Dengan Nama Allah

Semoga Allah membuka ruang hati untuk diisi dengan manfaat dan meletakkan DIA di tempat yang KUKUH dan TEGUH.Segala isi manfaat di dalam blog ini dibenarkan untuk di kongsi bersama,copy paste dan sebagainya.dengan menyatakan link blog ini.semoga Allah REDHA~!

JITIS

Sunday, March 9, 2008

keRapuHan aQidaH...

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:



1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:



1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:



1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:



1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



rasulullah s.a.w telah meninggalkan 2 perkara..andainya ummah tetap berpegang dengannya..x mungkin akan sesat selama2nya..iaitu AL-QURAN dan AS-SUNNAH..



namun..sejauh mana kita mendekati al-quran dan as-sunnah?melihatkan arus kemodenan yang semakin membangun,tanpa kita sedari hidup kita pun turut tertarik bersama ke dalam arus kemodenan ini.perintah TUHAN dianggap sebagai "lapuk" dan "buang masa"..al-quran lebih diketepikan berbanding majalah hiburan.kisah para sahabat lebih dilupakan berbanding dengan gosip artis hari ini.inikah ummah yang hendak membangkitkan islam?bagaimana kesatuan kita dalam membentuk generasi al-quran yang berwibawa sedangkan kelemahan kita kian ketara?kita dpt lihat sendiri,kelemahan pada diri kita,KERAPUHAN AQIDAH..mudah mempercaya sesuatu perkara tanpa usul periksa..lebih menyeramkan lagi apabila kepercayan kita itu menarik kita kepada SYIRIK ALLAH....astaghfiruLLAH..



bagaimana boleh terjadi kerapuhan aqidah dalam diri ummah kini?((termasuk si penulis ni...))

PUNCA KERAPUHAN AQIDAH

1.ummah tidak lagi mengamalkan ISLAM SEBAGAI PANDUAN HIDUP

di sini dapat kita lihat..arus kem0denan menghanyutkan kita ke dasar kegelapan.bukan ana bermaksud untuk menolak sebarang idea kem0denan ini namun harus diingatkan..kemodenan dunia kini x bermakna ISLAM akan bertukar menjadi LIBERAL.ISLAM TETAP SUCI..DILINDUNGI... sepatutnya dgn kemodenan ini kita dapat menggunakan kelebihan yang ada untuk lebih mengenali ISLAM dan melebarkan sayap dakwah.contohnya dengan adanya ICT..insan zaman sekarang semakin celik IT.
segala maklumat di hujung jari..apa salahnya kita mengenali ISLAM dengan lebih dekat,dengan menggunakan pendekatan web2 di internet..UMMAH kini menganggap kemodenan sebagai panduan hidup...makin moden kehidupan kita makin cerahmasa depan?adakah anda yakin dgn pendekatan tersebut??

2.tanggungjawab sebagai HAMBA TUHAN dilalaikan

"yang,abang kene cepat ni..pagi ni ade meeting..mlm kang bru balek..ade urusan dgn klien..""bang...jgn lupe solat ye..keje tu keje jugak...tanggungjawab kite dgn TUHAN jgn pulak abaikn..ingt...segala apa yang kita ada dr ALLAH..."sambil tersenyum si isteri salam si suami..

seperti keadan di atas..rasenye ade ke dikalangan masyarakat yang keluarga ISLAM berfikiran seperti di atas?yang kita perasan kini keadaannya seperti berikut..

"bang..bangun...daa pukol 7 daa ni..nnt lmbt nk pi keje..bangun!!"lantas si suami terjage.."astaghfirullah...MEETING!!!"lantas si suami terus memecut ke bilik air..dan memakai baju kerja lantas memesan kepada isterinya.."yang..abang x smpatlah nk sarapan..abg daa lmbat nie.."lantas si isteri memahami dan menyediakan bekal untuk si suami..

seperti keadan di atas...mane pergi hilangnya SOLAT SUBUH?..hanya kerana meeting dan lambat bangun...SOLAT DITINGGALKAN...adakah ini keadaan ummah sekarang?...PERSOALAN..tanggungjawab duniawi lebih DIUTAMAKAN berbanding tanggungjawab dengan ALLAH?keadaan yang BZ adalh ASALAN YANG TERBAIK utk MENINGGLKAN SOLAT?bagaimana kita hendak memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan keadaaan ummah kini dengan sikap kita sendiri yang MENGABAIKAN cara hidup ISLAM??

BUKA MATA
BUKA MINDA
BUKA HATI
SELUBUNG DIRI
DI LAYAR KEHAMBAAN
PADA TUHAN....

waLLAHU A'LAM..

"fazakkir inna zikra tanfa'ul mukmineen..."

No comments:


Binnabil Huda - Unic
Mp3-Codes.com