Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Friday, May 16, 2008

secawan teh dan sepotong kek

bismiLLAH...

di hadapan kekaburan secawan teh dan sepotong kek...baru bangun dari lena tidur di atas katil yang baru 3 hari didiami...sungguh mengasyikkn waktu itu..."bile nak luar ni eh..."melihatkan tangan kanan yang membengkak setelah dicucuk jarum yang menyalurkan air berbotol-botol..
teringat pada satu kisah diri ini....

ALLAH rindu mendengar keluhan hambaNYA....itulah antara hikmah diberi musibah.tatkala jiwa meronta meminta kebebasan duniawi,ruhi berbisik agar thabat dgn tarbiyyah yang pernah dikutip dahulu."adakah tarbiyyah yang penat kau kutip selama ini kau biarkan ia berteraburan tanpa menghargai walaupun sebutir?"tersentak hati ini....lantas kaki yang longlai meneruskan langkah dengan penuh ketelusan dalam beramal dengan diringi dengan keikhlasan dan kemuliaan.betulkah?...tanya iman sendiri...

bakal melangkah ke alam baru,bukan bermakna alam yang indah semata.bak kata sahabat,"sekarang waktu kita sebarkan tarbiyyah kepada yang lain.mungkin ada hikmahnya..walaupun kehilangan tu amat dirasai namun ketelusan dalam berdakwah ni tetap kekal...sungguh seorang daie tidak akan pernah berputus asa dengan insan yang berada di sekelilingnya.itu sunnah...harus menjadi ikutan..bukti?

dakwah rasulullah s.a.w di taif di mana kanak2 membaling batu namun rasulullah tetap bersabar.tawaran jibril yang menawarkan agar penduduk taif dikenakan musibah tidak dipersetujui oleh rasulullah malahan rasulullah sendiri berdoa agar mereka diberikan hidayah.

hurm...susah utk menghuraikan satu malash di mana insan yang tidak memahami erti kata sebenar "beriman kepada ALLAH"...ada yang buntu memikirkan bagaimana utk menarik insan2 yg kurang memahami islam sebenarnya.namun oada hakikat rasulullah sendiri telah menunjukkan sunnahnya yang hbat utk kita ikuti...iaitu MENDOAKAN MEREKA MENDAPAT HIDAYAH.. KEKUATAN ISLAM ITU SEBENARNYA ADALAH DALAMAN...kekuatan islam yang kini pudar dan kita yang sekadar mahu membangkitkan tanpa membuat apa2...tanpa mampu utk meneruskan perjuangan ini....jangan cepat putus asa....yakinlah dengan kemenangan islam itu...sesungguhnya kekuatan islam itu adalah dari diri setiap jiwa yang bergelar MUSLIM...percayakah anda?

KEKUATAN ISLAM ADALAH KEKUATAN SETIAP JIWA MUSLIM
BETULKAH?
sama-sama kita selidik...
di mana islam kini lemah kerana penganutnya yang sedang lena dibuai mimpi yang indah pada pandangan mereka,padahal duniawi yang bergelora itulah membawa mereka ke neraka.bagaimana kelemahan umat islam diwaktu saat2 zaman khilafah kian runtuh.bagaimana keadaan umat islam?lalai...tamakkan harta dunia yang tidak mampu membantunya utk ke syurga.astaghfiruLLAH....
mari kita selidik bersama..
andainya jiwa islam itu tegar dan kuat di setiap ruh umat muhammad....pastilah islam ini kembali bangkit dengan gemilangnya.namun pada hakikatnya kita adalah antara berjuta yang mampu membangkitkan lagi nafas jihad islam dalam membanteras serangan kuffar...serangan pemikiran mahupun serangan senjata.
KITA?
adakah benar?
anda masih tidak percaya?

cuba kita bayangkan...sebuah bangunan yang kukuh dibina dari seketul batu bata yang padu.bangunan itu tidak mampu untuk tertegak andainya dicipta dengan pasir2 yang tidak padu.itulah ibarat islam itu sendiri.Di mana islam memerlukan pemuda2...insan2 yang bukan angka kosong utk bina kembali daulah islamiyyah.seharusnya kita YAKIN yang kita mampu membawa insan sekeliling ke arah jalan yang benar walaupun perit....kerana apa?
ALLAH telah berjanji akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang mempertahankan agamaNYA..

RENUNGI KEMBALI..

YA ALLAH....sejauh mana kekuatan diri ini utk membantu ummah yang sedang merana?
YA ALLAH...kekuatan itu bukannya pada tubuh badan tetapi kekuatan jiwa dalam beribadah itu sendiri..
YA ALLAH...sanggupkah diri ini mengorbankan seluruh jiwa raganya untukMU?

sejenak memikirkan satu fikrah..

Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa
Bersama niat hati suci
Sejati dalam nurani

Menyemai satu cita-cita
Bersama dihiasi iman dan taqwa
Demi untuk maruah agama
Yang kini dibuai gelora

Satu cita-cita tersemat dalam jiwa
Dengan keikhlasan tulus dari hati
Harapanku meninggi

Satu kejayaan bila cita kukecapi
Tanpa rasa jemu berserah pada-Nya
Bersyukur pada Tuhan

Satu cita-cita yang sejati
Abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
Kita menyemai budi

Jiwa yang sejati harmoni
Tiada rasa sangsi
Sujud setia kepada-Nya
Hanya Allah yang Esa

semoga kita tergolong dalam golongan yang mempertahankan islam ibarat menggenggam bara api...
selami jiwa ini....sesungguhnya kita milik TUHAN....oleh itu sama2 kita memegang panji2 islam itu dengan kemas dan padu agar tidak tewas akan gelombang duniawi yang sering menghasut diri...

ya...hidup ini perlu kekuatan luaran dan dalaman
hid0p kene kuat!!
wALLAHU A'LAM

2 comments:

NMZ said...

Subhanallah..article ni from heart to heart..alhamdulillah! :)

Lagu tu lama tak dgar, ade mp3 die?

khaIRul_UmmAh said...

ada~nak?..t ana email akak~


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com