Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Thursday, April 17, 2008

MENGHADIRKAN ROH DALAM AMALAn




Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak tanduk kita dan dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu. Akhirnya, bila berniaga, nampak untung dan nampak duit sahaja. Lebih-lebih lagi bila dapat untung banyak, kita lupa hendak menghadirkan roh. Duit sahaja yang kita nampak. Begitu juga dengan usaha dan aktiviti kita yang lain. Sebab itu kalau ada orang buka kedai, jangan tanya dapat untung atau tidak hari ini. Tanyakan, "Agak-agak hari ini dapat taqwa atau tidak? Mudah-mudahan dapatlah". Atau tanyakan, " Apa rasa awak dalam berniaga hari ini?" Kalau dia kata seronok sebab dapat banyak untung, dia sudah salah maksud dan niat. Kita kena betulkan. Tanyakan juga, "Awak gembira atau tidak melayan orang? Kalau orang hendak berhutang, awak rasa bangga atau tidak dapat beri hutang seolah-olah rasa sudah menyelamatkan orang." Kalau dia jawab ya, katakan, "Alhamdulillah, moga-moga awak selamat. Jaga selalu untung yang bersifat taqwa ini." Sebab itu selepas sembahyang, selepas buat baik, kita disuruh istighfar? Mengapa? Kalau selepas buat jahat disuruh istighfar logiklah. Kenapa pula kita disuruh istighfar selepas membuat kerja baik? Sebab takut-takut kita tidak dapat taqwa dalam sembahyang atau dalam amalan baik yang kita lakukan itu. Takut-takut dalam amalan kita itu tidak ada rohnya dan Tuhan tidak pandang. Mengapa pula selepas berdakwah, selepas mengajar, selepas berniaga, kita tidak istighfar? Mengapa selepas berniaga kita tidak menung sekejap. Patutnya balik sahaja dari berniaga kena menungkan apa yang telah kita buat dan bertaubat. Sebab mungkin berniaga kita tidak ada roh. Hanya dapat bangkai sahaja. Patutnya di situlah kita minta ampun sebab mungkin ada orang telah kita zalimi, yang telah kita sakiti, yang tidak senang dan yang sakit hati dengan kita semasa kita berniaga dan berurusan dengan pelanggan. Mengapa balik berniaga tidak minta ampun kepada Tuhan? Kalau kita boleh buat seperti ini, Tuhan akan selamatkan kita. Sifat taqwa akan bertambah. Untung di dunia lagi Tuhan akan bagi. Memang sifat taqwa itu untuk Akhirat, tetapi taqwa juga memberi kita untung dunia untuk keperluan dunia. Perniagaan kapitalis, mengutamakan duit. Dari duit dapat duit. Modal duit untung pun duit. Perniagaan Islam mengutamakan taqwa. Dari taqwa dapat taqwa. Taqwa lebih besar daripada duit. Ia membawa kebahagiaan dunia dan Akhirat. Ia selamat dan menyelamatkan. Tetapi janganlah pula sampai disiplin syariat itu diabaikan dari minda sahibuzaman..
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3536.msg21571;topicseen#new

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com