Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, August 20, 2008

hari al-quds sedunia~21 0gos

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al- Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia ‘terbakar’ hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Menghulurkan

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.

* MOHD. SAFWAN SAPARUDIN ialah penyelidik di Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Malaysia.

bismiLLAH

melihatkan keadaan kita yang kini seron0k dengan keasyikan dunia.kita terlupa sejarah islam yang menyedihkan,di mana masjid al-aqsa menjadi taruhan 3 agama.masing2 ingin menunjukkn bahawa masjid itulah hak mereka pada hakikatnya itu adalah milik ALLAH.namun..kita tidak berusaha untuk menegakkan kebenaran bahawa apa masjid al-aqsa itu milik utama UMMAH.apa tindakan kita?

"mcm mane nak tol0ng..kte kat malaysia,x kan ramai2 nak terbang pi palestin uh tr0s pegang senjate.."

"ala...negare sndiri pon x terbela..nak jage negara orang..amanede lah"

"manelah aku layak nak selamatkn palestin tuu...ramai lagi yg hebat dr aku la.."

"eheh.sorila..no k0men.."

beginikah?
begitukah?

suara2 insan yang hendak menegakkan kembali hak umat islam?
memikirkan isu palestin itu hanya remeh,berpanjangan dan tidak habis2 ceritanya.b0san?
apekah jenis ummah kita ini....astaghfiruLLAH...
sesungguhnya kita diikat tali persaudaraan dengan saudara islam yang lain atas dasar AQIDAH yang satu.kefahaman yg JITU lantas melahirkan rijal-rijal yang mampu untuk BANGKIT dr lamunan dan khayalan dunia.

ya~
sejauhmana sesitiviti kita terhadap masalah ummah?

"ala...diri sndri macamlah hebat sangat nk jage hal2 ummah nih.."
inikah?
alasan semata untuk melarikan diri dari tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi?

"bukan kalagan kami sesiapa yang tidak mengendahkan akan saudaranya yang lain" (hadith)
fikirkanlah...
hanya mengharapakn orang lain untuk bangunkan islam
sampai bila?
bangunan itu x kan kukuh dengan hanya pasir2 yg halus..
is memerlukan batu yang kukuh,konkrit yang berkualiti untuk memastikan kekukuhan binaan itu
begitu jugalah ISLAM
ISLAM x kan tertegak dengan hanya mengharapkan orang lain untuk menegakkannya
apakah tangungjawab kita pada agama?
hanya melihat perubahan yang berlaku...tanpa apa-apa tindakan?

di PALESTIN...
mereka menangis..menderita
kerana apa?
bantuan kita tidak mereka dapat...apakah bantuan kita untuk membantu saudara seagama kita yang diikat padu atas dasar AQIDAH dan KASIH SAYANG?
D0A ---> senjata UTAMA
maka bangunlah!
kitalah yang akan menghentikan keperitan mereka!

Wahai para pejuang Ummah ini,
Jangan kamu sekali-kali lupa, sejak lebih 800 tahun yang lalu,
Palestin dan Baitul-Maqdis berada di bawah kekuasaan hamba-hamba Allah SWT
yang beriman selama lebih 700 tahun
Dan bumi suci ini baru berada di tangan kuffar
hanya sejak 80 tahun yang lalu.
Salahuddin Al-Ayubi telah mengambil kembali bumi bertuah ini
setelah kuffar menjajahnya hanya selama 88 tahun.
Insha-Allah kita akan mengambilnya kembali juga.
Cuma ingatlah,
Wahai para pejuang,
Salahuddin Al-Ayubi mengambilnya kembali pada 1187 dengan
Jihad Fi Sabilillah.
Kini, bagaimanakah kita akan mengambilnya?
.......
Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar
waLLAHU a'lam

4 comments:

atap_aje said...

ajak lah manusia kepada ALLAH, buatlah dakwah pintu ke pintu. keluarlah dari tempat kamu untuk belajar iman dan belajar tentang amal. Bantulah agama ALLAH dengan cara nabi dan sahabat bantu agama, insya ALLAH, ALLAH pasti membantu kamu. Ummat islam di palestin khususnya dan ummat islam umum nya hendaklah buat kerja yang sebenar mereka, baru allah bantu mereka. Senjata utama ummat islam adalah dakwah dan doa. Harini dua senjata ni tidak ada, owh malangnya..

khaIRul_UmmAh said...

hm...begitulah hakikat yg sebenar..
sape lg nk kukuhkan senjata ummah tu (dakwah&doa )
kalau bukan kita yg memahami..
same2 kte fikirkn~

si berkaca mata said...

kadang kala terfikir.ape yang kite lakukan demi saudara seaqidah kte di sana?.........zero.

khaIRul_UmmAh said...

maka fikirkanlah ape TINDAKAN kite lps nih...~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com