Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Monday, August 25, 2008

kehangatan ramadhan~

bismiLLAH...

ya~ramadhan kini semakin hampir...adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
"................"

di pagi isnin yang mendung..
dewan anggerik
SAMTTAJ

perhimpunan dimulai dengan bacaan ayat suci al-quran berkenaan dengan bulan ramadhan,surah al-baqarah.suasana sepi dan begitu nyaman sekali.alangkah indahnya biah seperti ini dapat dikembangkan lagi di taman ilmu ini~seterusnya pihak sekolah telah menjemput seorang ustaz untuk menyampaikan ceramah mengenai ramadhan
yang bakal menjelang tibaa...

di sini ingin ana kongsikan ilmu yg baru ana dapat dr ceramah tersebut.semoga ilmu2 ini dapat kita amalkan untuk persediaan kita di bulan yg mulia yg bakal enjelang tiba...insyaALLAH..

ramadhan :

ra' = redhaLLAH (redha ALLAH)

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

di mana bulan ini terdapatnya redha ALLAH yang luas...AWWALUHU RAHMAH (awalnya rahmat) AUSATUHU MAGHFIRAH (dipertengahannya keampunan) WA AKHIRUHU ITQUM MINAN NAR (dan akhirnya terselamat dari api neraka)...pahala kita digandakan dgn berlipat kali ganda...maka apakah kita akan melepaskn peluang yg setahun sekali tiba ini?atau kita mengharapkan ramadhan utk tahun hadapan yang kita x pasti?
"................" tepuk dada tanya iman
(walaupun hadith di atas adalah dho'if,kita ambil iktibar dan kebaikan drpdnya..)

"mim" = maghfiratuLLAH (keampunan ALLAH)

Sabda Rasulullah s.a.w.: Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Riwayat al-Nasaii dan Baihaqi).

daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan melakukan qiam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada Malam Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah akan diampuni dosa mereka yang lalu (Riwayat Bukhari).

dan seperti yang kita ketahui di bulan ramadhan inilah "madrasah tarbiyyah",waktu untuk kita mentarbiyyahkan diri kita dengan sebanyak2nya ibadah,membersihkan jiwa dari segala noda dan karat2 jahiliyyah,dan seterusnya membentuk peribadi yang unggul dan maju ke arah kemenangan ummah..insyaALLAH..di dalam ramadhan inilah keampunan ALLAH amatlah meluas..subhanaLLAH~

dhad = dhamanuLLAH (tanggungjawab ALLAH)

Pada malam pertama bulan Ramadan dirantai syaitan, dikunci pintu neraka dan tidak dibuka pintunya, dan dibuka pintu syurga dan tidak ditutup pintunya, malaikat menyeru: Wahai mereka yang mengharapkan kebaikan, majulah! Wahai yang mahukan kejahatan mundurlah (Riwayat Tirmizi).

di bulan ramadhan inilah ALLAH melihat siapa hambaNYA ayng benar2 bertaubat,yang benar2 berpuasa keranaNYA..kerana ibadah yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH akan dibalas dengan sebaiknya.hanya ALLAH sahaja yang dapat menilai sama ada kita benar-benar berpuasa,bukan setakat menahan lapar dan dahaga serta menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa bahkan menghalang diri dari malekukan perkara-perkara yang membatalkan PAHALA puasa.

oleh itu...sejauh manakah keazaman kita untuk benar-benar melakukan ibadah itu semata-mata kerana ALLAH?

alif = ufatuLLAH (kasih-sayang ALLAH)

Anas bin Malik berkata: Orang yang berpuasa ketika keluar dari kubur pada hari kiamat nanti akan mengenali wangian puasanya, harumnya lebih harum dari aroma kasturi. Dan dihidangkan kepada mereka hidangan dan juadah. Lalu dikatakan kepada mereka: Makanlah kamu kerana dulunya kamu lapar ketika orang lain kenyang, minumlah kerana kamu dahaga pada saat orang lain tidak dahaga, rehatlah kerana kamu penat ketika manusia lain berehat. Lalu mereka makan, minum, dan berehat pada saat orang lain sibuk dengan perhitungan (hisab) amalan mereka dengan penuh kesukaran.

daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan melakukan qiam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada Malam Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah akan diampuni dosa mereka yang lalu” (Riwayat Bukhari). Manakala al-Tabrani memetik sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memberi jaminan yang Allah akan berselawat kepada mereka yang bersahur.

Berdasarkan hadith di atas, umat Islam sepatutnya berusaha untuk merebut peluang dan keuntungan yang terbuka luas di hadapan kita itu. Tetapi soalnya sejauh mana umat Islam boleh menghayati bahawa bulan Ramadan merupakan musim meraih kebajikan?


