel laknatuLLAH menganggap seandainya mereka menyerang pusat pentadbiran HAMAS itu akan melemahkan semangat jihad rakyat palestin amat cintakan syahid di jalan Allah?itu hanyalah KHAYALAN MEREKA

sedangkan kini semakin bertambah semangat jihad rakyat palestin,bermati-matian dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk mempertahankan palestin sebagai tanah milik umat islam.kerakusan israel ntuk laknatuLLAH untuk menguasai palestin sepenuhnya lantas menguasai dunia semakin menjadi2.maka apakah peranan kita?sebagai saudara yang diikat atas dasar aqidah dan KASIH SAYANG?

di MALAYSIA.
semestinya tahun baru ini..semakin banyak keinginan baru dalam perbaiki ibadah dan amalan serta peribadi menuju keredhaan ILAHI.hijrah melangkau ke tahun baru yang lebih mencabar.hijrah kita menuju redha ILAHI.namun,bilakah kita bakal berhijrah dari keadaan ummah yang lemah ditindas kepada satu generasi yang digeruni oleh kaum kuffar?

HIJRAH YANG DINANTIKAN
ya.hijrah dari kelesuan ummah ke arah kebangkitan ISLAM.palestin menangis,kita ketawa.apakah hak kita sesama saudara seislam telah tertunai?renungkan..

wahai ikhwah dan akhwat sekalian,

tiba masanya untuk kita membuka minda dan fikrah kita menuju zaman kebangkitan ini.melihatkan keadaan palestin yang kini semakin parah,sedangkan negara2 islam yang semakin mewah..ummah yang semakin leka dan lalai..lantas satu dasar kasih sayang itu dilupakan yang menyebabkan KESAN KELESUAN UMAH yang menjadikan Islam kini semakin lemah.HIJRAH kita menuju Allah.HIJRAH kita menuju kepada zaman kebangkitan.bilamana akan hadirnya satu generasi yang dijanjikan ALLAH...generasi GHURABAA'.maka KITALAH pemangkin generasi GHURABAA' itu.kitalah permulaan generasi itu.kitalah yang akan mulakan segalanya dari bawah-TARBIYYAH-dengan berbekalkn pengislahan diri ke arah kesediaan seruan tersebut.

renungkan....

bila lagi kita akan berhijrah dari KELESUAN IBADAH UMMAH ke arah iman yang mantap?
bila lagi kita akan berhijrah dari KELALAIAN UMMAH ke arah KEBANGKITAN ISLAM?
bila lagi kita akan berhijrah dari kelemahan JIWA kepada semangat JIHAD?
bila lagi?

tidak boleh tidak kita harus melakan dari BAWAH...mulaan dari pentarbiyahan diri ke arah MARDHATILLAH dan menjadikan ALLAH GHAYATUNA itu satu matlamat.

semoga tahun baru yang kita sambut ini dapat kita sama2 tanamkan semangat dalam diri untuk membantu ummah yg kini leka seterusnya berusaha untuk menegakkan ISLAM dalam diri kita dan akan terbina daulah islamiyah seluruhnya.insyaAllah

yg baik dtg dr Allah.segala kekurangan dtg dr diri penulis yg masih dalam mode pengislahan diri ini.sm0ga amalan kita selepas ini lebih berkualiti.seterusnya menjadi qudwah hasanah kepada ummah.insyaAllah~

waLLAHU a'lam

2 comments:

one of the muslimeen said...

ain camne nak ltk nasheed dlm blog ngan gambar lelain???

khaIRul_UmmAh said...

bole je..ade kat atas tmpt nt nk posting bru tu.nnt ana ajarkn~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com