Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, September 28, 2008

pergi..apa mungkin ketemu lagi?


bismiLLAH..

wal0pun diuji hebat 10 mlm terakhir nih..dgn keadaan yg x brpe nk sehat..teringat...satu perkara~

terasa satu perkara yg kini semakin menjauh..dan diiringi pula dengan kelalaian yang mungkin melampaui batas.

kedatangannya dirai dgn gembiraa..




apa mungkin pemergiannya ditangisi?

pemergian yg begitu menyepi..






apa mungkin akan bertemu lagi di lain hari?


RAMADHAN..



kehadiranmu penyeri kehidupan insan
dalam mencari jalan keluar dr kelalaian
satu masa madrasah tarbiyyah itu berdiri
kesempatan itu ku nanti
dalam mencari pengertian hidup yg ABADI..


namun,
apa pemergianmu ku tangisi?
sepeninggalanmu kuraih ibadah itu
menjadi kekuatan utkku thabat dgn amal yg telah kulakukan selama sebulan
utkku meneruskan didikn jiwa ini..
hingga tiba saat nanti..
kita kan pasti bertemu lagi
apakah?
masih ada kesempatan..
utk bersua lagi?

terasa begitu cepatnya masa berlalu...pejam celik sudah hampir ke panghujung.terasa ibarat baru semalam merasai malam ramadhan yg pertama.merasai kenikmatan solat tarawih yg hanya ada 1 bulan dalam setahun.merasai madrasah tarbiyyah yg cukup terkesan dalam jiwa.

apa mungkin layak utk kita merasai kemenangan itu di pagi syawal?

kemenangan dalam mendidik hawa nafsu utk tunduk dan patuh kepada Allah
kemenangan dalam melatih diri utk pertingktkn kualiti ibadah
kemenangan dalam bersabar menahan dugaan yg berganda
kemenangan....
kemenangan....

beruntunglah
bagi sesiapa yg memanfaatkan ramadhan itu sebaiknya
kerana dapat merasai kemenangan itu jelas dan nyata
akan kebangkitan itu tiba..
satu saat..
kemenangan itu pasti berpihak kepada kita
tiada lagi tangisan kelaparan
kedukaan dalam kesempitan hidup
penyiksaan yang membebankn jiwa
tekanan hidup yg menghimpit diri
kesengsaraan iman yg semakin menusuk kalbu
pemikiran yg jauh ke depan

ISLAM
pasti bangkit lambat laun
janji Tuhan pasti terlaksana
waktu jangan lagi dibuang sia2
obor semangat ayuh kita nyalakan!

kepada ikhwah&akhwat sekalian.. (terutama diri penulis)

selamat kembali ke kehidupan yg biasa
di mana bisikan syaitan itu sentiasa terbuka
keinginan yg melampaui usia
hawa nafsu yg x terduga hebatnya
fitrah menuju ke arah kebaikan di abaikan
lambaian syaitan ke arah "kemanisan" maksiat
lemah gemalai
bergetar jiwa
keruntuhan iman bermula
terus hanyut di buai gelombang maksiat yg mengganas
sampai bila?
kehidupan disaluti kemungkaran?

sampai bila Islam akan terus ditindas?

Setiap orang yang IKHLAS dalam medan dakwah nescaya akan sentiasa mendapat suntikan tenaga dari Allah...Tetapi jika kamu RAGU-RAGU dan TAKUT dengan perjuangan, maka tentera-tentera Allah tetap akan meneruskan perjalanan tanpa mengira bilangan samada SEDIKIT atau RAMAI kerana kemenangan itu adalah ketetapan Allah - As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


ya~
kitalah antara tentera2 itu..
dan jika kita lemah maka akan ada tentera2 lain yg menyambung seruan Ilahi
oleh itu
salinglah kita kuat-menguati ((ade ke bm ayat nih?))
teguhkan kaki di atas jalan ini
di samping meneguhkan ikatan persaudaraan sesama kita
di atas jalan ini
aqidah yang satu
iman yg satu
amal yg padu
menuju cahaya itu

kini graf kebangkitan Islam mula bangkit
kitalah penggerak kebangkitan itu
maka kita jugalah yang seharusnya mengeerakkan insan sekeliling kita
bukalah mata wahai diri!

ilmu,iman,amal,dakwah (slogan samttaj...x silap)

selamat tinggal ramadhan (u.u)
kerinduan ini untuk bertemu kembali bagi menjalani madrasah ramadhan

sem0ga kita thabat dengan amalan yang berapi2 kita lakukan sepanjang bualan ramadhan
bukan sekadar hangat2 tahi ayam sahaja
hanya berusaha untuk mendapat fadhilat ramadhan semata..
tetapi amalan itu tidak berterusan..


"antara tanda amalan itu diterima ALLAH adalah amalan yang berterusan.."

maka..
ayuhlah kita meneruskan jihad melawan hawa nafsu..
dalam membendung segala kemaksiatan..

sm0ga kita ttp thabat di jalan ini!

waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com