Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, March 9, 2008

taRbiyyah...

Sekarang patutlah kita menguji dan memahami sistem pendidikan ruhani yang dipilih oleh Islam dan yang telah dilukiskan plannya dan dibangunkan tonggak-tonggaknya supaya para anggota masyarakat dilahir serta diasuh di atas ketinggian ruhani yang khusus ini. Sistem ini mempunyai empat rukunnya:

Pertamanya sembahyang:

Ianya memperbaharui ingatan kepada Allah Yang Maha Esa di dalam fikiran seseorang sebanyak lima kali dalam sehari semalam, menakutkannya daripada kemurkaan dan siksaan Allah yang bersangat, menggemarkannya terhadap rahmat Allah serta pendekatan diri kepadaNya, membentangkan kepadanya hukum-hukum Allah dari semasa ke semasa dan melatihkannya agar taat dan patuh terhadap segala titah perintahNya. Kemudian sembahyang ini tidak difardukan ke atas hamba-hamba Allah dengan sifat individu mereka sahaja, malah Allah mewajibkan juga ke atas mereka supaya menunaikan sembahyang-sembahyang mereka itu secara berjamaah.

Keduanya puasa:

Ianya melatihkan orang-orang Islam dan masyarakat Islam atas taqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala selama sebulan cukup pada tiap-tiap tahun.

Ketiganya zakat:

Ianya menimbulkan rasa persaudaraan dan persamaan di dalam hati orang-orang Islam dan menggalakkan mereka mengeluar belanja dan bantu-membantu sesama mereka. Di antara yang dikesalkan di dalam hubungan ini ialah, bahawa banyak orang dewasa ini memanggil zakat itu dengan perkataan cukai, padahal makna yang sangat luhur yang ada pada zakat dan yang dikehendaki oleh Tuhan itu pada pokoknya tidak ada apa-apa hubungan pun dengan makna kebendaan yang ada pada cukai. Zakat dari segi bahasanya membawa erti tumbuh, subur, berkembang, bersih dan suci. Apa yang dikehendaki oleh Islam dengan penggunaan perkataan zakat itu ialah supaya tertanam di dalam fikiran seseorang, bahawa engkau tidak mengeluarkan belanja mata-benda, sedikit atau banyaknya, dalam usaha membantu saudaramu kerana menuntut keredaan Allah, melainkan belanja tersebut akan kembali semula kepadamu dengan keteguhan dan kekuatan hatimu dan dengan kejernihan sifat-sifat akhlaqmu juga kebersihan tingkah-lakumu seluruhnya.

Keempatnya haji:

ianya menjadikan orang-orang Mu'min di berbagai-bagai pelusuk bumi ini sebagai satu blok yang kental dan sebagai satu jamaah antarabangsa yang berasaskan tauhid dan penyembahan Allah yang Esa. Dengan itu dia membentukkan di kalangan mereka persaudaraan international yang Syumul, dan menunjangkan tonggak-tonggak gerakan international yang sejak zaman silam sampai sekarang masih lagi menerima seruan kebenaran di bumi ini, dan akan terus menerimanya buat selama-lama - Insya'Allah.

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com