Mungkin ramai yang mengetahui bahawa bulan Ramadan itu istimewa untuk orang yang berpuasa;
tidurnya merupakan ibadat, berdirinya merupakan tasbih, doanya mustajab, dan amalannya diganjarkan berlipat kali ganda. Kesemua ganjaran itu adalah kerana orang yang berpuasa itu menahan diri dan nafsunya serta meninggalkan segala kelazatan dan kesedapannya.


Tetapi realitinya, ramai yang mengambil kesempatan untuk tidur dalam tempoh berpuasa, walhal mereka mempunyai tugas dan tanggungan yang perlu diselesaikan. Maka tidurnya tidak lagi jadi ibadah sebaliknya dosa pula. Berapa ramai orang yang berpuasa sewaktu berdirinya dinilai sebagai tasbih, sentiasa membesarkan Allah dan sebagainya. Maka sebab itu barangkali ada orang yang membaca tasbih sambil berjalan. Sebenarnya Allah mahu umatnya sentiasa mengingati Allah sewaktu menjalani hidup ini, agar mereka tidak melakukan dosa. Begitulah hakikat tasbih.


dan kasih sayang ALLAH itu melebihi segalanya..di mana di bulan ramadhan inilah waktu untuk kita membuat sebanyak-banyak amalan buat bakalan di hari kemuudian dan satu waktu di mana ALLAH memberi kita PELUANG untuk mentarbiyah diri,merubah diri ke arah lebih baik.pahala ibadah dilipat gandakan,cahaya keampunanNYA meliputi seluruh alam,maka apakah kita akan melepaskan peluang itu dengan sia-sia?

renungkanlah wahai ikhwan dan akhawah sekalian.....


nun = nikmatuLLAH (nikmat ALLAH)

malam apakah yang lebih baik dari seribu bulan?
malam apakah yang hanya yg TERBAIK sahaja dapat menemuinya?
malam apakah yang dijanjikan ALLAH segala kebaikan itu?

LAILATUL QADR

maka kenikmatan yang memuncak,yang direbut oleh orang-orang yang s0leh di bulan ramadhan ini salah satu antaranya ialah malam lailatul qadr,yang lebih baik sari seribu bulan.mengapa?hanya yg LAYAK sahaja dapat menemuinya...adakah kita bersedia untuk menghadapi malam tersebut dan persoalan...LAYAKKAH KITA?

Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud :
“Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”.

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

dan terdapat 3 golongan orang yang berpuasa dibulan ramadhan ini..

1.golongan 'ammah (umum)

golongan seperti inilah yang hanya mengamalkn puasa di bulan ramadhan,apa yang didapatinya hanyalah lapar dan dahaga.tidak melakukan ibadah dengan begitu ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh dengan kedatangan ramadhan ini.atau lebih parah lagi beranggapan ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain...adakah kita di dalam golongan ini?

2. golongan khusus (khas)

golongan ini mengamalkan puasa yang mengikuti syara',iaitu menahan lapar dan dahaga dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan PAHALA puasa.digenggam dengan eratnya sebulan ramadhan ini dan menjadikannya sebagai "madrasah tarbiyyah" iaitu waktu untuk kita berubah ke arah yang lebih baik...insyaALLAH...
persoalan..
benarkah kita sudah berada di dalam gol0ngan ini?

3.gol0ngan khususun khusus (yg benar2 khas)

golongan ini adalh dari kalangan para anbiya',ulama',dan ilmuan2 yang s0leh.mereka benar2 menghayati ramadahan sebagai bulan yang penuh dengan ganjaran sehinggga tenggelam di dalam kelazatan ramadhan itu sendiri.kenikmatan dalam beribadah,kekhusyukan dalam menemui cinta yg HAKIKI dan kesungguhan dalam melaksanakan perintahNYA membuatkan mereka terindukan dan ternanti2kan ramadhan yang bakal menjelang tiba.malahan di waktu ramadhan itulah waktu mereka melepaskan kerinduan yang tersimpan dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan semata-mata untuk mengahrapkan ganjaran yang terbaik daripada ALLAH...
persoalan..
sudahkah kita layak untuk turut serta dalam golongan ini?

berfikirlah sejenak wahai ikhwan dan akhawat sekalian...
kehangatan ramadhan kian terasa...namun sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi bulan yang penuh dengan limpah dan rahmatNYA...

sem0ga ramadhan yang bakal tiba ini menjadi medan untuk kita muhasabah kembali..sejauh mana ketaatan dan keakraban kita denganNYA..

waLLAHU a'lam
yang baik itu drpd ALLAH...dan kelemahan it dari diri ana sendiri
(sebarang kesalahan dan kesilapan dipersilakan untuk menegur dan membetulkan..)

2 comments:

faisol said...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

khaIRul_UmmAh said...

insyaALLAH..
barakaLLAHU FIK..


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com