Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Wednesday, June 4, 2008

kematian menghampiri.......

bismiLLAH...

kisah 1

dalam perjalanan pulang dari sek0lah utk mengambil barang2 penting...kelihatan terjadinya satu kemalangan yg agak menggemparkan yg melibatkn motorsikal dan treler.kelihatan seorang perempuan sedang trduduk sambil kakinya dilunjurkan yg sedang menahan kesakitan.sewaktu melalui laluan sebelah treler yang melintang kedua-dua arah jalan,kelihatan seorang insan yg terlantar di jalan,dalam keadaan yang tertutup seluruh badannya dengan surat khabar...siapa dapat agak di manakah tempat insan itu terlantar?di antara dua tayar treler itu!!subhanaLLAH~!!
TERKEDU....

-tamat-

kisah 2

"ok..skang nih akak nak denga bacaan sorang2...sape takder wudhu' pi amek wudhu'...akk tunggu.."
"akak...nak bace.."
"buleh2"
"bismiLLAhirrahmaanirraheem........"

"ok..skang nih akak2 nak tengk cara wudhu' adek2...bukak buku...teng0k dlu bab wudhu'..klu wudhu' x betul nnt solat x sah"
"baik..."

-tamat-

kisah 3

sungguh khusyu' si adek membuat folio kerjanya.kerana terlalu tekun dengan kerja yg sedang dilakukan olehnya si adek terlupa untuk melakukan apa yg telah dipesan oleh si kakak..
"uit..daa masak nasi bl0m?"
"astaghfiruLLAH...lupe!"
"kau buat aku marah~"
lantas....TUP!skrin laptop gelap....
apakah perasaan anda memandangkan kerja td masih tidak disavekn lagi?
si adek tidak keruan...lantas terus melakukan apa yg diminta oleh si kakak dan menenangkan dirinya dgn merehatkan minda...

-tamat-

KESIMPULAN KISAH 1

sememangnya kematian x dapat dijangka.telah ALLAH tetapkan waktu utk kita meniggalkan alam yg penuh dengan dugaan.memikirkan kembali kekuatan jiwa....sejauh mana amalan yg telah kita lakukan dapat menyelamatkan kita dari api neraka?sejauh mana bangganya kita dgn apa yg kita miliki kini tatkala kematian itu tiba?apakah persediaan kita utk menemui malaikat maut yg sedang mengejar tidak kira masa?astaghfiruLLAH....setiap detik yang berlalu menandakan kematian itu semakin menghampiri...

KESIMPULAN KISAH 2

kanak-kanak kini perlu dibimbing dalam membentuk diri ke arah lebih mengenali PENCIPTA.dengan itu segala amalannya akan dilakukan dgn sebaik mungkin tanpa sebarang perilaku yang tidak baik utk diri dan keadaan sekeliling.berapa ramai remaja kini yang telah rosak akibat kesan kurangnya kefahaman terhadap agama lantas tidak mengamalkan ISLAM sebagai CARA HIDUP.seharusnya kita memikirkan generasi yang akan datang...di mana generasi inilah yang akan mewarisi kepahlawanan sahabat...iaitu bakal generasi GHURABAA'..ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak ke arah lebih beriman kepada ALLAH..

KESIMPULAN KISAH 3

seharusnya tanggungjawab dan amanah yg telah dipikul oleh kita dijaga dengan baik....seiring dan sejalan..tidak melupakan amanah yang ebih ringan memandangkan ada lagi amanah yg lebih berat yg perlu kita selesaikan.kesabaran perlu dibentuk dalam diri dan semaikan benih ketenangan dalam jiwa.seiring dengan ketenangan itulah..akan lebih mudah untuk kita mengawal kemarahan..percaya atau tidak?penawar kemarahan adalah kesabaran dan kesabaran itu hadir bersama ketenangan...

sama2 kita renungi..
waLLAHU a'lam




No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com