Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, May 4, 2008

mama,ibu ummi,mak...


bismiLLAH...

sempena hari lahir mama ana yg ke 52,ingin ana kongsikan bersama berkenaan dengan pengorbanan seorang ibu..mungkin kita tidak menyedari bahawa pengorbanan ibu kita yang banyak dan tidak terkira...

ummi,ibu,mama,mak...

kita dibelai dgn begitu belas kasihan oleh ibu yang selalu menjaga kita,tidak lelap malam mendodoi kita yang menangis..menyuapkan kita makan hinga kita mampu utk makan sendiri...memandikan kita hingga kita mampu utk mandi sendiri...bahkan sebenarnya ibu kitalah yang memimpin kita dalam mengenali realiti dunia yang sebenar...

apabila fikiran mula menerjah akan dunia,hidup dalam kanak-kanak adalah amat seronok bagi kita.ibu yang menjaga kita semakin senang dan gembira melihatkan keseronokan kita dalam meneroka bumi ALLAH ini...

hingga tatkala kita remaja...ibu mula menerjah kerisauan apabila tibanya waktu itu.keadaan remajalah yang bakal menentukan masa hadapan anaknya.bagi kita yang memahami tujuan sebenar hidup dan mampu berdikari dalam mengenal ILAHI mampu membuatkan ibu tersenyum kesyukuran.NAMUN...kealpaan kita diwaktu remaja membuatkan ibu merasa resah dan gelisah.bagi kita waktu remajalah masa utk enj0y dan membina dunia kita sendiri sedangkan islam mengajar bahawa waktu remajalah waktu utk kita membina diri utk menjadi seorang rijal satu hari nanti...

ZAMAN REMAJA

zaman remajalah yang memilukan hati sesetengah ibu.kita sebagai anak sudah mula meninggikan suara,mengeluarkan kata2 kesat,memilukan hati lagi membazirkan wang kpd yang sia-sia dan tidak bermanfaat.hati ibu yang terguris tidak kita ketahui.hati yang makin parah mungkin akan menyebabkan kita tidak layak utk ke syurga kerna ALLAH MEREDHAIMU ANDAINYA IBU BAPAMU MEREDHAIMU....SYURGA itu terletak di telapak kaki ibu...namun mungkin sesetengah dari kita berfikiran ibu mana yang hendak anaknya masuk ke neraka...seharusnya kita menjadi seorang anak yang EBRTANGGUNG JAWAB memandangkan ibu kita memikul tanggungjawab dlm mendidik anak-anak....

sesungguhnya ibu ibarat permata dalam diri kita..keindahan belaian ibu tidak dapat dibandingkan dengan belaian sahabat atupun sesiapa pun.pengorbanan ibu tidak akan mampu kita balas walaupun berjuta ringgit.selagi ibu anda masih ada..hargailah ibumu.selagi ibumu bernafas..gembirakanlah hatinya hingga satu masa nanti kau x mampu melihatnya lagi....

SLAMAT HARI IBU KEPADA PARA IBU (wish awal sbb x smpat nak posting...exam ma..)

waLLAHU a'lam..

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com