Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, June 22, 2008

harga naik~

bismiLLAH..

sabda rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh tarmizi

sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tiada suatu bencana sama ada kerana duri atau yang lebih besar,tidak juga ketakutan melainkan ALLAH mengangkat darjatnya satu darjat dan menghauskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan keseusahan tersebut.

sebagaimana yang kita ketahui,tekanan hidup yang kini semakin meruncing dihadapi oleh semua insan di dunia.tekanan harga minyak yang melambung tinggi membuatkan rakyat tidak senang hati memikirkan nasib mereka di masa akan datang.beberapa masyarakat di sesetengah negara membuat bantahan terhadap kenaikan minyak dgn membuat macam2 adegan.insan2 tersebut tidak mustahil adanya umat islam.namun...sejauh mana sensitiviti kita terhadap palestin yang telah disekat APA2 BANTUAN yg bersumberkan bekalan makanan,ubatan dan sebagainya sedangkan kita hanya berdepan dgn masalah harga barang naik?

x dinafikan bahawa keadaan kita dan rakyat di palestin berbeza.namun sejauh mana kesyukuran kita kepada ALLAH kerana masih memberikan nikmat rezeki yang melimpah ruah.baru sahaja diuji barang naik semua sudah mengeluh.di mana sifat kita sebagai hamba dlm mensyukuri segala pemberian dan redhaa dgn apa yg telah ditentukan?

kenaikan harga minyak memberi tekanan kepada semua insan terutama yg berpendapatan rendah.ek0ran kenaikan harga barang membuatkan pendapatan mereka tidak mencukupi bagi menampung keperluan hidup.ayuh kita berfikir sejenak..apakah hikmah di sebalik kenaikan harga barang ini?tidakkah ia juga mendatangkan manfaat sebenarnya kepada kita semua?
"manfaat mende...maken susah la!sumer barang naik...beras harge naik..minyak kete lagi~amende yg bg menfaat..buat susah ade lah!"
"ntah la...n0 komen..tgh pening pk camner nk carik duet lebih nih..anak bini x cuk0p mkn.."
"amende la kerajaan nih!ske ati jer nk naikkn harge barang.ingtkan rakyat sumernye berkemampuan ape?"

mcm2 lagi keluhan yang kita dengar...namun...setiap kejadian pasti ada hikmahnya bukan?apakah hikmah di sebalik kenaikan harga minyak ini?

1.ekon0mi umat islam tidak kukuh
ya!tidakkah anda terfikir ekran ekonomi umat islam yang tidak kukuh menyebabkan kenaikan karga barang ini?seperti mana yg kita lihat..negara seperti sudan yang dikhabarkan rakyatnya miskin.namun pada hakikatnya negara tersebut mempunyai hasil minyak yang amat bernilai.tetapi begitu menyedihkan ia tidak dikendalikan oleh orang islam sendiri.rakyat miskin kebuluran sedangkan kaum kuffar gembira dgn merampas hasil minyak dr tanah milik islam ek0ran KURANG PAKARNYA UMMAH DALAM BIDANG EK0NOMI.

2.mengajar kita BERJIMAT CERMAT
x terfikir pula kita untuk berjimat sebelum naiknya harga minyak.setiap kali ada SALE di shopping mall maka terlihatlah di pandangan mata begitu ramainya insan2 yang membelanjakan wang untuk kepuasan diri semata,bukan untuk KEPERLUAN.bilamasa semua barang sudah nai harga,baru mengeluh kerana pendapatan tidak mencukupi.pada hakikatnya fitrah rakyat Malaysia yang suka berbelanja mengikut kepuasan diri dan bukannya KEPERLUAN akhirnya memakan diri sendiri.itu mengenai SALE.sering kali kita melihatkan sikap membazir yg sukar dikikis di kalangan kita sendiri.contohnya penggunaan air di rumah.seboleh2nya di waktu membasuh sayuran atau buah2an perlu untuk membuka paip air pada keadaan yang byk,laju,kuat dll..sedangkan masih ramai lagi yang memerlukan bekalan air yang bersih utk keperluan hidup.mengapa mesti kita pentingkan diri sendiri?

3.mengajar kita erti BERSYUKUR
masih mengeluh lagikah kita?sudahkah anda membaca hadis rasulullah s.a.w yang kita cintai itu?brgsiapa yang bersabar dgn dugaan dan tekanan yg dirasai,akan ALLAH angkat darjatnya satu darjat....

cube kita renung sejenak...
betapa ramainya insan yang menderita di luar sana~seperti banjir yang melanda di China,kesepian isu umat islam yg terbesar,di PALESTIN,kemiskinan yang teramat,di negeri bersejarah,HABSYAH dll.cuba kita renungi...hanya kenaikan harga barang itu membuatkan kita masih lagi kuang bersyukur?sedangkan ramai lagi yang amat2 memerlukan bantuan dgn segera..ada yang diberi bantuan...namun ada yang disekat...cuba kita bygkn bagaimana keadaannya andai kita di Malaysia mengalami bala yang besar namun segala bekalan berunsur ubat dan sebagainya disekat?begitu parah..perit kan?

namun...
itulah realiti di Palestin..mereka sanggup mengadaikan nyawa untuk mempertahankan masjid al-aqsa dan ISLAM sendiri drpd terus menerus ditekan.sering kali umat islam memandang remeh akan isu Palestin ini sedangkan kita sendiri yang dikaburi oleh media yang kini dikuasai oleh YAHUDI untuk melalaikan umat islam dari melihatkan Palestin itu isu utama dunia.tahukah kita saudara di sana menangis...menunggu akan pertol0ngan dari kita selaku saudara dlm islam?...mereka merintih hiba....rumah dihacurkan,kebun dirampas,anak lelaki dipenjarakan,ayah-ayah diseksa....uh....sungguh kita tidak merasa sedikitpun kesusahan mereka bukan?tidak sedih pun kita mendengar akan kematian yg setiap hari berlaku di sana sini.begitu LALAINYA kita dgn duniawi yg hanya SEMNTARA ini...

renungi kembali...
keindahan dalam kehidupan ini adalah disaat kita diuji...dan hadirnya rasa redha dan berserah untuk RABBI...itulah kenikmatan dalam musibah yang sebenarnya.sem0ga setiap apa musibah yang ditipaka kepada kita membuatkan keimanan lebih bertambah dan mengikat hati kita dgn tali2 ALLAH...insyaALLAH~

"maka BERPEGANG TEGUHLAH kamu dgn tali-tali ALLAH....."

sem0ga kita tergol0ng di kalangan orang2 yang diangkat darjatnya.selamat mencari bekala di dunia untuk akhirat!

waLLAHU a'lam

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com